Malaysia legislation
Section 12c
Seksyen 12c
Apabila didapati oleh seseorang Majistret dari maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab-sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa dalam sesuatu rumah kediaman, kedai, lain-lain bangunan atau tempat suatu kesalahan sedang dilakukan terhadap Akta ini, atau terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya
Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran membenarkan seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang dinamakan dalamnya, pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan untuk memasuki rumah kediaman, kedai, lain-lain bangunan atau tempat itu dan di situ mencari dan mensita atau mengambil salinan-salinan segala buku, akaun, atau lain-lain dokumen yang mengandungi atau disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki sedemikian telah dilakukan atau apa-apa benda lain berhubung dengan kesalahan itu.