Malaysia legislation

Section 13B

of *AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Seksyen 13B

Tertakluk kepada seksyen 5, sesuatu Persatuan Nelayan boleh melaburkan atau mendepositkan wangnya—

(a)

ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh

Pendaftar dari semasa ke semasa;

(b)

dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri;

(c)

dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuan dengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri;

(d)

dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar;

(e)

dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah atau bangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 44

(f)

dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Kumpulan Wang Rizab