Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Fungsi Lembaga
(a)
untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Kemubu; dan
(b)
untuk merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Kemubu apa-apa kemajuan pertanian sebagaimana yang diuntukkan padanya oleh Negeri.
(2)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas—
(a)
menjalankan segala kegiatan yang penjalanannya difikirkan dikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaan dengan penjalanan fungsinya yang tersebut itu, termasuk membuat, memasang, memproses, membungkus, memeringkatkan dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;
(b)
bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, manamana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus baginya atau selainnya bertindak bersama dengannya atau bagi pihaknya;
(c)
memajukan dan menyelaraskan penjalanan kegiatan itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, manamana perbadanan, atau badan atau orang lain;
(d)
menubuhkan atau memperbesar, atau memajukan penubuhan atau pembesaran, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu sama ada kesemua atau sebahagiannya di bawah kawalan Lembaga atau secara bebas;
(e)
memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang, pada pendapat Lembaga ada mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjamannya atau dengan memberikan pinjaman atau selainnya;
(f)
membeli, menanggung beli atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(g)
menghendaki jabatan, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Kemubu supaya mengemukakan laporan yang mengandungi butir-butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga berkenaan dengan kegiatannya atau kegiatan yang dicadangkan olehnya;
(h)
melantik ejen atau menubuhkan mana-mana badan lain sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud menjalankan fungsinya;
(i)
mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkan patut olehnya bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;
(j)
menerima komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan yang telah diberikan olehnya;
(k)
mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Kemubu; dan
(l)
melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut bagi menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
Keanggotaan Lembaga