/akn/my/act/act/1972/72

AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
Repealed
Enacted
1972
Sections
33
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 is Malaysia Act, cited as Act 72 1972, currently marked repealed and first recorded in 1972.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menubuhkan Perbadanan Kemajuan Pelancungan Malaysia dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. [31hb Mac, 1972.] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I PERMULAAN

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya Tafsiran. menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“enterprais pelancungan” termasuklah—

(a)

sesuatu perniagaan yang mengadakan pengangkutan dalam negeri atau antarabangsa bagi penumpangpenumpang;

Suggest a correction

(b)

sesuatu perniagaan yang, sama ada kesemua atau sebahagiannya, mengadakan atau mengatur bagi mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan bagi orang-orang yang mengembara dalam Malaysia atau bagi pelawat-pelawat ke Malaysia dengan mengadakan pengangkutan, tempat tinggal, lancungan-lancungan atau pemandu-pemandu, sama ada perkhidmatan-perkhidmatan itu diadakan di dalam atau di luar Malaysia;

Suggest a correction

(c)

sesuatu perniagaan yang, sama ada kesemua atau sebahagiannya, menjual secara runcit barang-barang atau membekal makanan atau minuman kepada orang-orang yang mengembara dalam Malaysia atau kepada pelawat-pelawat ke Malaysia;

Suggest a correction

(d)

apa-apa penyatuan daripada mana-mana perniagaan-perniagaan yang disebutkan dalam (a), (b) atau (c); dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa pamiran, pertunjukan, pasaria, kempen penyerantaan atau apa-apa usaha lain yang ditujukan kesemua atau sebahagiannya untuk faedah, atau bagi maksud menarik, pelawat-pelawat ke Malaysia, atau bagi maksud mendorong orang-orang mengembara dalam Malaysia;

"enterprais pelancungan berohhtar"

"hotel pelancung" ertinya mana-mana premis yang didaftarkan sebagai hotel atau rumah penginapan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang berhubung dengan hotel dan rumah penginapan dan yang ditetapkan sebagai hotel pelancung di bawah peruntukan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14;

"Lembaga" ertinya Lembaga Pengurus yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi Perbadanan Kemajuan Pelancungan Malaysia;

"pegawai berkuasa" ertinya pegawai yang diberikuasa di bawah seksyen 12A;

"restoran pelancung" ertinya mana-mana premis atau mana-mana bahagian daripadanya yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pelesenan premis untuk menyediakan dan menjual makanan atau minuman, termasuk menjual liquor, yang terletak di dalam atau menjadi sebahagian daripada suatu hotel pelancung atau yang ditetapkan sebagai suatu restoran pelancung di bawah peruntukan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PERBADANAN

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama "Perbadanan Kemajuan Pelancungan Malaysia" (kemudian daripada ini disebut "Perbadanan") yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan kuasa bagi memperolehi dan memegang harta alih atau harta takalih dan bagi melupuskannya atau, secara lain, membuat apa-apa urusan mengenainya.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyelaraskan aktiviti-aktiviti berhubung dengan perusahaan pelancungan yang dijalankan oleh jabatan-jabatan atau ejensi-ejensi kerajaan atau ejensi-ejensi bukan kerajaan;

Suggest a correction

(b)

membuat syor-syor kepada Kerajaan tentang caracara, langkah-langkah dan dasar-dasar yang akan dijalankan bagi memudahkan kemajuan perusahaan pelancungan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, melaksanakannya dan membantu dalam melaksana-kannya; dan

Suggest a correction

(c)

amnya menggalakkan di kalangan tempatan dan antarabangsa, dan mengambil bahagian dalam, kemajuan perusahaan pelancungan dalam Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Perbadanan adalah berkuasa melakukan segala perkara yang sesuai dengan, atau menasabah perlu bagi, atau bersampingan dengan, menjalankan tugas-tugasnya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas—

(a)

menjalankan tinjauan-tinjauan dan penyiasatan penyiasatan berkenaan dengan pelancungan;

Suggest a correction

(b)

menjalankan kajian-kajian kemungkinan bagi memajukan kawasan-kawasan sebagai tempat-tempat peranginan atau tempat-tempat tujuan pengembaraan;

Suggest a correction

(c)

menghendaki jabatan-jabatan, dan ejensi-ejensi kerajaan dan ejensi-ejensi bukan kerajaan yang menguruskan enterprais pelancungan mengemukakan laporan-laporan berkenaan dengan aktiviti-aktivitinya;

Suggest a correction

(d)

mengambil bahagian atau membantu dalam memajukan enterprais pelancungan, dan dalam mengadakan atau memperbaiki kemudahan-kemudahan dan daya-daya penarik bagi pelancung di dalam dan di luar Malaysia, di mana kerjasama antarabangsa boleh menggiatkan kemajuan Malaysia atau mana-mana bahagiannya sebagai tempat peranginan atau tempat tujuan pengembaraan;

Suggest a correction

(e)

dengan kelulusan Menteri, mengikat penyertaan ekuiti dalam memajukan enterprais pelancungan, dan mengadakan kemudahan-kemudahan bagi pelancung, atau mengembangkan atau menggalakkan penubuhan atau perkembangan syarikatsyarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan aktiviti-aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau separa kawalan Perbadanan atau secara bebas;

Suggest a correction

(f)

mendapatkan penyerantaan tempatan dan luar negeri untuk menggalakkan pengembaraan dalam Malaysia dan untuk menarik pelawat-pelawat ke Malaysia;

Suggest a correction

(g)

tertakluk kepada peruntukan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14—

Suggest a correction

(i)

menetapkan standad-standad yang akan disenggara oleh enterprais pelancungan;

(ii)

mendaftar mana-mana kelas atau kelas-kelas enterprais pelancungan, menetapkan syaratsyarat pendaftaran enterprais itu dan bayaran-bayaran yang boleh dikenakan, dan memungut bayaran-bayaran itu;

Suggest a correction

(iii)

menetapkan mana-mana premis yang didaftarkan sebagai hotel atau rumah penginapan sebagai hotel pelancung;

Suggest a correction

(iv)

menetapkan mana-mana premis atau mana-mana bahagiannya sebagai restoran pelancung;

Suggest a correction
Suggest a correction

(h)

memperolehi, membeli, memajak, menyewa, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta takalih dan memindahak, menyerahak, menyerahbalik dan memulang, menggadai, menggadaijanji, mendemais, menyerahak semula, memindahmilik atau secara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan atau memajukan apa-apa harta alih atau harta takalih kepunyaan Perbadanan atas syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga;

Suggest a correction

(i)

mengikat sesuatu kontrak dengan mana-mana pihak;

Suggest a correction

(j)

menerima sesuatu kamsin atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberi olehnya;

Suggest a correction

(k)

menjalankan segala tugas dan kuasa dan melak-sanakan segala kewajipan yang terletakhak atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis lain; dan

Suggest a correction

(l)

dengan kelulusan Menteri dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, mengenakan ses ke atas sesuatu enterprais pelancungan termasuk ses ke atas hotel-hotel pelancung dan restoran-restoran pelancung.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Lembaga boleh mewakilkan mana-mana daripada kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya kepada Pengerusi.

Suggest a correction

(2)

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik dari antara orang-orang yang pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman yang luas dalam enterprais pelancungan atau dalam lain-lain lapangan aktiviti yang boleh jadi sangat berfaedah dalam memajukan pelancungan, dan ahliahli itu hendaklah dilantik seperti berikut—

(a)

sekurang-kurangnya empat orang daripada ahli-ahli itu hendaklah orang-orang yang tidak memegang apa-apa jawatan awam tetapi hendaklah orang-orang yang ada hubungan dengan sesuatu enterprais pelancungan;

Suggest a correction

(b)

sekurang-kurangnya dua orang ahli hendaklah masing-masing wakil dari Kementerian yang bertanggungjawab bagi pelancungan dan Kementerian Kewangan; dan

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang lain yang difikirkan patut dan layak oleh Menteri untuk menjadi ahli Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2A)

Timbalan Pengerusi yang juga menjadi Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua eksekutif Perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan tugas-tugas dan pentadbiran am hal-ehwal dan urusan Perbadanan.

Suggest a correction

(4)

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga, lain daripada ahli-ahli yang dilantik mengikut perenggan (b) seksyen-kecil (2), boleh dibayar saraan mengikut sebanyak mana yang ditetapkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(5)

Peruntukan-peruntukan Bahagian I dalam Jadual kepada Akta ini hendaklah dipakai bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PENTADBIRAN

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh melantik pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan hal-ehwal Perbadanan dengan cekap.

Suggest a correction

(2A)

Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi Lembaga, apabila bertindak bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Pengarah atau pengarah-pengarah dan lain-lain pegawai dan penjawat Perbadanan hendaklah bertanggung-jawab kepada Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Pengarah atau pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan hendaklah memegang jawatan selama satu atau beberapa tempoh, menerima apaapa gaji dan elaun dan hendaklah tertakluk kepada apaapa syarat perkhidmatan mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

KEWANGAN

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu kumpulanwang (kemudian daripada ini disebut "Kumpulanwang") yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan—

(ii)

apa-apa wang yang dipinjam dari semasa ke semasa oleh Perbadanan bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau menjalankan apa-apa kewajipannya;

Suggest a correction

(iv)

segala wang yang didapati atau terbit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian atau debentur-debentur yang diperolehi oleh atau terletakhak pada Perbadanan; dan

Suggest a correction

(i)

apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

Suggest a correction

(v)

segala wang termasuk ses dan bayaran atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar atau terletakhak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara bersampingan dengan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya;

Suggest a correction

(iii)

segala wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau enterprais yang dibiayai dari Kumpulanwang;

Suggest a correction

(i)

semua perbelanjaan (termasuk perbelanjaan modal) yang dilakukan oleh Perbadanan pada menjalankan tugas-tugasnya;

Suggest a correction

(ii)

wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberi kepada Perbadanan menurut kuasanya untuk meminjam.

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh, atas had-had dan syarat-syarat yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan apaapa tugasnya di bawah Akta ini.

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Aset Perbadanan, setakat mana yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction
(1)

Perbelanjaan Perbadanan hingga amaun yang di benarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar dari Kumpulanwang.

(2)

Sebelum permulaan bulan September tiap-tiap satu tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan sebelum permulaan bulan November tahun tersebut Menteri hendaklah memberitahu Perbadanan amaun wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau amaunamaun yang dibenarkan bagi tiap-tiap satu jenis perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi manamana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan di dalam anggaran tambahan itu.

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction
(1)

Perbadanan hendaklah menyimpan dengan sewajarnya semua akaun dan rekod lain berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah menyediakan penyatapenyata akaun bagi tiap-tiap satu tahun kewangan.

(2)

Akaun Perbadanan hendaklah diodit tiap-tiap tahun oleh Ketua Odit Negara atau juru-juru odit lain yang dilantik oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri.

Suggest a correction

(3)

Selepas akhir tiap-tiap satu tahun kewangan, dan selepas sahaja akaun-akaun Perbadanan diodit, Perbadanan hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun itu mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dihantar kepada Menteri, bersama dengan satu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Odit Negara atau juru-juru odit lain yang dilantik di bawah seksyenkecil (2) mengenai mana-mana penyata atau akaun-akaun Perbadanan; dan Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan penyata dan pandangan itu dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.

BAHAGIAN VA $ ^{} $

KUASA-KUASA BERHUBUNG DENGAN PENGUATKUASAAN

Suggest a correction

Seksyen 12A

Open as pageSuggest a correction
(1)

Menteri boleh memberikuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan untuk menjalankan kuasa-kuasa di bawah Bahagian ini.

(2)

Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

Suggest a correction

(3)

Pada menjalankan mana-mana daripada kuasa-kuasa di bawah Bahagian ini seseorang pegawai hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya ia mengambil tindakan di bawah Akta ini suratkuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.

Suggest a correction

Seksyen 12B

Open as pageSuggest a correction
(1)

Seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran seseorang yang dilihat atau didapati olehnya melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan atau yang menasabah disyakinya mengambil bahagian dalam melakukan atau mencuba melakukan atau bersubahat melakukan apaapa kesalahan terhadap Akta ini jika orang itu enggan atau tidak memberi nama dan alamat tempat kediamannya atau jika ada sebab-sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa ia telah memberi suatu nama atau alamat tempat kediaman yang palsu atau bahawa ia mungkin melarikan diri.

(2)

Seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang membuat suatu penangkapan tanpa waran hendaklah, tanpa kelengahan yang takperlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang berhampiran sekali.

Suggest a correction

(3)

Tiada seseorang yang telah ditangkap oleh seorang pegawai berkuasa atau pegawai polis boleh dilepaskan kecuali atas bon orang itu sendiri atau atas jaminan atau atas perintah khas yang dibuat secara bertulis oleh seorang Majistret.

Suggest a correction

Seksyen 12c

Open as pageSuggest a correction
(1)

Apabila didapati oleh seseorang Majistret dari maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab-sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa dalam sesuatu rumah kediaman, kedai, lain-lain bangunan atau tempat suatu kesalahan sedang dilakukan terhadap Akta ini, atau terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya

Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran membenarkan seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang dinamakan dalamnya, pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan untuk memasuki rumah kediaman, kedai, lain-lain bangunan atau tempat itu dan di situ mencari dan mensita atau mengambil salinan-salinan segala buku, akaun, atau lain-lain dokumen yang mengandungi atau disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki sedemikian telah dilakukan atau apa-apa benda lain berhubung dengan kesalahan itu.

(a)

memecah buka sesuatu pintu luar atau pintu dalam rumah kediaman, kedai atau lain-lain bangunan atau tempat itu, dan memasukinya;

Suggest a correction

(b)

dengan cara kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

Suggest a correction

(c)

membuang dengan kekerasan apa-apa halangan yang menyekat kemasukan, pencarian, penyitaan dan pengambilan yang ia diberikuasa melakukan; dan

Suggest a correction

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digelidah.

Suggest a correction

Seksyen 12D

Open as pageSuggest a correction

Apabila didapati oleh seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa ada sebab-sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa di dalam sesuatu rumah kediaman, kedai, lain-lain bangunan atau tempat ada tersembunyi atau tersimpan apa-apa buku, akaun atau lain-lain dokumen yang disyaki mengandungi maklumat mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau apa-apa benda lain berhubung dengan kesalahan itu dan jika ia ada sebab-sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa dengan sebab kelengahan bagi mendapatkan suatu waran gelidah, buku-buku, akaun-akaun, lain-lain dokumen atau benda itu mungkin dipindahkan, pegawai itu boleh menjalankan dalam, ke atas dan berkenaan dengan rumah kediaman, kedai, lain-lain bangunan atau tempat itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 12c dengan sepenuh dan secukupnya seolah-olah ia diberikuasa berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen tersebut.

Seksyen 12E

Open as pageSuggest a correction

Pegawai berkuasa atau pegawai polis yang mensita sesuatu buku, akaun, dokumen atau lain-lain benda di bawah Bahagian ini hendaklah menyediakan suatu senarai benda-benda yang disita dan menyerahkan dengan segera suatu salinannya yang ditandatangani olehnya kepada penduduk premis itu atau kepada ejen-ejen atau penjawatpenjawatnya yang ada di premis itu.

Seksyen 12F

Open as pageSuggest a correction
(1)

Jika sesuatu buku, akaun atau lain-lain dokumen telah diambil milik di bawah Bahagian ini, Ketua Pengarah hendaklah memulangkannya kepada milik pemunyanya dalam tempoh empat minggu dari tarikh ia disita jika tiada apa-apa langkah pembicaraan jenayah telah diambil.

(2)

Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen-kecil (1) kepada seseorang pegawai berkuasa dan boleh pada bila-bila masa membatalkan perwakilan kuasa itu dan walau apapun kuasa-kuasa yang diwakilkan itu, Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, menjalankan sendiri kuasa-kuasa yang diwakilkan itu.

Suggest a correction

Seksyen 12G

Open as pageSuggest a correction
(1)

Seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis adalah mempunyai kuasa untuk menyiasat sesuatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis memberi maklumat atau mengemukakan apa-apa buku, akaun atau dokumen atau benda lain berhubung dengan kesalahan yang dilakukan itu yang ia berkuasa memberi adalah terikat di sisi undang-undang memberi maklumat atau mengemukakan buku, akaun atau dokumen atau benda lain itu.

Suggest a correction

Seksyen 12H

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini boleh dijalankan oleh seorang pegawai berkuasa.

Seksyen 121

Open as pageSuggest a correction

Tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan lain dalam Bahagian ini, sesuatu enterprais pelancungan yang didaftarkan yang memohon untuk didaftarkan atau yang dikehendaki didaftarkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, jika peruntukan dibuat oleh peraturan-peraturan itu, membenarkan diperiksa premis, buku-buku, akaun-akaun dan dokumen atau benda lain yang dipunyai atau disimpan oleh enterprais pelancungan itu.

Seksyen 12J

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pegawai berkuasa boleh, menurut budibicaranya, mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap Aktaini atau terhadap peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan di bawah seksyen 14 sebagai kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dengan memungut daripada orang yang menasabah disyaki melakukan kesalahan itu sejumlah wang tidak lebih daripada lima ratus ringgit.

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction
(1)

Perbadanan hendaklah, tidak lewat daripada 30 haribulan Jun tiap-tiap satu tahun, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Perbadanan dalam masa tahun yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumat berhubung dengan perjalanan dan dasar Perbadanan.

BAHAGIAN YB

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

AM

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh seksyen-kecil (1), peraturan-peraturan di bawah seksyen-kecil itu boleh—

(a)

mengawal, melalui pendaftaran atau selainnya, sesuatu enterprais pelancungan dan boleh menghendaki deposit-deposit daripada enterprais pelancungan itu;

Suggest a correction

(b)

mengawal cara melucuthak atau menggunakan sesuatu deposit yang disebut dalam perenggan (a);

Suggest a correction

(c)

mengawal, melalui pendaftaran atau selainnya, pemandu-pemandu pelancung termasuk latihan dan perakuan bagi mereka;

Suggest a correction

(d)

mengadakan cara bagaimana ses hendak dikenakan dan dipungut;

Suggest a correction

(e)

mengawal penetapan hotel-hotel pelancung dan restoran-restoran pelancung dan penetapan kadarkadar bayaran bagi bilik-bilik dan lain-lain perkhidmatan yang diberi dalam hotel-hotel atau restoran-restoran itu dan menghendaki hotel-hotel dan restoran-restoran itu mempamirkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Perbadanan;

Suggest a correction

(f)

menetapkan amaun caj perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh hotel-hotel pelancung dan restoran-restoran pelancung;

Suggest a correction

(g)

mengadakan peraturan mengenai cara memasuki dan memeriksa premis, buku-buku, akaun-akaun dan lain-lain dokumen menurut seksyen 121;

Suggest a correction

(h)

mengadakan peraturan mengenai penubuhan dan penyelarasan sekolah-sekolah hotel atau pelayanan dan lain-lain pusat untuk melatih orang-orang bagi memberi perkhidmatan kepada pelancung-pelancung dan enterprais-enterprais pelancungan;

Suggest a correction

(i)

mengadakan peruntukan mengenai penubuhan dan pengurusan suatu kumpulanwang simpanan bercarum bagi pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan dan mengenai pembayaran pencen elaun atau ganjaran kepada pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat yang tersebut apabila bersara atau sebaliknya berhenti memegang jawatan sebagai pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat;

Suggest a correction

(j)

menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan itu-

(a)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang bersalahan dengan peruntukan mana-mana peraturan adalah menjadi suatu kesalahan; dan

Suggest a correction

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti-penalti bagi kesalahan-kesalahan itu, yang tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.

1HA. ---

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Seseorang yang dengan diketahuinya melanggar peruntukan seksyen-kecil (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan, boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun.

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction
(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sesuatu pembicaraan jenayah di bawah Akta ini, tiada seeorang ahli Lembaga atau pegawai atau penjawat Perbadanan boleh membukakan apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana satu perniagaan, yang telah didapati olehnya dalam masa menjalankan kewajipan-kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction
(1)

Tiada sesuatu tindakan, guaman, pendakwaan atau lain-lain pembicaraan boleh dibawa atau diambil terhadap diri sendiri seseorang ahli Lembaga atau terhadap diri sendiri seseorang pengarah atau pegawai atau penjawat yang dilantik oleh Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau dalam melaksanakan atau bagi maksud melaksanakan Akta ini.

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah, Pengarah atau mana-mana pengarah dan mana-mana pegawai atau penjawat Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 7 hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

(2)

Jika seseorang dikecualikan daripada tanggungan semata-mata oleh sebab peruntukan seksyen ini, Perbadanan adalah bertanggungan setakat mana ianya akan bertanggungan jika sekiranya orang itu seorang penjawat atau ejen Perbadanan.

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala suratikatan, dokumen, dan lain-lain suratcara yang memerlukan meteri Perbadanan hendaklah dimeterikan dengan sewajarnya di hadapan dua orang ahli Lembaga yang akan menandatangani tiap-tiap suratikatan, dokumen atau suratcara yang dimeteri itu; dan tandatangan itu hendaklah, tanpa diakusaksi selanjutnya, menjadi keterangan yang cukup bahawa meteri itu telah dicapkan dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meteri itu adalah meteri Perbadanan yang sah.

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, dengan suatu suratcara bertulis yang dimeteri dengan meteri Perbadanan, mewakilkan kepada seseorang atau sesuatu badan mana-mana daripada kewajipannya yang perlu dijalankan di dalam atau di luar Malaysia:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa mengawal Kumpulanwang dan hendaklah bertindak dalam semua hal mengikut arahan Lembaga.

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktivitinya.

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai atau penjawat yang dilantik oleh Lembaga yang ada mempunyai atau memperolehi sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budibicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa notis.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

(Seksyen 5)

BAHAGIAN 1

LEMBAGA PENGURUS

1. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh satu hingga tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.

(1A)

Timbalan Pengerusi hendaklah, apabila Pengerusi tidak hadir, mempengerusikan mesyuarat Lembaga.

[Jadual]

22

2. Jawatan seseorang ahli Lembaga hendaklah dikosongkan:

(a)

jika ia mati;

(b)

jika ia tidak lagi berkelayakan;

(c)

jika ia menjadi bankrap, gila atau taksempurna akal;

(d)

jika ia tidak menghadiji mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga; atau

(e)

jika sekiranya perletakan jawatannya diterima oleh Menteri.

3. Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk menggantikan seorang ahli lain yang telah mengosongkan jawatannya ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang kemudian tersebut itu asalnya dilantik.

4. Pengerusi Lembaga atau Timbalan Pengerusi, jika Pengerusi tidak ada, adalah berkuasa memanggil mesyuarat Lembaga apabila difikirkannya perlu.

5. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Lembaga boleh menetapkan tatacaranya sendiri.

BAHAGIAN II

(Dimansuhkan oleh Akta A307).

Common questions

What is AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972?
AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 is Malaysia Act, cited as Act 72 1972, currently marked repealed and first recorded in 1972.
Is AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 still in force?
No — AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 has been repealed.
When did AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 take effect?
AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 was first recorded in 1972.
How many sections does AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 have?
AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 contains 32 sections.
Where can I read the official version of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972?
The official text of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972 is published at lom.agc.gov.my.