Malaysia legislation

Section 12B

of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972

Seksyen 12B

(1)

Seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran seseorang yang dilihat atau didapati olehnya melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan atau yang menasabah disyakinya mengambil bahagian dalam melakukan atau mencuba melakukan atau bersubahat melakukan apaapa kesalahan terhadap Akta ini jika orang itu enggan atau tidak memberi nama dan alamat tempat kediamannya atau jika ada sebab-sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa ia telah memberi suatu nama atau alamat tempat kediaman yang palsu atau bahawa ia mungkin melarikan diri.