Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972

Seksyen 16

Ketua Pengarah, Pengarah atau mana-mana pengarah dan mana-mana pegawai atau penjawat Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 7 hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

(2)

Jika seseorang dikecualikan daripada tanggungan semata-mata oleh sebab peruntukan seksyen ini, Perbadanan adalah bertanggungan setakat mana ianya akan bertanggungan jika sekiranya orang itu seorang penjawat atau ejen Perbadanan.