Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN 1966

Seksyen 2

Maka hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan

Wang

Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada

Akta Tatacara Kewangan 1957 (kemudian daripada ini disebut

(a)

wang yang dari semasa ke semasa diuntukkan bagi dan dibenarkan untuk dibayar ke dalam Kumpulan Wang oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang

Persekutuan lain bagi mana-mana satu maksud atau lebih

Kumpulan Wang;

(b)

jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mana-mana satu maksud atau lebih Kumpulan Wang dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh undang-undang bertulis yang membenarkan pinjaman itu diperdapatkan;

(c)

jika di bawah seksyen 4 apa-apa perbelanjaan daripada

Kumpulan Wang telah dibenarkan untuk dibuat melalui pinjaman, jumlah wang yang merupakan pembayaran balik wang pokok bagi apa-apa pinjaman itu;

Kumpulan Wang Pembangunan 7

(d)

wang yang diterima daripada penjualan atau penghasilan apa-apa aset yang dibayar daripada Kumpulan Wang; dan

(e)

wang lain yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan bagi mana-mana satu maksud atau lebih Kumpulan Wang.

Penggunaan wang dalam Kumpulan Wang