Skip to content

Seksyen 6

Memperdapatkan wang dan mengeluarkan nota tidak boleh niaga dan perwujudan obligasi lain

of Akta Bank Pembangunan Asia 1966

ActIn forceProvision 6 of 8
Seksyen 6

Bagi maksud memperuntukkan mana-mana jumlah wang yang dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan bagi Malaysia di bawah seksyen 5, Menteri boleh mewujudkan suatu keluaran kepada Bank dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut apa-apa nota yang tidak membawa faedah dan yang tidak boleh niaga atau lain-lain obligasi yang Bank boleh, di bawah seksyen 3 Perkara 6, tentukan untuk setuju terima sebagai ganti keseluruhan atau mana-mana bahagian jumlah wang tersebut yang, jika tidak kerana persetujuterimaan tersebut oleh Bank, kena dibayar dengan mata wang Malaysia.

8

Undang-Undang Malaysia

AKTA 462