Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN 1966

Seksyen 3

“Kumpulan Wang”)—

Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah digunakan hanya bagi maksud atau mana-mana satu maksud atau lebih yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mengikut apa-apa ketetapan sebagaimana yang dari semasa ke semasa diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah seksyen 4 yang menguntukkan dan mengarahkan perbelanjaan wang itu:

Dengan syarat bahawa berkenaan dengan jumlah wang yang dibayar ke dalam Kumpulan Wang di bawah perenggan 2(b) (jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh

Kerajaan

Persekutuan bagi maksud

Kumpulan Wang sebagaimana yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis) dan berkenaan dengan wang yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan di bawah perenggan 2(e), penguntukan itu hendaklah hanya berkaitan dengan maksud yang diperuntukkan secara khusus oleh undang-undang bertulis tersebut atau untuk maksud khusus yang baginya wang itu telah diterima.