Seksyen 1
Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Bandaraya Kuala Lumpur, 1971 dan hendak-lah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Februari, 1972.
/akn/my/act/act/1966/363
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Akta 363 is Malaysia Act, cited as Act 363 1966, currently marked repealed and first recorded in 1966.
Opening note
Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Bandaraya Kuala Lumpur, 1971 dan hendak-lah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Februari, 1972.
Perbadanan yang di-tubohkan di-bawah Ordinan Perbandaran Negeri $ ^{2} $ Selat dan di-namakan "Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur" dan di-tadbir di-bawah Akta Ibu Kota, 1960 hendak-lah di-namakan "Bandaraya Kuala Lumpur" atau "the City of Kuala Lumpur".
Tiada apa $ ^{2} $ jua dalam Akta ini boleh menyentoh sahnya atau kuatkuasa apa $ ^{2} $ tindakan, pembicharaan, pindahak, pindahmilek, suratikatan, urusan atau apa $ ^{2} $ jenis perbuatan bona fide yang telah di-ambil, di-buat atau di-lakukan sabelum Akta ini mula berkuatkuasa oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi pehak Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur.
Melainkan jika ada sa-suatu yang tidak bersesuaian dalam perkara atau kandongan ayat-nya, dalam tiap $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis—
sebutan mengenai "Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur" hendak-lah di-tafsirkan sa-bagai sebutan mengenai "Bandaraya Kuala Lumpur" atau "the City of Kuala Lumpur";
sebutan mengenai "Pejabat Perbandaran" atau mengenai "Pejabat Pesurohjaya" hendak-lah ditafsirkan sa-bagai sebutan mengenai "Dewan Bandaraya" atau "the City Hall";
sebutan mengenai "Perbandaran" berhubong dengan Ibu Kota Kuala Lumpur hendak-lah di-tafsirkan sa-bagai sebutan mengenai "Bandaraya" atau "City"; dan
sebutan mengenai "Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur" hendak-lah di-tafsirkan sa-bagai sebutan mengenai "Dato Bandar Kuala Lumpur" atau "the Commissioner of the City of Kuala Lumpur".
Kechuali sa-bagaimana di-peruntokkan terdahulu daripada ini, tiada apa $ ^{2} $ jua dalam Akta ini boleh menyentoh kuatkuasa Akta Ibu Kota, 1960.