Malaysia legislation
Section 12D
Seksyen 12D
Apabila didapati oleh seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa ada sebab-sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa di dalam sesuatu rumah kediaman, kedai, lain-lain bangunan atau tempat ada tersembunyi atau tersimpan apa-apa buku, akaun atau lain-lain dokumen yang disyaki mengandungi maklumat mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau apa-apa benda lain berhubung dengan kesalahan itu dan jika ia ada sebab-sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa dengan sebab kelengahan bagi mendapatkan suatu waran gelidah, buku-buku, akaun-akaun, lain-lain dokumen atau benda itu mungkin dipindahkan, pegawai itu boleh menjalankan dalam, ke atas dan berkenaan dengan rumah kediaman, kedai, lain-lain bangunan atau tempat itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 12c dengan sepenuh dan secukupnya seolah-olah ia diberikuasa berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen tersebut.