Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Jika sesuatu permohonan di bawah seksyen 15 telah dibuat berkenaan dengan setiap Persatuan Nelayan Kawasan dan Pendaftar berpuas hati—
(a)
bahawa ketetapan khas yang menyokong pergabungan yang dicadangkan itu telah diluluskan dengan sempurnanya oleh setiap Persatuan Nelayan Kawasan bersamaan dalam segala butir material dengan ketetapan
Persatuan Nelayan 19
atau ketetapan-ketetapan yang diluluskan oleh Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan yang lain;
(b)
bahawa rancangan pergabungan yang terkandung dalam ketetapan yang tersebut di atas bagi setiap Persatuan
Nelayan Kawasan adalah bersamaan dalam segala butir material dengan ketetapan atau ketetapan-ketetapan
Persatuan Nelayan Kawasan yang lain; dan
(c)
bahawa peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah bagi Persatuan Nelayan Negeri yang dicadangkan itu tidak berlawanan dengan Akta ini atau dengan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, Pendaftar hendaklah mendaftarkan atau menyebabkan didaftarkan Persatuan
Nelayan Negeri mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
Tatacara pergabungan Persatuan Nelayan Negeri