Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
Pengerusi, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
(b)
seorang wakil Kementerian Pendidikan;
(c)
seorang wakil Perbendaharaan; dan
(d)
enam orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.
(2)
Pengerusi dan anggota-anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1) (d) hendaklah dilantik bagi tempoh tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
(3)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
(4)
Lembaga hendaklah bermesyuarat di manamana tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Pengerusi dan di sesuatu mesyuarat Lembaga, lima orang anggota hendaklah membentuk kuorum.
(5)
Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(6)
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menetapkan prosedurnya sendiri.