Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972

Seksyen 10

Pada setiap tahun, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbendaharaan, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Perbendaharaan melalui Menteri suatu penyata yang menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran Kumpulan

Wang itu berkenaan dengan tahun yang berikutnya. Bagi menyokong penyata itu Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan butiran rancangan kemajuan yang dicadangkan hendak dijalankan olehnya pada tahun yang berikutnya itu.