Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Seksyen 32

Kesalahan

(a)

abai atau enggan melakukan apa-apa perbuatan atau enggan atau tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;

(b)

memberikan maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan palsu mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki diberikan atau dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;

(c)

tidak menurut apa-apa permintaan atau perintah bertulis yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya; dan

(d)

melanggar atau tidak mematuhi apa-apa kehendak lain dalam Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Pembuktian catatan dalam buku Persatuan Nelayan