Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972

Seksyen 14

(2)

Tanpa menyentuh seksyen-kecil (1), peraturan-peraturan di bawah seksyen-kecil itu boleh—

(a)

mengawal, melalui pendaftaran atau selainnya, sesuatu enterprais pelancungan dan boleh menghendaki deposit-deposit daripada enterprais pelancungan itu;

(b)

mengawal cara melucuthak atau menggunakan sesuatu deposit yang disebut dalam perenggan (a);

(c)

mengawal, melalui pendaftaran atau selainnya, pemandu-pemandu pelancung termasuk latihan dan perakuan bagi mereka;

(d)

mengadakan cara bagaimana ses hendak dikenakan dan dipungut;

(e)

mengawal penetapan hotel-hotel pelancung dan restoran-restoran pelancung dan penetapan kadarkadar bayaran bagi bilik-bilik dan lain-lain perkhidmatan yang diberi dalam hotel-hotel atau restoran-restoran itu dan menghendaki hotel-hotel dan restoran-restoran itu mempamirkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Perbadanan;

(f)

menetapkan amaun caj perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh hotel-hotel pelancung dan restoran-restoran pelancung;

(g)

mengadakan peraturan mengenai cara memasuki dan memeriksa premis, buku-buku, akaun-akaun dan lain-lain dokumen menurut seksyen 121;

(h)

mengadakan peraturan mengenai penubuhan dan penyelarasan sekolah-sekolah hotel atau pelayanan dan lain-lain pusat untuk melatih orang-orang bagi memberi perkhidmatan kepada pelancung-pelancung dan enterprais-enterprais pelancungan;

(i)

mengadakan peruntukan mengenai penubuhan dan pengurusan suatu kumpulanwang simpanan bercarum bagi pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan dan mengenai pembayaran pencen elaun atau ganjaran kepada pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat yang tersebut apabila bersara atau sebaliknya berhenti memegang jawatan sebagai pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat;

(j)

menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan itu.

(3)

Peraturan-peraturan itu-

(a)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang bersalahan dengan peruntukan mana-mana peraturan adalah menjadi suatu kesalahan; dan

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti-penalti bagi kesalahan-kesalahan itu, yang tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.

1HA. ---

(2)

Seseorang yang dengan diketahuinya melanggar peruntukan seksyen-kecil (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan, boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun.