Malaysia legislation

Section 32A

of *AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Seksyen 32A

(2)

Tiada pegawai mana-mana Persatuan Nelayan boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang yang Persatuan Nelayan itu tidak menjadi satu pihak kepadanya, boleh dipaksa supaya mengemukakan mana-mana buku persatuan itu yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1) atau dipaksa hadir sebagai saksi bagi membuktikan apa-apa perkara, transaksi atau akaun yang dicatatkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan berbuat demikian oleh

Mahkamah atas sebab yang tertentu.

Pindaan

*33. Akta Persatuan Peladang 1967 [Akta 22 tahun 1967] adalah dengan ini dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “atau di muara atau di laut”

yang terdapat dalam takrif “peladang” di bawah seksyen 2; dan

(b)

dengan memasukkan perkataan “di daratan” sebaik selepas perkataan “perikanan” yang terdapat dalam perenggan 5(a).