Skip to content
ActIn force

Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1972
Sections
40
Languages
MS · EN

Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 is Malaysia Act, cited as Act 69 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.

Front matterCover and publication detailsOpen

Akta 69

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

2006

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... 23 Mac 1972

Tarikh penyiaran dalam Warta... ... 30 Mac 1972

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama ... ... 1993

Cetakan Semula Yang Kedua ... ... 1999

Akta 69

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi memperbadankan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dan untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan perkara yang bersangkutan dengannya. [31 Mac 1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti yang berikut:

Bahagian I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"Kawasan Kemubu" ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri menurut seksyen 9;

"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi Pertanian dan Industri Asas Tani;

"Negeri" ertinya Negeri Kelantan;

"Lembaga" ertinya Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

"perbadanan" ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

"syarikat" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada "perbadanan" di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan

"Timbalan Pengerusi" ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5.

Bahagian II

Seksyen 3

Suatu pertubuhan perbadanan bernama "Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu" ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Seksyen 4

Fungsi Lembaga

(1)

Fungsi Lembaga adalah—

(a)

untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Kemubu; dan

(b)

untuk merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Kemubu apa-apa kemajuan pertanian sebagaimana yang diuntukkan padanya oleh Negeri.

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas—

(a)

menjalankan segala kegiatan yang penjalanannya difikirkan dikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaan dengan penjalanan fungsinya yang tersebut itu, termasuk membuat, memasang, memproses, membungkus, memeringkatkan dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;

(b)

bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, manamana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus baginya atau selainnya bertindak bersama dengannya atau bagi pihaknya;

(c)

memajukan dan menyelaraskan penjalanan kegiatan itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, manamana perbadanan, atau badan atau orang lain;

(d)

menubuhkan atau memperbesar, atau memajukan penubuhan atau pembesaran, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu sama ada kesemua atau sebahagiannya di bawah kawalan Lembaga atau secara bebas;

(e)

memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang, pada pendapat Lembaga ada mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjamannya atau dengan memberikan pinjaman atau selainnya;

(f)

membeli, menanggung beli atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(g)

menghendaki jabatan, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Kemubu supaya mengemukakan laporan yang mengandungi butir-butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga berkenaan dengan kegiatannya atau kegiatan yang dicadangkan olehnya;

(h)

melantik ejen atau menubuhkan mana-mana badan lain sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud menjalankan fungsinya;

(i)

mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkan patut olehnya bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;

(j)

menerima komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan yang telah diberikan olehnya;

(k)

mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Kemubu; dan

(l)

melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut bagi menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

Seksyen 5

Keanggotaan Lembaga

(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

(c)

Ketua Pengarah Pengairan dan Saliran atau wakilnya;

(d)

seorang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141];

(e)

seorang wakil Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9];

(1)

seorang wakil Lembaga Padi dan Beras Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971 [Akta 47];

(2)

Pengerusi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan ahli Lembaga yang lain hendaklah dilantik oleh Menteri.

(3)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi ahli Lembaga.

Seksyen 6

Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang demikian itu.

Seksyen 7

Pekhidmat awam

Semua ahli, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa mereka menjalankan kewajipan sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 8

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

(1)

Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan semua arahan itu.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—

(b)

tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa, selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan, tiada apa-apa arahan itu boleh diberikan melainkan dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Seksyen 9

Kawasan Kemubu

(1)

Bagi maksud Akta ini Menteri boleh, selepas berunding dengan Kerajaan Negeri, dari semasa ke semasa, menetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan yang di dalamnya Lembaga akan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan itu hendaklah dinamakan "Kawasan Kemubu".

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, hendaklah menjadi tanggungjawab Lembaga menjalankan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Kemubu.

Seksyen 10

Fungsi tambahan Lembaga

Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Lembaga menurut Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang boleh diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan sebagai menunaikan maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang.

Seksyen 11

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

(1)

Lembaga hendaklah memberi Menteri dan orang, kumpulan orang lain atau pihak berkuasa awam yang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, penyata, laporan, akaun dan maklumat yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan kegiatan Lembaga.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Lembaga dalam masa tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan setiap laporan itu dalam Dewan Rakyat.

Bahagian III

PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA

Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus

Seksyen 12

(1)

Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus Lembaga dan hendaklah bertanggungjawab bagi menyediakan program, skim atau projek untuk pertimbangan Lembaga, bagi mengeluarkan panduan dasar atau penerangan mengenai keputusan Lembaga kepada Timbalan Pengerusi dan pegawai dan pekhidmat lain dan bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan keputusan itu.

(2)

Semua pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah terletak di bawah kawalan am Pengerusi.

(3)

Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Seksyen 13

Timbalan Pengerusi hendaklah menjadi Pengurus Besar

(1)

Timbalan Pengerusi ialah Pengurus Besar Lembaga dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan segala program, skim atau projek, bagi melaksanakan keputusan Lembaga dan arahan Pengerusi.

(2)

Timbalan Pengerusi hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi.

(3)

Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(4)

Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atau Menteri boleh dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.

Seksyen 14

Ahli sementara Lembaga

Jika Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau mana-mana ahli lain Lembaga tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Yang di-Pertuan Agong atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melantik mana-mana orang sebagai Pengerusi sementara atau Timbalan Pengerusi sementara atau ahli sementara Lembaga.

Seksyen 15

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

(1)

Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun yang mempunyai secara langsung atau secara tidak langsung, sama ada sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau sesuatu kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga.

(3)

Seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperoleh sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa notis.

Seksyen 15A

Tatatertib pegawai dan pekhidmat

(1)

Suatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga hendaklah diadakan yang terdiri daripada dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli-ahli Lembaga, seorang daripada mereka hendaklah dipilih menjadi pengerusi, dan Timbalan Pengerusi yang dilantik di bawah subseksyen 5(1).

(2)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan setiap pegawai dan pekhidmat Lembaga, selain Timbalan Pengerusi; ialah Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Timbalan Pengerusi ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pengerusi dan dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.

(4)

Timbalan Pengerusi tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang di dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.

(5)

Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apaapa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 32A.

(6)

Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan jawatankuasa yang diwakilkan kepadanya fungsi, kuasa atau kewajipan sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.

(7)

Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apaapa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripada dia.

(8)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 15B.

(9)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (3) boleh dirayukan kepada Menteri.

(10)

Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, mengikut manamana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

(11)

Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri di bawah subseksyen (10) adalah muktamad dan konklusif.

Seksyen 15B

Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib

(1)

Suatu Lembaga Rayuan Tatatertib bagi Lembaga hendaklah diadakan yang terdiri daripada ahli yang berikut:

(a)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

(b)

tiga orang ahli Lembaga, yang bukan ahli Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib itu dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

(2)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 15A, seseorang ahli Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga ahli Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.

Seksyen 15c

Penamatan demi kepentingan awam

(1)

Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa wajar perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam, Lembaga boleh meminta suatu laporan penuh daripada pegawai atasan pegawai atau pekhidmat yang terhadapnya representasi itu dibuat yang hendaklah mengandungi butir-butir berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu.

(2)

Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa, setelah mengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai atau pekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu dan segala hal keadaan lain kes itu, wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu sedemikian.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat demi kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmat itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah dibuang kerja; tanpa mengira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga tidak memuaskan atau patut disalahkan.

Seksyen 16

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya.

Bahagian IV

Seksyen 17

(1)

Bagi maksud Akta ini, ditubuhkan suatu kumpulan wang yang ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;

(b)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada wang pinjaman;

(c)

wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

(d)

wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(1)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan

(g)

segala jumlah wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan "kumpulan wang pinjaman" ertinya apa-apa wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan sebagai pinjaman.

Seksyen 18

Pengimbangan akaun hasil

Lembaga hendaklah mempunyai kewajipan untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 8, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menyentuh keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dan kesusutan dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 19

Kumpulan wang rizab

Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang itu.

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Seksyen 20

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 25;

(c)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi serta kos lain, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(d)

membayar apa-apa perbelanjaan atau kos lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(e)

membeli atau menyewa loji, alat kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(f)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(g)

amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Seksyen 21

Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran

(1)

Perbelanjaan Lembaga hingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu Menteri hendaklah memberitahu Lembaga jumlah wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau jumlah wang yang dibenarkan bagi setiap satu jenis perbelanjaan.

(3)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghantar kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut manamana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Seksyen 22

Akaun dan audit

(1)

Lembaga hendaklah menyimpan dengan sepatutnya akaun dan rekod lain berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun bagi setiap tahun kewangan.

(2)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(3)

Selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, dan selepas sahaja akaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri atau, apabila diarahkan demikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana orang lain, bersama dengan satu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Lembaga.

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan satu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu dalam Dewan Rakyat.

Seksyen 22A

Surcaj

(1)

Jika ternyata pada Lembaga bahawa mana-mana orang yang sedang atau telah bekerja dengan Lembaga—

(a)

telah tidak memungut apa-apa wang yang terhutang pada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

(b)

yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya;

(c)

yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang-barang atau harta lain Lembaga;

(d)

sebagai, atau yang pernah menjadi sebagai, pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;

(e)

telah tidak membuat apa-apa bayaran, atau yang atau telah bertanggungjawab terhadap apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga,

Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan memungut, bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dipungut, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.

(2)

Pengerusi hendaklah menyebabkan Timbalan Pengerusi diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Timbalan Pengerusi hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Timbalan Pengerusi diberitahu tentang penarikan balik itu.

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Bahagian V

Seksyen 23

(1)

Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau mana-mana orang lain untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak atau yang dipertanggungkan pada Lembaga menurut Akta ini sebagaimana yang ditentuk oleh Lembaga kecuali kuasa untuk meminjamkan wang, mendapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkan demikian itu boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau mana-mana orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, manamana daripada ahlinya yang lain atau mana-mana orang untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau manamana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga setakat yang dinyatakan oleh Lembaga dalam hal itu.

Seksyen 24

Kuasa untuk meminjam

(1)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau bagi menjalankan mana-mana kewajipannya.

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, debentur atau saham debentur, atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat bagi segala atau mana-mana daripada maksud yang berikut:

(c)

menunaikan apa-apa fungsi tambahan yang dijalankan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

(d)

menebus apa-apa syer atau saham yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.

Seksyen 25

Pelaburan

Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Seksyen 26

Kuasa untuk mengambil kerja ejen

Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan cara yang lebih baik.

Seksyen 27

Kuasa untuk memberikan pinjaman

Pada melaksanakan kewajipaninya atau pada menjalankan fungsinya Lembaga boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalam hal tertentu.

Seksyen 28

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

(1)

Lembaga boleh dari semasa ke semasa dengan Perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk melaksanakan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga pada melaksanakan kewajipannya atau pada menjalankan fungsinya.

(2)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Seksyen 29

Pengambilan tanah dengan paksa

(1)

Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, yang pada masa ini berkuat kuasa di Negeri itu, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga; dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang mungkin dikenakan atas harta itu.

Bahagian VI

Seksyen 31

Obligasi kerahsiaan

(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun ahli, pegawai atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah didapatinya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 32

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan cara yang lebih baik.

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara bagaimana dokumen,cek dan surat cara daripada apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga;

(c)

mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang pada pendapat Lembaga perlu atau suai manfaat, dan khususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai cara mengeluarkan, memindahkan hakmilik, menebus atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

(e)

menetapkan cara dan syarat yang bagi pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan

(1)

mengadakan peruntukan secara am bagi menjalankan kuasa dan kewajipannya. di bawah peruntukan Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peruntukan mana-mana peraturan hendaklah menjadi suatu kesalahan; dan

(b)

mengadakan peruuntukan bagi mengenakan penalti kerana kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.

Seksyen 32A

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi peruntukan mengenai tahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga semasa menanti prosiding tatatertib selesai.

(3)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.

(4)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

(a)

jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(b)

jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan

Malaysia atau mana-mana bahagiannya tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak subseksyen ini; atau

(c)

jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau pelindungan wanita dan gadis.

(5)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi pendengaran rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, "pegawai" termasuklah Timbalan Pengerusi.

Seksyen 33

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini akan diisytiharkan

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga pada atau bagi menyediakan pelaksanaan yang sepatutnya mengenai mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan yang berhubungan dengannya, dengan menjangkakan bahawa Akta ini akan diisytiharkan hendaklah disifatkan sebagai diberi kuasa oleh Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau dikenakan bagi pihak Lembaga daripada apa-apa perkara atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga apabila Akta ini mula berkuat kuasa.

Jadual

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 5(3)]

Syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1) Seseorang ahli Lembaga hendaklah memegang jawatan bagi selama tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara pelantikannya.

(2)

Pelantikan seseorang ahli itu boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3)

Seseorang ahli boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.

(4)

Seseorang ahli hendaklah menumpukan seberapa banyak masa yang perlu bagi menjalankan kewajipannya terhadap urusan Lembaga.

Jawatan disifatkan sebagai telah dikosongkan

2. (1) Jawatan seseorang ahli Lembaga hendaklah disifatkan telah dikosongkan—

(a)

jika dia mati; atau

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan mengenai—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (hukuman pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau

(c)

jika dia menjadi bankrap; atau

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan kewajipannya; atau

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga; atau

(1)

jika sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)

jika pelantikannya dibatalkan.

(2)

Jika mana-mana ahli itu terhenti menjadi ahli oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai bagi ahli itu.

Saraan dan claun

3. Ahli Lembaga atau mana-mana orang lain hendaklah dibayar apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Mesyuarat

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap bulan.

(2)

Kuorum Lembaga ialah empat orang.

(3)

Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau jika dia tidak hadir, seorang ahli sebagaimana yang dipilih oleh ahli yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Jika atas apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyaknya, Pengerusi atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.

(5)

Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

Lembaga boleh mempelawa orang lain untuk menghadiri mesyuarat

5. Lembaga boleh meminta sesiapa jua (yang bukan ahli Lembaga) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau penimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau penimbangtelitian itu.

Meterai perbadanan

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi sesuatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap mengandungi perkataan "Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka dengan bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang tersebut di atas, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan dengan meterai itu boleh disempurnakan oleh Lembaga dengan cara demikian itu juga dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4)

Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi, dan kehakiman.

Penzahiran kepentingan

7. Seseorang ahli Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam sesuatu syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hal dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan dengan khusus oleh Pengerusi, ahli itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa penimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak itu.

Minit

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan disenggarakan dan disimpan minit mengenai segala mesyuarat Lembaga dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit mengenai prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ahli dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Sahnya perbuatan dan prosiding

9. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

bahawa ada apa-apa kekosongan di kalangan ahli, atau sesuatu kecacatan dalam keanggotaan, Lembaga; atau

(b)

. bahawa ada sesuatu yang bersalahan pada mana-mana Lembaga berhubung dengan penzahiran yang dibuat olehnya mengenai kepentingannya; atau

(c)

bahawa ada sesuatu peninggalan, kecacatan atau luar aturan yang tidak menyentuh merit sesuatu perkara.

Jadual

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 28(2)]

Kuasa Lembaga membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 28, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu menentukan—

(a)

maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusannya; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalannya ke atas perbadanan itu.

Kecualian

2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan I boleh disifatkan memberi kuasa kepada Lembaga membuat peraturan untuk menubuhkan mana-mana perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud atau tujuan Lembaga telah ditubuhkan atau memberi sesuatu perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk 'antara hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Peraturan-peraturan tertakluk kepada Akta

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32, sesuatu perbadanan hendaklah terikat kepada mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada, mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan sesuatu perbadanan di bawah perenggan 1 dan seksyen 34 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], hendaklah terpakai bagi mana-mana peraturan yang dipinda atau dibatalkan itu seolah-olah peraturan itu adalah undang-undang bertulis.

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28 dan daftar itu bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulungkan dan dibubarkan.

(2)

Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmilik dan diletakhakkan pada Lembaga selepas pembayaran segala tanggungan.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan dengan apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama itu, dan bagi maksud melaksanakan projek pembangunan berdaftar yang kerananya ia telah ditubuhkan ia boleh membuat kontrak dan boleh memegang, berniaga atau membuat apa-apa urusan berkenaan dengan harta alih atau harta tak alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap kes.

Meterai perbadanan bagi perbadanan

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi sesuatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan dengan persetujuan Lembaga, sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf "KEMUBU" boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan itu atau cap yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah berada dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang tersebut di atas, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan dengan meterai itu boleh disempurnakan dengan cara demikian itu juga oleh perbadanan; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4)

Meterai setiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Akta 69

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang memindaTajuk ringkasBerkuat kuasa dariAkta A155Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(Pindaan)197213-10-1972Akta 160Akta Mata Wang Malaysia(Ringgit)197529-08-1975Akta A762Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(Pindaan)199001-08-1990Akta 478Akta Pembatalan Pengecualian Daripada Bayaran Duti-Duti Setem199221-02-1992Akta A1052Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(Pindaan)199901-09-1999

Akta 69

AKTA.LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

SeksyenKuasa memindaBerkuat kuasa dari5Akta A15513-10-197215AAkta A76201-08-1990Akta A105201-09-199915BAkta A105201-09-199915CAkta A105201-09-199922AAkta A76201-08-199030Akta 47821-02-199231Akta 16029-08-197532Akta 16029-08-197532AAkta A76201-08-1990Akta A105201-09-1999Equal PertamaAkta A105201-09-1999Equal KeduaAkta A15513-10-1972

Common questions

What is Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972?
Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 is Malaysia Act, cited as Act 69 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Is Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972 still in force?
Yes — Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972 is currently in force.
When did Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972 take effect?
Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972 was first recorded in 1972.
How many sections does Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972 have?
Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972 contains 38 sections.
Where can I read the official version of Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972?
The official text of Kemubu Agricultural Development Authority Act 1972 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.