Malaysia legislation

Section 25A

of *AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Seksyen 25A

Hak akses kepada rekod perakaunan dan rekod lain

(a)

memanggil mana-mana pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli Persatuan Nelayan itu yang dia ada sebab untuk mempercayai boleh memberikan maklumat material tentang apa-apa transaksi Persatuan

Nelayan itu atau tentang pengurusan hal ehwalnya;

(b)

menghendaki supaya dikemukakan, di tempat dan dalam tempoh yang dinyatakan olehnya, apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Persatuan

Nelayan itu atau apa-apa wang tunai atau sekuriti kepunyaan Persatuan Nelayan itu oleh pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli yang memiliki buku, dokumen, wang tunai atau sekuriti itu.

(2)

Jika dalam masa penggulungan sesuatu Persatuan Nelayan atau akibat daripada suatu pengauditan di bawah seksyen 25 atau akibat daripada suatu siasatan atau pemeriksaan di bawah seksyen 19

Persatuan Nelayan 25

didapati bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam penubuhan atau pengurusan Persatuan Nelayan itu atau mana-mana pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli

Persatuan Nelayan itu telah menyalahgunakan atau menyimpan atau menjadi bertanggungan atau bertanggungjawab atas apa-apa wang atau harta Persatuan Nelayan itu atau telah bersalah kerana misfeasans atau pecah amanah berhubung dengan Persatuan Nelayan itu, Pendaftar, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan seseorang penyelesai, pemiutang atau pencarum, boleh memeriksa kelakuan orang itu dan boleh membuat perintah yang menghendakinya membayar balik atau memulangkan wang atau harta atau mana-mana bahagiannya bersama dengan bunga mengikut kadar yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau menghendakinya membayar sejumlah wang yang difikirkan patut oleh Pendaftar kepada asset

Persatuan Nelayan itu seba gai pampasan terhadap penyalahgunaan, penyimpanan, kecurangan atau pecah amanah itu; dan perintah sedemikian hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah perintah itu ialah suatu penghakiman Mahkamah.

Kaedah-kaedah