Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Rakyat suatu penyata—
Jika didapati oleh Menteri perlu untuk mengubah perkadaran yang diberikan kepada pecahan kepala di bawah suatu kepala perbelanjaan yang ditunjukkan dalam suatu penyata apa-apa perbelanjaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah subseksyen 4(3), dia boleh melalui waran di bawah tandatangannya mengarahkan supaya hendaklah digunakan bagi menampung mana-mana pecahan kepala yang mungkin kekurangan suatu jumlah wang tambahan daripada mana-mana lebihan yang timbul daripada mana-mana pecahan kepala lain daripada kepala yang sama:
Dengan syarat bahawa amaun yang diuntukkan di bawah mana-mana kepala perbelanjaan melalui ketetapan yang diluluskan di bawah subseksyen 4(3) tidak dilebihi:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa anggaran jumlah kos apa-apa projek, kerja atau pengusahaan yang pecahan kepala itu berhubungan, sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata terakhir
10 Undang-Undang Malaysia Akta 406
sebelumnya yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 4(1) dan (2) tidak dilebihi.