Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Lembaga boleh melantik pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan hal-ehwal Perbadanan dengan cekap.
(2A)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi Lembaga, apabila bertindak bagi pihak Lembaga.
(3)
Pengarah atau pengarah-pengarah dan lain-lain pegawai dan penjawat Perbadanan hendaklah bertanggung-jawab kepada Lembaga.
(4)
Pengarah atau pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan hendaklah memegang jawatan selama satu atau beberapa tempoh, menerima apaapa gaji dan elaun dan hendaklah tertakluk kepada apaapa syarat perkhidmatan mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.