Seksyen 1
Akta ini boleh dinamakan Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966, dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
/akn/my/act/act/1966/389
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KUMPULAN WANG YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN 1966 is Malaysia Act, cited as Act 389 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.
Opening note
Bahagian I
Akta ini boleh dinamakan Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966, dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Dalam Akta ini—
"Menteri" ertinya Menteri Pendidikan.
Bahagian II
Kumpulan Wang hendaklah terletakhak pada dan diuruskan oleh suatu Lembaga Pemegang Amanah (kemudian daripada ini disebut sebagai "Lembaga") yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dengan kuasa untuk mendakwa dan didakwa, memegang harta alih atau harta tak alih, membuat kontrak dan, tertakluk kepada yang diperuntukkan kemudian daripada ini, memindahhak, menyerahhak, menyerah balik, menggadai-janji, memajak atau selainnya melupuskan harta alih atau harta tak alih yang terletakhak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Bahagian III
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa, menurut budi bicaranya, untuk menerima apa-apa pemberian, derma, endowmen, hadiah atau bekues yang dibuat untuk atau bagi faedah Kumpulan Wang.
Pengerusi dan anggota-anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1) (d) hendaklah dilantik bagi tempoh tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
Lembaga hendaklah bermesyuarat di manamana tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Pengerusi dan di sesuatu mesyuarat Lembaga, lima orang anggota hendaklah membentuk kuorum.
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menetapkan prosedurnya sendiri.
Seseorang anggota Lembaga hendaklah hilang kelayakan daripada memegang jawatan sebagai anggota Lembaga jika dia—
melakukan apa-apa pecah amanah atau mengabaikan kewajipannya sebagai anggota Lembaga yang, pada pendapat pihak berkuasa yang melantik, mewajarkan dia dipecat.
Tanpa menjejaskan kuasa pemecatan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh memecat daripada jawatan mana-mana anggota Lembaga yang, pada pendapat Menteri, tidak berupaya melaksanakan dengan sempurna kewajipan-kewajipannya sebagai seorang anggota Lembaga oleh sebab dia uzur atau telah lama tidak ada di Malaysia.
8
Bahagian IV
Baki Kumpulan Wang selepas membayar perbelanjaan-perbelanjaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, digunakan bagi maksud memberikan atau mengurniakan apa-apa hadiah siswa, biasiswa, pemberian pengajian atau pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa supaya diberikan atau dikurniakan kepada orang-orang yang disebut kemudian daripada ini bagi membolehkan orang-orang itu mengikuti apa-apa kursus pendidikan yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi manamana warganegara Malaysia yang, disebabkan oleh hal keadaannya atau apa-apa sebab lain, pada pendapat Lembaga perlu diberi atau dibantu dengan hadiah siswa, biasiswa, pemberian pengajian atau pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan lain di bawah Akta ini.
Jika mana-mana penerima kurniaan yang dibuat di bawah Akta ini tidak memenuhi seksyen 8 atau melanggar apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga atau dengan apa-apa jua cara berlaku salah, maka oleh sebab itu kurniaan itu boleh dilucutkan daripadanya.
Jika pada bila-bila masa Lembaga berpendapat bahawa apa-apa hal keadaan menjadikan sesuatu kurniaan di bawah Akta ini tidak patut diberikan atau jika dalam mana-mana tahun tiada seorang pun calon berhak, pada pendapat Lembaga, menerima apa-apa kurniaan di bawah Akta ini, maka tiada kurniaan boleh dibuat pada tahun itu dan wang yang jika tidak kerana itu akan diuntukkan bagi kurniaan itu boleh diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dalam Akta ini.
Lembaga boleh berhenti mengadakan peruntukan bagi, menyara atau membantu mana-mana penerima kurniaan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi terma-terma atau syarat-syarat yang dikenakan oleh Lembaga mengikut Akta ini atau jika Lembaga berpendapat bahawa pengajian penerima itu tidak berfaedah atau patut diteruskan oleh sebab kemajuan pengajiannya tidak memuaskan, dia berlaku salah atau dia uzur:
Dengan syarat bahawa dalam sesuatu hal pemberhentian kurniaan sedemikian, Lembaga hendaklah membayar semua perbelanjaan yang perlu untuk membawa pulang penerima dan orang tanggungannya, jika ada, ke Malaysia jika mereka telah meninggalkan Malaysia atas arahan atau dengan kelulusan Lembaga.
Sebelum membuat apa-apa kurniaan di bawah Akta ini, Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu.
Bahagian V
Aset-aset Kumpulan Wang boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan-pelaburan yang pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang berkenaan dengan pelaburan wang amanah:
Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti-sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam hartaharta lain yang terletak di luar Malaysia kecuali dengan kelulusan secara bertulis daripada Menteri Kewangan.
Seberapa segera yang boleh selepas berakhirnya setiap tahun kalendar, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu akaun hasil dan perbelanjaan Kumpulan Wang bagi tahun itu yang telah diaudit berserta dengan suatu penyata aset-aset dan liabiliti-liabiliti; dan Menteri hendaklah menyebabkan akaun dan penyata itu berserta dengan satu salinan apa-apa pandangan juruaudit mengenainya dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.
Mana-mana suratcara yang mengandungi meterai Lembaga yang telah dicapkan dan diakusaksikan sedemikian hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga.
11
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik seorang Setiausaha kepada Lembaga dan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat lain yang perlu untuk menjalankan fungsi-fungsi Lembaga.
Lembaga boleh, melalui suratcara bertulis di bawah meterai biasa Lembaga, mewakilkan kepada mana-mana orang atau badan apa-apa kewajipannya yang perlu dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia; dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badan itu tidaklah berkuasa ke atas Kumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam semua hal mengikut arahan Lembaga.
Tiada seorang pun anggota Lembaga berliabiliti terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada atau bersampingan dengan apa-apa pelaburan yang dibuat melainkan jika kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaian sengajanya, fraudnya atau kecurangannya; dan tiada seorang pun anggota Lembaga, ejen atau orang yang bertindak dengan kebenaran Lembaga berliabiliti sendiri terhadap apa-apa tindakan atau prosiding kerana atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dan dalam menjalankan dengan sewajarnya mana-mana hak atau kuasa Lembaga atau anggota-anggotanya.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu—
boleh menetapkan kurniaan-kurniaan, syaratsyarat yang akan dipatuhi dan kelayakankelayakan yang perlu dimiliki oleh caloncalon;
boleh membuat peruntukan mengenai pembayaran gaji dan elaun dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga;
boleh membuat peruntukan mengenai penubuhan dan pengurusan suatu skim persaraan atau kumpulan wang simpanan bagi pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmatnya.
Jika apabila menerima laporan itu Menteri berpendapat bahawa suatu rayuan untuk mendapatkan pemberian, derma, endowmen atau hadiah patut dibuat, maka dia hendaklah dengan serta-merta mengarahkan Lembaga membuat rayuan-rayuan itu dan Lembaga hendaklah oleh yang demikian mematuhi arahan itu.
Jika selepas tamat tempoh enam bulan kalendar dari tarikh sesuatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (2), Lembaga tiada menerima apa-apa pemberian, derma atau endowmen yang cukup, Menteri hendaklah mengarahkan supaya Kumpulan Wang dilikuidasikan; dan prosiding pelikuidasian hendaklah dimulakan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
Apabila sahaja Akta ini mula berkuatkuasa, semua wang dan aset lain dalam jagaan, kawalan atau pengurusan mana-mana orang atau orang-orang menurut apa-apa jua kuasa dan yang didermakan kepada Kumpulan Wang atau yang diterima oleh orang atau orang-orang itu pada menjangkakan pemasyhuran Akta ini berserta apa-apa bunga atau dividen yang terakru atasnya hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang dan hendaklah dipindahmilikkan dan diletakhakkan pada Lembaga.
[Senarai Pindaan]
13
Akta 389
(Disemak—1989)
Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuatkuasa dari
TIADA
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTIKAN
No.
Tajuk
Akta 43/1966
... Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman, 1966