Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1A)
Lembaga boleh mewakilkan mana-mana daripada kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya kepada Pengerusi.
(2)
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik dari antara orang-orang yang pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman yang luas dalam enterprais pelancungan atau dalam lain-lain lapangan aktiviti yang boleh jadi sangat berfaedah dalam memajukan pelancungan, dan ahliahli itu hendaklah dilantik seperti berikut—
(a)
sekurang-kurangnya empat orang daripada ahli-ahli itu hendaklah orang-orang yang tidak memegang apa-apa jawatan awam tetapi hendaklah orang-orang yang ada hubungan dengan sesuatu enterprais pelancungan;
(b)
sekurang-kurangnya dua orang ahli hendaklah masing-masing wakil dari Kementerian yang bertanggungjawab bagi pelancungan dan Kementerian Kewangan; dan
(c)
mana-mana orang lain yang difikirkan patut dan layak oleh Menteri untuk menjadi ahli Lembaga.
(2A)
Timbalan Pengerusi yang juga menjadi Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua eksekutif Perbadanan.
(3)
Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan tugas-tugas dan pentadbiran am hal-ehwal dan urusan Perbadanan.
(4)
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga, lain daripada ahli-ahli yang dilantik mengikut perenggan (b) seksyen-kecil (2), boleh dibayar saraan mengikut sebanyak mana yang ditetapkan oleh Menteri.
(5)
Peruntukan-peruntukan Bahagian I dalam Jadual kepada Akta ini hendaklah dipakai bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga.