Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
menyelaraskan aktiviti-aktiviti berhubung dengan perusahaan pelancungan yang dijalankan oleh jabatan-jabatan atau ejensi-ejensi kerajaan atau ejensi-ejensi bukan kerajaan;
(b)
membuat syor-syor kepada Kerajaan tentang caracara, langkah-langkah dan dasar-dasar yang akan dijalankan bagi memudahkan kemajuan perusahaan pelancungan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, melaksanakannya dan membantu dalam melaksana-kannya; dan
(c)
amnya menggalakkan di kalangan tempatan dan antarabangsa, dan mengambil bahagian dalam, kemajuan perusahaan pelancungan dalam Malaysia.
(2)
Perbadanan adalah berkuasa melakukan segala perkara yang sesuai dengan, atau menasabah perlu bagi, atau bersampingan dengan, menjalankan tugas-tugasnya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas—
(a)
menjalankan tinjauan-tinjauan dan penyiasatan penyiasatan berkenaan dengan pelancungan;
(b)
menjalankan kajian-kajian kemungkinan bagi memajukan kawasan-kawasan sebagai tempat-tempat peranginan atau tempat-tempat tujuan pengembaraan;
(c)
menghendaki jabatan-jabatan, dan ejensi-ejensi kerajaan dan ejensi-ejensi bukan kerajaan yang menguruskan enterprais pelancungan mengemukakan laporan-laporan berkenaan dengan aktiviti-aktivitinya;
(d)
mengambil bahagian atau membantu dalam memajukan enterprais pelancungan, dan dalam mengadakan atau memperbaiki kemudahan-kemudahan dan daya-daya penarik bagi pelancung di dalam dan di luar Malaysia, di mana kerjasama antarabangsa boleh menggiatkan kemajuan Malaysia atau mana-mana bahagiannya sebagai tempat peranginan atau tempat tujuan pengembaraan;
(e)
dengan kelulusan Menteri, mengikat penyertaan ekuiti dalam memajukan enterprais pelancungan, dan mengadakan kemudahan-kemudahan bagi pelancung, atau mengembangkan atau menggalakkan penubuhan atau perkembangan syarikatsyarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan aktiviti-aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau separa kawalan Perbadanan atau secara bebas;
(f)
mendapatkan penyerantaan tempatan dan luar negeri untuk menggalakkan pengembaraan dalam Malaysia dan untuk menarik pelawat-pelawat ke Malaysia;
(g)
tertakluk kepada peruntukan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14—
(i)
menetapkan standad-standad yang akan disenggara oleh enterprais pelancungan;
(ii)
mendaftar mana-mana kelas atau kelas-kelas enterprais pelancungan, menetapkan syaratsyarat pendaftaran enterprais itu dan bayaran-bayaran yang boleh dikenakan, dan memungut bayaran-bayaran itu;
(iii)
menetapkan mana-mana premis yang didaftarkan sebagai hotel atau rumah penginapan sebagai hotel pelancung;
(iv)
menetapkan mana-mana premis atau mana-mana bahagiannya sebagai restoran pelancung;
(h)
memperolehi, membeli, memajak, menyewa, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta takalih dan memindahak, menyerahak, menyerahbalik dan memulang, menggadai, menggadaijanji, mendemais, menyerahak semula, memindahmilik atau secara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan atau memajukan apa-apa harta alih atau harta takalih kepunyaan Perbadanan atas syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga;
(i)
mengikat sesuatu kontrak dengan mana-mana pihak;
(j)
menerima sesuatu kamsin atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberi olehnya;
(k)
menjalankan segala tugas dan kuasa dan melak-sanakan segala kewajipan yang terletakhak atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis lain; dan
(l)
dengan kelulusan Menteri dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, mengenakan ses ke atas sesuatu enterprais pelancungan termasuk ses ke atas hotel-hotel pelancung dan restoran-restoran pelancung.