/akn/my/act/act/1971/44

*AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1971
Sections
42
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 is Malaysia Act, cited as Act 44 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menubuhkan Persatuan Nelayan dalam Malaysia dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia—4 Mei 1972, P.U.(B)172/1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh itu tidak lebih awal daripada tarikh pemberitahuan itu disiarkan.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh dengan perintah menggantung kuat kuasa Akta ini di suatu atau beberapa bahagian dalam Malaysia.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“menangkap ikan” ertinya menangkap ikan di muara atau di laut;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi perikanan;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Persatuan Nelayan yang dilantik di bawah seksyen 6;

“Persatuan Nelayan” ertinya Persatuan Nelayan Kawasan,

Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan;

“Persatuan Nelayan Kawasan” ertinya suatu persatuan yang mempunyai ahli seramai tidak kurang daripada lima puluh orang yang ditubuhkan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi mana-mana kawasan dalam mana-mana Negeri;

“Persatuan Nelayan Kebangsaan” ertinya pergabungan mana-mana dua Persatuan Nelayan Negeri atau lebih mengikut Akta ini;

“Persatuan Nelayan Negeri” ertinya pergabungan mana-mana dua

Persatuan Nelayan Kawasan atau lebih mengikut Akta ini;

“koperasi nelayan” ertinya mana-mana koperasi yang, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1948

[Akta 287]*, Ordinan Syarikat Kerjasama 1958 Sabah [Ord. 3 tahun 1958] dan Ordinan Syarikat Kerjasama Sarawak [Bab 66] dan yang tujuan atau fungsi utamanya adalah berkaitan dengan pengeluaran perikanan, kredit, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha niaga perdagangan dan perniagaan yang sedemikian:

________________________________________________________

*CATATAN—Akta 287, Sabah Ord. 3 tahun 1958 and Sarawak Bab 66 telah dimansuhkan—

lihat seksyen 95 Akta Koperasi 1993 [Akta 502].

Persatuan Nelayan 9

Dengan syarat bahawa jika ada sesuatu pertikaian tentang sama ada sesuatu koperasi ialah suatu koperasi nelayan pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar yang keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana

Mahkamah;

“Wilayah” ertinya suatu kawasan yang terdiri daripada dua Negeri atau lebih sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan kelulusan Pendaftar, mana-mana dua Persatuan

Nelayan Kawasan atau lebih yang didaftarkan mengikut Akta ini boleh bergabung menjadi satu Persatuan Nelayan Negeri.

Suggest a correction

(3)

Dengan kelulusan Pendaftar, mana-mana dua Persatuan

Nelayan Negeri atau lebih yang didaftarkan mengikut Akta ini boleh bergabung menjadi satu Persatuan Nelayan Kebangsaan.

Larangan

Suggest a correction

Seksyen 4

Tiada sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan, Negeri atau

Open as pageSuggest a correction

Kebangsaan boleh menjalankan urusan melainkan jika ia ditubuhkan dan didaftarkan mengikut Akta ini.

Seksyen 5

Tujuan Persatuan Nelayan

Open as pageSuggest a correction

(a)

menguruskan dan mengendalikan rancangan bantuan kewangan untuk mengadakan sumber kredit dan modal bagi ahli;

Suggest a correction

(b)

memajukan pelajaran dan latihan bagi ahli termasuk pengedaran maklumat mengenai perkara yang mungkin menarik perhatian ahli;

Suggest a correction

(d)

mengatur usaha menangkap ikan atau memelihara hidupan dalam air;

mengumpul, menyimpan, memproses, membahagi-bahagikan dan melupuskan benda keluaran ahli;

Suggest a correction

(e)

mengadakan pusat kesihatan, pusat didikan kanak-kanak, pertubuhan jimat cermat, insurans, bantuan bersama dan rancangan kebajikan yang lain;

Suggest a correction

(f)

membantu dalam penyiasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai perusahaan menangkap ikan;

Suggest a correction

(g)

mengadakan boya dan alat bantuan pelayaran yang lain dan kemudahan di pelabuhan perikanan;

Suggest a correction

(h)

menjadi orang tengah dalam pertikaian yang berbangkit dalam perusahaan menangkap ikan yang melibatkan seorang atau beberapa orang ahli;

Suggest a correction

(i)

mengatur penyertaan ahli-ahli dalam apa-apa rancangan bagi pemuliharaan sumber perikanan;

Suggest a correction

(j)

mengendalikan dan mengadakan kemudahan pengangkutan bagi mempergiat usaha pemasaran ikan dan usaha yang berkaitan;

Suggest a correction

(k)

mengadakan kemudahan pemasaran, penyimpanan, pengeringan, penggudangan dan kemudahan lain; dan

Persatuan Nelayan 11

Suggest a correction

(l)

membolehkan pembentukan modal dan pelaburan melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha perdagangan dan perniagaan.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), sesuatu Persatuan Nelayan tidak boleh menubuhkan apa-apa syarikat atau menyertai ekuiti mana-mana usaha perdagangan atau perniagaan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendaftar, dan Pendaftar boleh, pada memberikan kelulusan sedemikian, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan kuasa yang diberikan kepada Pendaftar dalam subseksyen (2), Pendaftar boleh, melalui perintah secara bertulis, mengehadkan, mengenakan syarat ke atas atau mengawal selia kuasa sesuatu Persatuan Nelayan untuk memastikan kecekapan dan untuk mengelakkan penduaan fungsi Persatuan Nelayan itu.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah Pendaftar di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat dan Menteri boleh mengesahkan, mengubah atau membatalkan perintah itu; dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia hendaklah menjadi Pendaftar.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

Suggest a correction

(4)

Pendaftar boleh secara bertulis mewakilkan kepada mana-mana orang, termasuk mana-mana pegawai dalam perkhidmatan awam dalam Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak, mana-mana daripada kuasanya di bawah Akta ini kecuali kuasanya untuk menggantung atau membubarkan mana-mana Persatuan Nelayan.

Daftar

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan disimpan dan disenggarakan suatu atau beberapa daftar yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat berhubung dengan pendaftaran semua Persatuan

Nelayan.

Seksyen 8

Syarat pendaftaran

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu mesyuarat telah diadakan dan mesyuarat itu dihadiri oleh 50 orang atau lebih daripada orang yang tersebut dalam perenggan 11(1)(a) dari kawasan itu;

Suggest a correction

(b)

telah dibentangkan dalam mesyuarat yang tersebut di atas suatu pernyataan bertulis yang menunjukkan tujuan

Persatuan Nelayan Kawasan itu dan juga satu salinan perlembagaan atau kaedah-kaedah bagi menguruskan

Persatuan itu; dan

Suggest a correction

(c)

peruntukan dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah

Persatuan itu termasuk peruntukan yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Suatu perakuan pendaftaran yang ditandatangani oleh

Pendaftar adalah menjadi keterangan muktamad bahawa Persatuan yang tersebut dalamnya itu adalah didaftarkan dengan sempurnanya di bawah Akta ini, melainkan jika dibuktikan bahawa pendaftaran

Persatuan itu telah dibatalkan.

Persatuan Nelayan 13

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PEGAWAI PENYELIA PERSATUAN

Suggest a correction

NELAYAN NEGERI

Pihak berkuasa penyelia

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat bagi sesuatu tempoh atau atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk kepada arahan am Pendaftar.

Kewajipan Pegawai Penyelia

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(a)

menasihati Persatuan Nelayan Kawasan dan Persatuan

Nelayan Negeri dalam Negeri itu mengenai kegiatan persatuan itu;

Suggest a correction

(b)

menyelaraskan apa-apa rancangan atau rancangan yang dijalankan oleh Persatuan Nelayan Kawasan dalam

Negeri itu; dan

Suggest a correction

(c)

memeriksa dan menyelia kegiatan Persatuan Nelayan

Kawasan dan Persatuan Nelayan Negeri dalam Negeri itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang Pegawai Penyelia Persatuan Nelayan yang dilantik bagi sesuatu

Wilayah mempunyai kuasa menyelia pada keseluruhannya semua Persatuan Nelayan Kawasan dan Negeri dalam Wilayah itu.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

AHLI PERSATUAN NELAYAN KAWASAN

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana orang yang bekerja menangkap, mengutip atau memelihara hidupan dalam air selama tempoh sekurang-kurangnya seratus dua puluh hari dalam setahun;

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang bekerja memproses, mengendalikan atau berniaga ikan;

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang yang mendapat enam puluh peratus atau lebih daripada jumlah pendapatannya daripada perusahaan perikanan.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang menjalankan penyelidikan berkenaan dengan atau mengambil bahagian dalam memperkembang dan memajukan perusahaan menangkap ikan adalah layak menjadi ahli bersekutu.

Suggest a correction

(3)

Tiada seseorang boleh menjadi ahli bagi lebih daripada satu

Persatuan Nelayan Kawasan.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa hak keahlian boleh digunakan oleh seseorang ahli sehingga dia telah menjelaskan apa-apa bayaran sebagaimana yang diperuntukkan berkenaan dengan keahliannya dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu kepada Persatuan

Nelayan Kawasan itu.

Suggest a correction

(5)

Seseorang terhenti menjadi ahli sesuatu Persatuan Nelayan

Kawasan dalam mana-mana hal keadaan yang berikut, iaitu:

Persatuan Nelayan 15

(a)

apabila dia berhenti dengan sukarela mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu:

Suggest a correction

(b)

apabila dia disifatkan telah terhenti menjadi ahli menurut peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Apabila berbangkit sesuatu soal tentang kemastautinan seseorang bagi maksud menentukan kelayakannya di bawah subseksyen (1), soal itu hendaklah diputuskan oleh Pendaftar dan keputusannya itu adalah muktamad.

Suggest a correction

(7)

(Dipotong oleh Akta A1294).

Daftar hendaklah menjadi keterangan prima facie

Suggest a correction

Seksyen 11A

Apa-apa daftar atau senarai ahli yang disimpan oleh sesuatu

Open as pageSuggest a correction

Persatuan Nelayan Kawasan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor keahlian, dan pekerjaan seseorang ahli dan mengenai tarikh dia mula dan berhenti menjadi ahli.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

PENGURUSAN DAN KUMPULAN WANG

Suggest a correction

PERSATUAN NELAYAN KAWASAN,

Pengarah

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud menjalankan urusan setiap persatuan itu, hendaklah ada seorang Pengurus Besar dan pegawai dan penjawat

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

lain bagi persatuan itu yang dilantik mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.

Suggest a correction

(3)

Tanggungjawab dan kewajipan Pengurus Besar, pegawai dan

Lembaga Pengarah yang tersebut di atas itu hendaklah mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.

Suggest a correction

(4)

Pengarah hendaklah memegang jawatan, boleh meletakkan jawatan dan boleh dipecat daripada jawatan mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.

Suggest a correction

(5)

Jawatan seseorang Pengarah hendaklah disifatkan sebagai dikosongkan dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:

(b)

jika dia disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

Suggest a correction

(c)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran;

Suggest a correction

(d)

jika dia terhenti menjadi seorang warganegara Malaysia atau ahli sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan;

Suggest a correction

(f)

jika dia menjadi seorang pekerja bagi persatuan itu; atau

Suggest a correction

(g)

jika dia mengambil bahagian dalam apa-apa jua urusan atau bertindak secara yang, pada pendapat Menteri, mendatangkan mudarat kepada kepentingan persatuan itu.

Kumpulan wang Persatuan Nelayan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 13

Kumpulan wang setiap Persatuan Nelayan hendaklah terdiri daripada—

Open as pageSuggest a correction

(b)

yang diperoleh, terakru atau didapati menurut kuasa persatuan itu yang diberikan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau menurut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.

Kuasa untuk meminjam wang, dll.

Suggest a correction

Seksyen 13A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pada setiap mesyuarat agung tahunannya, tiap-tiap Persatuan

Nelayan hendaklah menentukan had maksimum keterhutangan yang boleh ditanggung olehnya, tertakluk kepada kebenaran Pendaftar menurut subseksyen (1), pada bila-bila masa dalam tahun kewangannya yang akan datang.

Pelaburan wang

Suggest a correction

Seksyen 13B

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada seksyen 5, sesuatu Persatuan Nelayan boleh melaburkan atau mendepositkan wangnya—

(a)

ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh

Pendaftar dari semasa ke semasa;

Suggest a correction

(b)

dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri;

Suggest a correction

(c)

dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuan dengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri;

Suggest a correction

(d)

dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar;

Suggest a correction

(e)

dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah atau bangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

Suggest a correction

(f)

dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Kumpulan Wang Rizab

Suggest a correction

Seksyen 14

Tiap-tiap Persatuan Nelayan hendaklah mengadakan suatu

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang Rizab yang terdiri daripada wang daripada kumpulan wang am yang dikhaskan bagi maksud itu dan Kumpulan

Wang Rizab itu hendaklah digunakan mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

PERGABUNGAN PERSATUAN NELAYAN

Suggest a correction

KAWASAN DAN NEGERI

Tatacara pergabungan Persatuan Nelayan Kawasan

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mesyuarat setiap Persatuan Nelayan Kawasan yang tersebut di atas suatu ketetapan khas hendaklah dicadangkan bagi pergabungan itu dan bahawa suatu permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar bagi maksud itu.

Pendaftaran Persatuan Nelayan Negeri

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu permohonan di bawah seksyen 15 telah dibuat berkenaan dengan setiap Persatuan Nelayan Kawasan dan Pendaftar berpuas hati—

(a)

bahawa ketetapan khas yang menyokong pergabungan yang dicadangkan itu telah diluluskan dengan sempurnanya oleh setiap Persatuan Nelayan Kawasan bersamaan dalam segala butir material dengan ketetapan

Persatuan Nelayan 19

atau ketetapan-ketetapan yang diluluskan oleh Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan yang lain;

Suggest a correction

(b)

bahawa rancangan pergabungan yang terkandung dalam ketetapan yang tersebut di atas bagi setiap Persatuan

Nelayan Kawasan adalah bersamaan dalam segala butir material dengan ketetapan atau ketetapan-ketetapan

Persatuan Nelayan Kawasan yang lain; dan

Suggest a correction

(c)

bahawa peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah bagi Persatuan Nelayan Negeri yang dicadangkan itu tidak berlawanan dengan Akta ini atau dengan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, Pendaftar hendaklah mendaftarkan atau menyebabkan didaftarkan Persatuan

Nelayan Negeri mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

Tatacara pergabungan Persatuan Nelayan Negeri

Suggest a correction

Seksyen 17

Berkenaan dengan tatacara pergabungan mana-mana dua

Open as pageSuggest a correction

Persatuan Nelayan Negeri atau lebih, seksyen 15 dan 16 hendaklah terpakai dengan syarat bahawa bagi ungkapan “Persatuan Nelayan

Kawasan” dan “Persatuan Nelayan Negeri” di mana-mana jua ungkapan itu terdapat dalam seksyen-seksyen tersebut di atas hendaklah masing-masing digantikan dengan “Persatuan Nelayan

Negeri” dan “Persatuan Nelayan Kebangsaan”.

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

Seksyen 18

Apabila didaftarkan di bawah Akta ini, sesuatu Persatuan

Open as pageSuggest a correction

(a)

adalah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dengan mempunyai suatu meterai perbadanan dan mempunyai kuasa membuat kontrak bagi membawa dan membela tindakan, guaman dan prosiding

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

undang-undang dan melakukan segala perkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan yang disebut dalam seksyen 5; dan

Suggest a correction

(b)

boleh memperoleh dengan jalan pajakan, pembelian, derma, hadiah, demis, wasiat atau selainnya apa-apa harta alih atau harta tak alih bagi apa-apa tujuan persatuan dan bagi maksud itu boleh menjual atau memajakkan atau dengan jalan lain membuat apa-apa urusan berkenaan dengan mana-mana harta itu.

Menyelesaikan pertikaian

Suggest a correction

Seksyen 18A

Nelayan—

Open as pageSuggest a correction

(i)

antara ahli, bekas ahli dan orang yang menuntut melalui ahli, bekas ahli dan ahli yang sudah mati;

atau

(ii)

antara seorang ahli, bekas ahli atau seorang yang menuntut melalui seorang ahli, bekas ahli atau ahli yang sudah mati, dengan persatuan itu atau

Lembaga Pengarahnya; atau

Suggest a correction

(iii)

antara persatuan itu dengan mana-mana Persatuan

Nelayan Kawasan yang lain, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

Sesuatu tuntutan oleh Persatuan Nelayan Kawasan kerana apa-apa hutang atau tagihan yang terhutang kepadanya daripada seseorang ahli, bekas ahli atau orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang bagi seorang ahli yang sudah mati, hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan persatuan itu

Suggest a correction

(2)

Pendaftar boleh, apabila menerima rujukan di bawah subseksyen (1)—

Persatuan Nelayan 21

(b)

merujukkan pertikaian itu untuk diselesaikan kepada seorang atau beberapa orang penimbang tara.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Sesuatu rayuan terhadap keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat kepada Menteri dan hendaklah dibuat dalam masa dua bulan dari tarikh keputusan itu.

Suggest a correction

(4)

Keputusan Menteri dalam sesuatu rayuan di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) atau, jika ada sesuatu rayuan terhadap keputusan itu, keputusan sebagaimana yang disahkan atau diubah oleh Menteri, hendaklah dikuatkuasakan dengan cara yang sama seolah-olah keputusan itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen.

Suggest a correction

(6)

(a)

Apa-apa pertikaian yang menyentuh urusan sesuatu

Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan dan yang timbul antara suatu Persatuan Nelayan Kawasan dengan

Persatuan Nelayan Negeri atau antara suatu Persatuan Nelayan

Negeri dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan, hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan.

(b)

Sesuatu tuntutan oleh sesuatu Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan kerana apa-apa hutang atau tagihan yang terhutang kepadanya daripada sesuatu Persatuan

Nelayan Kawasan atau Persatuan Nelayan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan persatuan itu.

Suggest a correction

(c)

Subseksyen (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi pertikaian itu sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi sesuatu pertikaian di bawah subseksyen (1).

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

Kes dinyatakan berhubung dengan soalan undang-undang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan bertulis bagi maksud itu, mempunyai kuasa untuk—

(a)

memeriksa akaun dan harta mana-mana Persatuan

Nelayan; dan

Suggest a correction

(b)

mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan perjalanan urusan dan keadaan kewangan persatuan itu.

Kuasa untuk menggantung dan membubarkan

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebaik sahaja perintah di bawah subseksyen (1) dibuat terhadap sesuatu persatuan, Pendaftar hendaklah menyebabkan suatu siasatan dijalankan berkenaan dengan persatuan itu atau berkenaan dengan mana-mana segi urusan persatuan itu.

Suggest a correction

(3)

Selepas siasatan di bawah subseksyen (2) dijalankan

Pendaftar boleh membatalkan perintah penggantungan itu atau memerintahkan supaya persatuan itu dibubarkan sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat.

Persatuan Nelayan 23

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada apa-apa rayuan yang dibuat di bawah seksyen 21, perintah membubarkan sesuatu Persatuan Nelayan

Kawasan atau Negeri hendaklah berkuat kuasa apabila habis tempoh tiga bulan selepas tarikh perintah itu disiarkan

Suggest a correction

(5)

Sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan atau Negeri yang terlibat oleh sesuatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibubarkan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah Pendaftar yang dibuat di bawah seksyen 20 boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat dan Menteri hendaklah mengesahkan atau membatalkan perintah itu; dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Seksyen 22

Tidak boleh menjalankan urusan dalam masa penggantungan

Open as pageSuggest a correction

Kawasan atau Negeri tidak sah bagi persatuan itu menjalankan apa-apa urusan walau apa pun peruntukan seksyen 4:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menahan persatuan itu diuruskan atau urusannya dijalankan oleh seorang atau beberapa orang yang dilantik di bawah seksyen 23.

Seksyen 23

Pengurusan dalam masa penggantungan

Open as pageSuggest a correction

Nelayan Kawasan atau Negeri, Pendaftar mempunyai kuasa melantik seorang atau beberapa orang bagi menguruskan hal ehwal persatuan dalam masa penggantungan itu sehingga Lembaga Pengarah baharu atau mana-mana pegawai persatuan itu dipilih atau diambil bekerja.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

Seksyen 24

Mesyuarat tahunan

Open as pageSuggest a correction

Mesyuarat agung tahunan bagi tiap-tiap Persatuan Nelayan hendaklah diadakan dalam masa 2 bulan selepas ditutup tahun kewangan setiap persatuan itu atau dalam masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar atau sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.

Seksyen 25

Audit

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar hendaklah mengaudit atau menyebabkan diaudit oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya dengan perintah bertulis sama ada am atau khas akaun tiap-tiap Persatuan Nelayan sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun.

Seksyen 25A

Hak akses kepada rekod perakaunan dan rekod lain

Open as pageSuggest a correction

(a)

memanggil mana-mana pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli Persatuan Nelayan itu yang dia ada sebab untuk mempercayai boleh memberikan maklumat material tentang apa-apa transaksi Persatuan

Nelayan itu atau tentang pengurusan hal ehwalnya;

Suggest a correction

(b)

menghendaki supaya dikemukakan, di tempat dan dalam tempoh yang dinyatakan olehnya, apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Persatuan

Nelayan itu atau apa-apa wang tunai atau sekuriti kepunyaan Persatuan Nelayan itu oleh pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli yang memiliki buku, dokumen, wang tunai atau sekuriti itu.

Suggest a correction

(2)

Jika dalam masa penggulungan sesuatu Persatuan Nelayan atau akibat daripada suatu pengauditan di bawah seksyen 25 atau akibat daripada suatu siasatan atau pemeriksaan di bawah seksyen 19

Persatuan Nelayan 25

didapati bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam penubuhan atau pengurusan Persatuan Nelayan itu atau mana-mana pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli

Persatuan Nelayan itu telah menyalahgunakan atau menyimpan atau menjadi bertanggungan atau bertanggungjawab atas apa-apa wang atau harta Persatuan Nelayan itu atau telah bersalah kerana misfeasans atau pecah amanah berhubung dengan Persatuan Nelayan itu, Pendaftar, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan seseorang penyelesai, pemiutang atau pencarum, boleh memeriksa kelakuan orang itu dan boleh membuat perintah yang menghendakinya membayar balik atau memulangkan wang atau harta atau mana-mana bahagiannya bersama dengan bunga mengikut kadar yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau menghendakinya membayar sejumlah wang yang difikirkan patut oleh Pendaftar kepada asset

Persatuan Nelayan itu seba gai pampasan terhadap penyalahgunaan, penyimpanan, kecurangan atau pecah amanah itu; dan perintah sedemikian hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah perintah itu ialah suatu penghakiman Mahkamah.

Kaedah-kaedah

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen (1)

kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh membuat peruntukan bagi mana-mana daripada perkara yang berikut:

(a)

peruntukan yang dikehendaki bagi perlembagaan atau kaedah-kaedah tiap-tiap Persatuan Nelayan;

Suggest a correction

(b)

perkara yang berhubungan dengan penggantungan

Persatuan Nelayan Kawasan atau Negeri;

Suggest a correction

(c)

perkara yang berhubungan dengan pembubaran sesuatu

Persatuan Nelayan termasuk pelantikan orang bagi menyelesaikan hutang-piutang mana-mana persatuan itu yang diperintahkan supaya dibubarkan; dan 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

Suggest a correction

(d)

penubuhan suatu Badan Penasihat Negara bagi maksud menyelaraskan apa-apa rancangan atau rancangan yang dibuat menurut mana-mana peruntukan Akta ini.

Peraturan-peraturan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen (1)

peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh membuat peruntukan bagi mana-mana daripada perkara yang berikut:

(a)

pembentukan, penubuhan, pengurusan dan penyeliaan

Persatuan Nelayan dan pemilihan serta pembuangan kerja pegawai-pegawai persatuan itu;

Suggest a correction

(b)

sistem pengauditan dan perakaunan Persatuan Nelayan;

Suggest a correction

(c)

pengendalian rancangan kredit yang diselia dan pembentukan dan fungsi jawatankuasa tetap kredit ahli-ahli bagi Persatuan Nelayan.

Kuasa khas Menteri bagi mengecualikan Persatuan daripada kehendak pendaftaran, dsb.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, dengan perintah am atau khas, mengecualikan mana-mana Persatuan Nelayan daripada mana-mana peruntukan lain

Akta ini, atau boleh mengarahkan bahawa peruntukan itu terpakai bagi persatuan itu mulai dari tarikh atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Persatuan Nelayan 27

Kuasa bagi mengecualikan daripada duti atau cukai

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Berkenaan dengan sesuatu Persatuan Nelayan atau apa-apa kelas persatuan itu Menteri Kewangan boleh mengurangkan atau meremitkan melalui pemberitahuan dalam Warta—

(a)

duti atau cukai yang mungkin kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini berkenaan dengan keuntungan persatuan itu atau berkenaan dengan dividen atau bayaran lain yang diterima oleh ahli persatuan itu sebagai keuntungan;

Suggest a correction

(b)

(Dipotong oleh Akta 478).

Dilarang menggunakan perkataan “Persatuan Nelayan”

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit, dan, bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tambahan sebanyak lima ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Undang-undang Kesatuan Sekerja dan Akta Syarikat tidak terpakai

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubung dengan kesatuan sekerja dan Akta Syarikat 1965 [Akta 125], tidak

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

terpakai bagi mana-mana persatuan nelayan yang didaftarkan di bawah

Akta ini.

Seksyen 32

Kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(a)

abai atau enggan melakukan apa-apa perbuatan atau enggan atau tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;

Suggest a correction

(b)

memberikan maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan palsu mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki diberikan atau dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;

Suggest a correction

(c)

tidak menurut apa-apa permintaan atau perintah bertulis yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya; dan

Suggest a correction

(d)

melanggar atau tidak mematuhi apa-apa kehendak lain dalam Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Pembuktian catatan dalam buku Persatuan Nelayan

Suggest a correction

Seksyen 32A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pegawai mana-mana Persatuan Nelayan boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang yang Persatuan Nelayan itu tidak menjadi satu pihak kepadanya, boleh dipaksa supaya mengemukakan mana-mana buku persatuan itu yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1) atau dipaksa hadir sebagai saksi bagi membuktikan apa-apa perkara, transaksi atau akaun yang dicatatkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan berbuat demikian oleh

Mahkamah atas sebab yang tertentu.

Pindaan

*33. Akta Persatuan Peladang 1967 [Akta 22 tahun 1967] adalah dengan ini dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “atau di muara atau di laut”

yang terdapat dalam takrif “peladang” di bawah seksyen 2; dan

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan perkataan “di daratan” sebaik selepas perkataan “perikanan” yang terdapat dalam perenggan 5(a).

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(Dipotong oleh Akta A1294).

*CATATAN—Akta 22 tahun 1967 telah dimansuhkan – lihat seksyen 36 Akta Pertubuhan Peladang 1973

[Akta 109]

30

Akta 44

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A103

Akta Persatuan Nelayan (Pindaan)

01-04-1972 1972

Akta A261

Akta Persatuan Nelayan dan

16-08-1974

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(Pindaan) 1974

P.U.(A)357/1980

Perintah Akta Mahkamah Rendah

01-06-1981

(Peluasan) 1980

Akta A694

Akta Persatuan Nelayan (Pindaan)

01-07-1988 1988

Akta 478

Akta Pembatalan Pengecualian

21-02-1992

Daripada Bayaran Duti-Duti Setem 1992

P.U.(A)206/2004

Perintah Menteri-Menteri Kerajaan

27-03-2004

Persekutuan (No.2) 2004

Akta A1294

Akta Persatuan Nelayan (Pindaan)

01-01-2008

2007

31

Akta 44

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2 Akta A261 16-08-1974

Akta A694 01-07-1988

Akta A1294 01-01-2008

5

Akta A103 01-04-1972

Akta A694 01-07-1988

6

Akta A261 16-08-1974

Akta A694 01-07-1988

10

Akta A694 01-07-1988

11

Akta A694 01-07-1988

Akta A1294 01-01-2008

11A

Akta A694 01-07-1988

12

Akta A103 01-04-1972

Akta A694 01-07-1988

13

Akta A694 01-07-1988

13A

Akta A694 01-07-1988

13B

Akta A694 01-07-1988

14

Akta A694 01-07-1988

18

Akta A103 01-04-1972

Akta A694 01-07-1988

18A

Akta A103 01-04-1972

18B

Akta A103 01-04-1972

32

Seksyen Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

19

Akta A694

01-07-1988

21

Akta A103

01-04-1972

24

Akta A694

01-07-1988

25

Akta A694

01-07-1988

25A

Akta A694

01-07-1988

26

Akta A694

01-07-1988

27

Akta A103

01-04-1972

Akta A694

01-07-1988

28

Akta A694

01-07-1988

29

Akta A694

01-07-1988

Akta 478

12-02-1992

32A

Akta A694

01-07-1988

34

Akta A261

16-08-1974

Akta A1294

01-01-2008

35

Akta A261

16-08-1974

Akta A1294

01-01-2008

36

Akta A261

16-08-1974

Akta A694

01-07-1988

P.U.(A)206/2004

27-03-2004

Akta A1294

01-01-2008

Common questions

What is AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971?
*AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 is Malaysia Act, cited as Act 44 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.
Is AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 still in force?
Yes — AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 is currently in force.
When did AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 take effect?
AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 was first recorded in 1971.
How many sections does AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 have?
AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 contains 42 sections.
Where can I read the official version of AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971?
The official text of AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 (No. 44) | mylaw.my