Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“menangkap ikan” ertinya menangkap ikan di muara atau di laut;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi perikanan;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Persatuan Nelayan yang dilantik di bawah seksyen 6;
“Persatuan Nelayan” ertinya Persatuan Nelayan Kawasan,
Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan;
“Persatuan Nelayan Kawasan” ertinya suatu persatuan yang mempunyai ahli seramai tidak kurang daripada lima puluh orang yang ditubuhkan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi mana-mana kawasan dalam mana-mana Negeri;
“Persatuan Nelayan Kebangsaan” ertinya pergabungan mana-mana dua Persatuan Nelayan Negeri atau lebih mengikut Akta ini;
“Persatuan Nelayan Negeri” ertinya pergabungan mana-mana dua
Persatuan Nelayan Kawasan atau lebih mengikut Akta ini;
“koperasi nelayan” ertinya mana-mana koperasi yang, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1948
[Akta 287]*, Ordinan Syarikat Kerjasama 1958 Sabah [Ord. 3 tahun 1958] dan Ordinan Syarikat Kerjasama Sarawak [Bab 66] dan yang tujuan atau fungsi utamanya adalah berkaitan dengan pengeluaran perikanan, kredit, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha niaga perdagangan dan perniagaan yang sedemikian:
________________________________________________________
*CATATAN—Akta 287, Sabah Ord. 3 tahun 1958 and Sarawak Bab 66 telah dimansuhkan—
lihat seksyen 95 Akta Koperasi 1993 [Akta 502].
Persatuan Nelayan 9
Dengan syarat bahawa jika ada sesuatu pertikaian tentang sama ada sesuatu koperasi ialah suatu koperasi nelayan pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar yang keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana
Mahkamah;
“Wilayah” ertinya suatu kawasan yang terdiri daripada dua Negeri atau lebih sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.