/akn/my/act/act/1966/462

*AKTA BANK PEMBANGUNAN ASIA 1966

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1966
Sections
8
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA BANK PEMBANGUNAN ASIA 1966 is Malaysia Act, cited as Act 462 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk membolehkan penguatkuasaan suatu perjanjian antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Bank Pembangunan Asia dan untuk membolehkan Malaysia menjadi anggotanya dan untuk membuat peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [28 Julai 1966] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Bank” ertinya Bank Pembangunan Asia yang ditubuhkan oleh perjanjian;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“perjanjian” ertinya perjanjian antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Bank Pembangunan Asia yang ditandatangi di Manila,

Filipina pada 4 Disember 1965;

6

Undang-Undang Malaysia

AKTA 462

“Perkara” ertinya Perkara perjanjian.

Seksyen 3

Kesan daripada ratifikasi perjanjian

Open as pageSuggest a correction

Kerajaan Malaysia dan perjanjian menurut Perkara 65 di dalamnya mula berkuat kuasa (sama ada sebelum, pada atau selepas ratifikasi tersebut), seksyen berikut hendaklah berkuat kuasa.

Seksyen 4

Kuasa untuk memohon beli pada syer saham modal Bank

Open as pageSuggest a correction

(a)

pada syer saham modal dibenarkan yang asal bagi Bank mengikut seksyen 1 Perkara 5 dalam apa-apa amaun yang tidak akan melebihi dua puluh (20) juta dolar Amerika

Syarikat;

Suggest a correction

(b)

jika saham modal dibenarkan yang asal bagi Bank adalah dinaikkan mengikut seksyen 2 Perkara 5, sebanyak suatu kadar kenaikan saham sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen itu; dan

Suggest a correction

(c)

jika syer Malaysia telah dinaikkan atas permintaan

Kerajaan Malaysia mengikut seksyen 3 Perkara 5, sebanyak amaun kenaikan tersebut.

Jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara mohon beli pada saham modal dibayarnya, di bawah dan mengikut cara pembayaran baginya sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 1 Perkara 6;

Akta Bank Pembangunan Asia 7

Suggest a correction

(b)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara mohon beli pada saham modal boleh dipanggilnya sebagaimana dan bila dikehendaki oleh

Bank seperti dinyatakan di bawah seksyen 5 Perkara 6;

Suggest a correction

(c)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara kenaikan syer saham modal bank yang dimohon beli oleh Kerajaan Malaysia mengikut seksyen 2

dan 3 Perkara 5;

Suggest a correction

(d)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank di bawah mana-mana peruntukan lain perjanjian itu; dan

Suggest a correction

(e)

semua jumlah wang yang dikehendaki bagi penebusan mana-mana nota atau obligasi yang diwujudkan atau dikeluarkan kepada Bank di bawah seksyen 6 Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Semua jumlah wang yang dipertanggungkan kepada

Kumpulan Wang Disatukan bagi Malaysia di bawah seksyen ini boleh dibayar dengan emas atau dolar Amerika Syarikat atau mata wang boleh tukar atau dengan mata wang Malaysia.

Memperdapatkan wang dan mengeluarkan nota tidak boleh niaga dan perwujudan obligasi lain

Suggest a correction

Seksyen 6

Wang Disatukan bagi Malaysia—

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud memperuntukkan mana-mana jumlah wang yang dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan bagi Malaysia di bawah seksyen 5, Menteri boleh mewujudkan suatu keluaran kepada Bank dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut apa-apa nota yang tidak membawa faedah dan yang tidak boleh niaga atau lain-lain obligasi yang Bank boleh, di bawah seksyen 3 Perkara 6, tentukan untuk setuju terima sebagai ganti keseluruhan atau mana-mana bahagian jumlah wang tersebut yang, jika tidak kerana persetujuterimaan tersebut oleh Bank, kena dibayar dengan mata wang Malaysia.

8

Undang-Undang Malaysia

AKTA 462

Seksyen 7

Penerimaan

Open as pageSuggest a correction

Semua jumlah wang yang diterima oleh atau bagi pihak Malaysia daripada Bank hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan bagi Malaysia.

Seksyen 8

Perintah untuk menguatkuasakan perjanjian

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subsekyen (1), apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh diubah atau dibatal oleh perintah yang kemudian.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah sekyen 4

*Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord.

tahun 1957], untuk mengisytiharkan Bank sebagai suatu organisasi seperti yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen itu atau mana-mana kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan itu untuk memberi kepada Bank atau pegawai atau pekhidmatnya atau kepada mana-mana orang lain yang berkaitan dengannya mana-mana kekebalan atau keistimewaan yang tidak dinyatakan dalam perjanjian.

________________________________

_______________________________________________________

*CATATAN— Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957[Ord. 53/1957], telah dimansuhkan oleh Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) (Pindaan) 1999

[Akta A1064]-lihat seksyen 5 Akta A1064.

9

Akta 462

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 74/1967

Akta Bank Pembangunan

Asia (Pindaan) 1967 28-07-1966

10

Akta 462

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

5

Akta 74/1967 28-07-1966

Suggest a correction

Common questions

What is ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966?
*AKTA BANK PEMBANGUNAN ASIA 1966 is Malaysia Act, cited as Act 462 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.
Is ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966 still in force?
Yes — ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966 is currently in force.
When did ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966 take effect?
ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966 was first recorded in 1966.
How many sections does ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966 have?
ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966 contains 8 sections.
Where can I read the official version of ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966?
The official text of ASIAN DEVELOPMENT BANK ACT 1966 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA BANK PEMBANGUNAN ASIA 1966 (No. 462) | mylaw.my