Malaysia legislation
Section 18A
Seksyen 18A
Nelayan—
(i)
antara ahli, bekas ahli dan orang yang menuntut melalui ahli, bekas ahli dan ahli yang sudah mati;
atau
(ii)
antara seorang ahli, bekas ahli atau seorang yang menuntut melalui seorang ahli, bekas ahli atau ahli yang sudah mati, dengan persatuan itu atau
Lembaga Pengarahnya; atau
(iii)
antara persatuan itu dengan mana-mana Persatuan
Nelayan Kawasan yang lain, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan.
(b)
Sesuatu tuntutan oleh Persatuan Nelayan Kawasan kerana apa-apa hutang atau tagihan yang terhutang kepadanya daripada seseorang ahli, bekas ahli atau orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang bagi seorang ahli yang sudah mati, hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan persatuan itu
(2)
Pendaftar boleh, apabila menerima rujukan di bawah subseksyen (1)—
Persatuan Nelayan 21
(a)
memutuskan pertikaian itu sendiri; atau
(b)
merujukkan pertikaian itu untuk diselesaikan kepada seorang atau beberapa orang penimbang tara.
(3)
Sesuatu rayuan terhadap keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat kepada Menteri dan hendaklah dibuat dalam masa dua bulan dari tarikh keputusan itu.
(4)
Keputusan Menteri dalam sesuatu rayuan di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
(5)
Apa-apa keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) atau, jika ada sesuatu rayuan terhadap keputusan itu, keputusan sebagaimana yang disahkan atau diubah oleh Menteri, hendaklah dikuatkuasakan dengan cara yang sama seolah-olah keputusan itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen.
(6)
Apa-apa pertikaian yang menyentuh urusan sesuatu
Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan dan yang timbul antara suatu Persatuan Nelayan Kawasan dengan
Persatuan Nelayan Negeri atau antara suatu Persatuan Nelayan
Negeri dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan, hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan.
(b)
Sesuatu tuntutan oleh sesuatu Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan kerana apa-apa hutang atau tagihan yang terhutang kepadanya daripada sesuatu Persatuan
Nelayan Kawasan atau Persatuan Nelayan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan persatuan itu.
(c)
Subseksyen (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi pertikaian itu sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi sesuatu pertikaian di bawah subseksyen (1).
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 44
Kes dinyatakan berhubung dengan soalan undang-undang