PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
/akn/my/act/act/1966/406
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN 1966 is Malaysia Act, cited as Act 406 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan pemakaian
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
6 Undang-Undang Malaysia Akta 406
“Menteri Besar atau Ketua Menteri” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tatacara Kewangan 1957
[Akta 61];
“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;
“Yang di-Pertua Negeri” ertinya Ketua Negeri, tidak kira dengan gelaran apa jua dia dikenali, dalam sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Raja.
Bahagian II
Wang yang dikehendaki dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Maka hendaklah dibayar ke dalam
Kumpulan
Wang
Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada
Akta Tatacara Kewangan 1957 (kemudian daripada ini disebut
wang yang dari semasa ke semasa diuntukkan bagi dan dibenarkan untuk dibayar ke dalam Kumpulan Wang oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang
Persekutuan lain bagi mana-mana satu maksud atau lebih
Kumpulan Wang;
jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mana-mana satu maksud atau lebih Kumpulan Wang dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh undang-undang bertulis yang membenarkan pinjaman itu diperdapatkan;
jika di bawah seksyen 4 apa-apa perbelanjaan daripada
Kumpulan Wang telah dibenarkan untuk dibuat melalui pinjaman, jumlah wang yang merupakan pembayaran balik wang pokok bagi apa-apa pinjaman itu;
Kumpulan Wang Pembangunan 7
wang yang diterima daripada penjualan atau penghasilan apa-apa aset yang dibayar daripada Kumpulan Wang; dan
wang lain yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan bagi mana-mana satu maksud atau lebih Kumpulan Wang.
Penggunaan wang dalam Kumpulan Wang
“Kumpulan Wang”)—
Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah digunakan hanya bagi maksud atau mana-mana satu maksud atau lebih yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mengikut apa-apa ketetapan sebagaimana yang dari semasa ke semasa diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah seksyen 4 yang menguntukkan dan mengarahkan perbelanjaan wang itu:
Dengan syarat bahawa berkenaan dengan jumlah wang yang dibayar ke dalam Kumpulan Wang di bawah perenggan 2(b) (jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh
Kerajaan
Persekutuan bagi maksud
Kumpulan Wang sebagaimana yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis) dan berkenaan dengan wang yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan di bawah perenggan 2(e), penguntukan itu hendaklah hanya berkaitan dengan maksud yang diperuntukkan secara khusus oleh undang-undang bertulis tersebut atau untuk maksud khusus yang baginya wang itu telah diterima.
Anggaran pembangunan
anggaran baki pembukaan dan jumlah pendapatan
Kumpulan Wang bagi tahun itu;
8 Undang-Undang Malaysia Akta 406
perbelanjaan yang dicadangkan, sama ada secara langsung atau dengan cara pinjaman, yang dibayar daripada Kumpulan Wang dalam tahun itu;
jumlah wang yang perlu untuk membayar setiap kepala dan pecahan kepala perbelanjaan yang dicadangkan itu;
anggaran jumlah keseluruhan kos projek, kerja dan pengusahaan yang termasuk di bawah mana-mana kepala atau pecahan kepala bagi perbelanjaan yang dicadangkan itu, sama ada atau tidak projek, kerja atau pengusahaan itu akan disiapkan dalam tahun itu.
Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati—
bahawa amaun yang diuntukkan di bawah mana-mana kepala perbelanjaan tidak mencukupi atau bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun telah diuntukkan melalui ketetapan oleh Dewan Rakyat; atau
bahawa apa-apa wang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun itu, jika ada, telah diuntukkan bagi maksud itu dengan melalui ketetapan yang disebut terdahulu, suatu penyata tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki untuk dibelanjakan dan anggaran jumlah kos (atau kos sebenar) projek, kerja atau pengusahaan yang dimasukkan di bawah setiap pecahan kepala perbelanjaan itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat boleh melalui ketetapan meluluskan semua atau mana-mana bahagian apa-apa perbelanjaan yang ditunjukkan dalam suatu penyata atau penyata tambahan yang disebut dalam subseksyen
dan (2), dan hendaklah melalui ketetapan itu memperuntukkan jumlah wang yang diperlukan untuk membayar perbelanjaan yang diluluskan itu.
Kumpulan Wang Pembangunan 9
Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan supaya dibentangkan di hadapan Dewan Negara suatu penyata apa-apa perbelanjaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah subseksyen (3).
Yang di-Pertuan Agong boleh, berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan, menyebabkan supaya dibentangkan di hadapan
Dewan Rakyat suatu penyata sementara yang menunjukkan jumlah wang yang diperlukan untuk membayar perbelanjaan segera sehingga penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dibentangkan di hadapan
Dewan Rakyat; dan hendaklah mencukupi untuk menunjukkan dalam penyata sementara itu kepala perbelanjaan yang dicadangkan.
Subseksyen (3) dan (4) hendaklah terpakai bagi suatu pernyataan sementara yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat di bawah subseksyen (5).
Pindah peruntukan
Rakyat suatu penyata—
Jika didapati oleh Menteri perlu untuk mengubah perkadaran yang diberikan kepada pecahan kepala di bawah suatu kepala perbelanjaan yang ditunjukkan dalam suatu penyata apa-apa perbelanjaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah subseksyen 4(3), dia boleh melalui waran di bawah tandatangannya mengarahkan supaya hendaklah digunakan bagi menampung mana-mana pecahan kepala yang mungkin kekurangan suatu jumlah wang tambahan daripada mana-mana lebihan yang timbul daripada mana-mana pecahan kepala lain daripada kepala yang sama:
Dengan syarat bahawa amaun yang diuntukkan di bawah mana-mana kepala perbelanjaan melalui ketetapan yang diluluskan di bawah subseksyen 4(3) tidak dilebihi:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa anggaran jumlah kos apa-apa projek, kerja atau pengusahaan yang pecahan kepala itu berhubungan, sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata terakhir
10 Undang-Undang Malaysia Akta 406
sebelumnya yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 4(1) dan (2) tidak dilebihi.
Rizab Luar Jangka dalam anggaran Pembangunan
Wang yang diperuntukkan kepada Rizab Luar Jangka hendaklah terpakai, atas arahan Menteri, bagi membuat pendahuluan bagi membayar perbelanjaan bagi suatu maksud yang termasuk dalam terma Jadual Pertama sementara menunggu kelulusan penyata atau penyata tambahan di bawah seksyen 4.
Suatu jadual apa-apa arahan di bawah subseksyen (2)
hendaklah dibentangkan di hadapan
Dewan
Rakyat pada mesyuaratnya yang berikut.
Luputnya penguntukan
Tiap-tiap penguntukan yang dibuat di bawah seksyen 4
hendaklah luput dan terhenti berkuat kuasa pada penutup satu bulan kalendar selepas tahun kewangan, dan tiada bayaran boleh dibuat mengenai penguntukan dalam bulan itu kecuali berkenaan dengan kerja yang dilaksanakan, barang yang diterima, perkhidmatan yang diberikan atau apa-apa perkiraan kontrak lain yang dibuat sebelum akhir tahun itu dan yang dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun bagi tahun itu.
Kuasa bagi pengeluaran jumlah wang yang diuntukkan, dll.
Menteri boleh melalui waran yang ditandatangani olehnya membenarkan pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan
Kumpulan Wang Pembangunan 11
Persekutuan sejumlah wang yang diuntukkan di bawah seksyen 4 atau mengarahkan untuk dipakai mengikut seksyen 6, dan boleh mengehadkan atau menggantung apa-apa perbelanjaan yang dibenarkan sedemikian.
Bahagian III
Berhubung dengan pemakaian
Bahagian
II kepada
Kumpulan Wang Pembangunan bagi suatu Negeri seperti yang disebut terdahulu—
sebutan dalam Bahagian itu yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Kedua hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan yang dinyatakan dalam ruang kedua yang bersetentangan Jadual tersebut;
ungkapan "maksud atau mana-mana satu atau lebih daripadanya yang dinyatakan dalam Jadual Pertama"
dalam seksyen 3, ertinya maksud yang dinyatakan sedemikian atau mana-mana satu atau lebih daripadanya yang, berkenaan dengan Negeri itu, adalah bagi maksud
Negeri dan termasuklah apa-apa maksud lain yang dinyatakan demikian dan dipersetujui oleh Menteri tetapi ungkapan itu tidaklah dalam apa-apa hal termasuk bagi maksud pembekalan air di dalam Negeri di mana suatu
12 Undang-Undang Malaysia Akta 406
kumpulan wang bagi maksud itu telah ditentukan oleh
Dewan Undangan Negeri itu menurut perenggan 10(4)(b)
Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
subseksyen 4(4) dan perenggan 12 yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah tidak terpakai.
Bahagian IV
Pemansuhan
Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga adalah dengan ini dimansuhkan.
Pindaan berbangkit
Jadual Ketiga kepada Akta Tatacara Kewangan 1957, dengan ini dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru yang berikut:
"Kumpulan Wang Pembangunan".
Kecualian
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai menyentuh kesahan apa-apa pembayaran yang dibuat atau perbelanjaan yang dibenarkan berkenaan dengan apa-apa
Kumpulan Wang Pembangunan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
Pengesahan
(sama ada atau tidak ditubuhkan oleh atau mengikut mana-mana
Kumpulan Wang Pembangunan 13
undang-undang bertulis) semua perbuatan yang dilakukan, bayaran yang dibuat atau perbelanjaan yang dibenarkan atau ditanggung selepas permulaan tetapi sebelum Akta ini diluluskan, yang jika dilakukan, dibuat, dibenarkan atau ditanggung sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini adalah sah, hendaklah disifatkan telah dilakukan, dibuat, dibenarkan atau ditanggung di bawah Akta ini.
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 3]
MAKSUD YANG BAGINYA TABUNG PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN
BOLEH DIGUNAKAN
1. Pembinaan, penambahbaikan, penyambungan, pembesaran dan penggantian bangunan dan kerja, dan peruntukan, pengambilan, penambahbaikan dan penggantian aset modal lain (termasuk kenderaan, vesel, kapal terbang, stok kereta, jentera, peralatan dan kelengkapan) diperlukan berhubung atau berkaitan dengan—
(a)
saliran dan pengairan;
(b)
jalan awam, jambatan, feri, kereta api, padang terbang dan jalan udara dan cara perhubungan lain;
(c)
pejabat awam dan bangunan awam yang lain;
(d)
pertahanan dan keselamatan dalam negeri;
(e)
pelabuhan, pengkalan, rumah api, terusan dan kerja sungai, dan pelayaran laut dan sungai;
(f)
telekomunikasi dan penyiaran;
(g)
pengeluaran, pengagihan dan pembekalan kuasa air, elektrik, gas dan bentuk kuasa dan tenaga lain;
(h)
pendidikan, perpustakaan, muzium, makmal dan penyelidikan saintifik;
(i)
hospital, klinik, dispensari, rumah sakit, stesen kuarantin dan institusi perubatan dan kesihatan lain;
14 Undang-Undang Malaysia Akta 406
(j)
kesihatan awam, kebersihan, pembetungan dan bekalan air;
(k)
perkhidmatan veterinar dan pengawalan makhluk perosak pertanian;
(l)
perumahan, termasuk pembaharuan bandar dan amanah pemajuan;
(m)
pemuliharaan tanah;
(n)
kawalan dan pencegahan kebakaran dan kemalangan lain;
(o)
pembaikan dan penyenggaraan harta awam;
(p)
percetakan dan mesin cetak;
(q)
pentadbiran awam dan peruntukan dan peyenggaraan perkhidmatan awam;
(r)
pembangunan perindustrian;
(s)
pemulihan tanah lombong dan tanah yang terjejas oleh hakisan tanah, dan penebusgunaan tanah dari laut, sungai dan perairan lain;
(t)
tempat peranginan dan pembangunan pelancongan lain;
(u)
kemudahan rekreasi;
(v)
pemasaran pertanian;
(w)
perancangan keluarga.
2. Pembangunan, penambahbaikan, pemuliharaan dan pengeksploitasian pertanian, perikanan, hutan, dan mineral dan sumber alam lain di Malaysia, dan peruntukan, pengambilan, penambahbaikan dan penggantian aset modal yang diperlukan berkenaan dengannya atau berkaitan dengannya.
3. Pengambilan tanah dan apa-apa hak atau kepentingan dalam atau ke atas tanah dan berkenaan dengan penggunaan apa-apa reka cipta.
4. Penjalanan apa-apa tinjauan, penyelidikan, atau penyiasatan sebagai persediaan untuk pengusahaan apa-apa maksud sebagaimana yang disebut dalam perenggan 1
dan 2 Jadual ini atau untuk pembentukan mana-mana rancangan atau skim bagi pembangunan, penambahbaikan, pemuliharaan atau pengeksploitasian sumber di Malaysia atau di mana-mana bahagiannya.
5. Pembayaran emolumen peribadi berkenaan dengan mana-mana jawatan awam yang dinyatakan di bawah perenggan 15(2)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 dan
Kumpulan Wang Pembangunan 15
apa-apa caj atau perbelanjaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan mana-mana tujuan yang disebut dalam perenggan 1, 2, 3 dan 4 Jadual ini.
6. Pemberian dan pinjaman kepada mana-mana Kerajaan di Malaysia dan pemberian dan pinjaman kepada atau pelaburan dalam pihak berkuasa awam dan berkanun dan apa-apa badan lain atau mana-mana orang untuk mana-mana satu maksud atau lebih yang disebut dalam perenggan 1, 2, 3, 4 dan 5 Jadual ini.
7. Pembayaran apa-apa jumlah wang yang dilanggan oleh Kerajaan menurut seksyen 6 *Ordinan Bank Negara Malaysia 1958 [Ord. 61 tahun 1958], berkenaan dengan modal dibenarkan Bank Negara Malaysia.
8. Pembayaran apa-apa jumlah wang yang dilanggan oleh Kerajaan sebagai pelaburan ekuiti dalam modal dibenarkan Bank Bumiputra yang dilesenkan di bawah
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372].
9. Pembayaran apa-apa jumlah wang yang dilanggan oleh Kerajaan sebagai pelaburan dalam modal yang dibenarkan Malayawata Steel Limited yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].
10. Pembayaran apa-apa jumlah wang yang dilanggan oleh Kerajaan bagi apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh ketetapan Dewan Rakyat di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957.
11. Apa-apa pemberian atau pemindahan wang kepada Kumpulan Wang Pinjaman
Perumahan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 dan bagi maksud kumpulan wang itu sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 5 Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 [Akta 42], tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Menteri.
12. Pemberian atau pinjaman, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Menteri, kepada mana-mana syarikat (ditubuhkan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi mana-mana komuniti) yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang ditetapkan oleh ketetapan Dewan Rakyat.
13.
(1)
Pemberian atau pinjaman kepada, atau pelaburan dalam,
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, atau mana-mana pertubuhan perbadanan lain yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia, jika pemberian, pinjaman atau pelaburan sedemikian adalah bagi maksud menyokong atau mengekalkan pembangunan berterusan sistem perbankan dan kewangan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau bagi apa-apa maksud yang berkaitan.
*CATATAN—Ordinan Bank Negara Malaysia 1958 [Ord. 61 tahun 1958] telah disemak oleh Akta Bank
Negara Malaysia 1958 [Akta 519].
16 Undang-Undang Malaysia Akta 406
Bagi maksud subperenggan (1), sesuatu pertubuhan perbadanan dikawal oleh
Kerajaan Malaysia jika 51 peratus atau lebih modal syer dikeluarkan pertubuhan perbadanan itu dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan dipegang bagi pihak Kerajaan
Malaysia oleh Perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan
(Pemerbadanan) 1957 [Akta 375].
JADUAL KEDUA
[Perenggan 9(2)(a)]
Sebutan dalam Bahagian II
Tafsiran berhubung dengan pemakaian
Bahagian II bagi Kumpulan Wang
Pembangunan Negeri
1. Persekutuan . . . . . . . . . . Negeri
2. Dewan Rakyat . . . . . . . .
Dewan Undangan
3. Yang di-Pertuan Agong . . . .
Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan
4. Menteri . . . . . . . . . . . .
Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu
Negeri dan, dalam hal Sabah, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan di Negeri itu
JADUAL KETIGA
[Seksyen 10]
UNDANG-UNDANG BERTULIS
P.T. M. No. 18 tahun 1958
.. ..
Ordinan
Kumpulan
Wang
Pembangunan 1958
P.T. M. No. 33 tahun 1962
.. ..
Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1962
17
Akta 406
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A23
Akta Kumpulan Wang Pembangunan
(Pindaan) 1969
28-03-1969
Akta A259
Akta Acara Kewangan dan
Kumpulanwang
Pembangunan
(Pindaan) 1974
16-08-1974
Akta A277
Akta Acara Kewangan dan
Kumpulanwang
Pembangunan
(Pindaan) 1975
31-01-1975
Akta A398
Akta Acara Kewangan (Pindaan) 1977
10-06-1977
Akta A453
Akta Kumpulanwang Pembangunan dan Kumpulanwang Pinjaman
Perumahan (Pindaan) 1979
01-01-1978
Akta A476
Akta Kumpulanwang Pembangunan
(Pindaan) 1980
01-12-1977
Akta A506
Akta Kumpulanwang Pembangunan
(Pindaan) 1981
28-03-1969
P.U. (A) 349/1992
Perintah Penyemakan Undang-undang
(Pembetulan Akta Kumpulan Wang
Pembangunan) 1992
14-12-1989
Akta A1038
Akta Kumpulan Wang Pembangunan
(Pindaan) 1998 10-07-1998
18
Akta 406
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
7
Akta A259 16-06-1974
Akta A277 31-01-1975
9
Akta A476 01-12-1977
Akta A506 28-03-1969
Jadual Pertama
Akta A23 28-03-1969
Akta A398 10-06-1977
Akta A453 01-01-1978
Akta A476 01-12-1977
Akta A506 28-03-1969
Akta A1038 10-07-1998