Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
mana-mana orang yang bekerja menangkap, mengutip atau memelihara hidupan dalam air selama tempoh sekurang-kurangnya seratus dua puluh hari dalam setahun;
(b)
mana-mana orang yang bekerja memproses, mengendalikan atau berniaga ikan;
(c)
mana-mana orang yang mendapat enam puluh peratus atau lebih daripada jumlah pendapatannya daripada perusahaan perikanan.
(2)
Mana-mana orang yang menjalankan penyelidikan berkenaan dengan atau mengambil bahagian dalam memperkembang dan memajukan perusahaan menangkap ikan adalah layak menjadi ahli bersekutu.
(3)
Tiada seseorang boleh menjadi ahli bagi lebih daripada satu
Persatuan Nelayan Kawasan.
(4)
Tiada apa-apa hak keahlian boleh digunakan oleh seseorang ahli sehingga dia telah menjelaskan apa-apa bayaran sebagaimana yang diperuntukkan berkenaan dengan keahliannya dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu kepada Persatuan
Nelayan Kawasan itu.
(5)
Seseorang terhenti menjadi ahli sesuatu Persatuan Nelayan
Kawasan dalam mana-mana hal keadaan yang berikut, iaitu:
Persatuan Nelayan 15
(a)
apabila dia berhenti dengan sukarela mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu:
(b)
apabila dia disifatkan telah terhenti menjadi ahli menurut peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu; atau
(c)
apabila dia mati.
(6)
Apabila berbangkit sesuatu soal tentang kemastautinan seseorang bagi maksud menentukan kelayakannya di bawah subseksyen (1), soal itu hendaklah diputuskan oleh Pendaftar dan keputusannya itu adalah muktamad.
(7)
(Dipotong oleh Akta A1294).
Daftar hendaklah menjadi keterangan prima facie