/akn/my/act/act/1972/80

AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1972
Sections
15
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 is Malaysia Act, cited as Act 80 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan penubuhan Perpustakaan Negara dan berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia—1 September 1972, P.U.(B) 348/1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“bangunan Perpustakaan” ertinya mana-mana bangunan atau premis yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan atau yang digunakan olehnya dan mana-mana bangunan atau premis yang dipajak atau disewa buat sementara atau selainnya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri bagi maksud Perpustakaan dan termasuklah mana-mana kenderaan atau vesel yang digunakan dalam mana-mana perpustakaan bergerak yang menjadi sebahagian daripada

Perpustakaan;

6

Undang-Undang Malaysia

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“koleksi” ertinya sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan diselenggarakan di dalam Perpustakaan;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perpustakaan Negara yang ditubuhkan menurut subseksyen 7(1);

“Lembaga” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan menurut seksyen 5;

“Menteri” ertinya Menteri yang ditugaskan dengan tanggungjawab bagi perpustakaan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(a);

“Perpustakaan” ertinya Perpustakaan Negara yang ditubuhkan menurut seksyen 3;

“sumber perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau grafik yang di atas atau di dalamnya maklumat ditulis, direkodkan, disimpan, dipamerkan atau dikeluarkan semula, termasuk manuskrip, naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah, peta, mikroform, kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring hitam, rakaman video dan audio dan rakaman lain pada kertas, filem atau bahan lain dan salinannya;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN NEGARA

Suggest a correction

Penubuhan Perpustakaan Negara

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Suatu Perpustakaan Negara Malaysia (kemudian daripada ini disebutkan sebagai “Perpustakaan”) ditubuhkan dengan maksud dan tujuan seperti yang berikut:

(a)

menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;

Perpustakaan Negara 7

Suggest a correction

(b)

memudahkan capaian seluruh Negara sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan

Suggest a correction

(c)

mengadakan kepemimpinan dalam perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

Pengurusan dan pengawasan Perpustakaan Negara oleh Ketua

Pengarah dan kuasa Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

menasihati Menteri tentang polisi Negara bagi segala perkara yang berkenaan dengan perpustakaan dan segala perkara lain yang berhubungan dengan perpustakaan;

Suggest a correction

(b)

memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan;

Suggest a correction

(c)

memperoleh dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan Negara dan juga suatu koleksi representatif di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul;

Suggest a correction

(i)

Pusat Penyerahan Negara untuk simpanan dan pemuliharaan sumber perpustakaan yang diterima;

(ii)

Pusat Bibliografi Negara untuk penyelenggaraan rangkaian bibliografi kebangsaan, pangkalan data bibliografi kebangsaan dan penyediaan perkhidmatan bibliografi dan dokumentasi kebangsaan;

Suggest a correction

(iii)

Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu untuk pemerolehan, pendokumentasian dan penggunaan manuskrip Melayu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan peminjaman;

8

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(f)

menyediakan kemudahan di dalam Perpustakaan untuk membolehkannya berfungsi sebagai—

Suggest a correction

(i)

titik tumpuan Negara bagi sistem maklumat Negara;

(ii)

pusat kebangsaan bagi peminjaman dan pertukaran sumber perpustakaan untuk menggalakkan ketersediaan terbitan di peringkat kebangsaan dan sejagat;

Suggest a correction
Suggest a correction

(g)

menggalakkan dan menyelaraskan perkembangan dan penggunaan sumber perpustakaan di Negara ini;

Suggest a correction

(h)

menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya;

Suggest a correction

(i)

menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya;

Suggest a correction

(j)

menggalakkan dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa dan perkongsian sumber di antara perpustakaan;

Suggest a correction

(k)

mengusahakan dan memudahkan penyelidikan dalam perkara mengenai perpustakaan;

Suggest a correction

(l)

menyediakan latihan untuk meningkatkan profesionalisme dalam perkara perpustakaan;

Suggest a correction

(m)

menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca;

Suggest a correction

(n)

bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan dan perkembangan Bahasa Malaysia;

Suggest a correction

(o)

bekerjasama dengan badan ikhtisas dan badan lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi perkembangan perpustakaan;

Suggest a correction

(p)

meminjamkan, menjual atau secara lain melupuskan sumber perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada

Perpustakaan;

Suggest a correction

(q)

melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu untuk melaksanakan tujuan yang disebut dalam seksyen 3.

Perpustakaan Negara 9

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pegawai sedemikian sebagaimana yang perlu atau didapati suai manfaat bagi maksud Akta ini hendaklah dilantik dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(c)

seorang wakil Kementerian yang pada masa itu bertanggungjawab bagi Perpustakaan; dan

Suggest a correction

(d)

tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh melantik seseorang daripada kakitangannya untuk bertindak sebagai Setiausaha Lembaga yang hendaklah menyimpan suatu rekod yang sepatutnya mengenai segala minit mesyuarat Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Pengerusi dan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d), melainkan jika pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

Suggest a correction

(5)

Pengerusi dan mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d) boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.

Suggest a correction

(5A)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan

Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d).

Suggest a correction

(6)

Semua anggota Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

10

Undang-Undang Malaysia

Mesyuarat Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi dan empat orang anggota Lembaga hendaklah membentuk suatu kuorum.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh membuat kaedah-kaedahnya sendiri yang menentukan tatacara mesyuarat Lembaga dan perkara lain yang berkaitan dengannya.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

KUMPULAN WANG PERPUSTAKAAN NEGARA

Suggest a correction

Penubuhan Kumpulan Wang Perpustakaan Negara

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh Ketua Pengarah mengikut peruntukan Bahagian ini.

Wang yang dikehendaki dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Pembangunan atau selainnya bagi maksud kemajuan perpustakaan;

Perpustakaan Negara 11

Suggest a correction

(b)

wang yang diterima dengan cara derma atau pemberian wasiat bagi maksud Perpustakaan

Suggest a correction

(c)

bunga yang diterima daripada pelaburan wang yang ada dalam kredit Kumpulan wang itu;

Suggest a correction

(d)

mana-mana wang lain yang diterima oleh Kerajaan dalam sesuatu hal keadaan yang difikirkan sesuai oleh Menteri

Kewangan untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan wang itu:

Dengan syarat bahawa mana-mana baki wang yang diterima oleh Kerajaan bagi maksud Perpustakaan sebelum tarikh yang ditetapkan, yang sepatutnya telah dimasukkan ke dalam Kumpulan

Wang itu di bawah subseksyen ini jika wang itu telah diterima pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah dimasuk kira ke dalam Kumpulan Wang itu.

Suggest a correction

(2)

Wang yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu mengikut apa-apa jumlah wang dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri Kewangan.

Penggunaan wang Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(a)

bayaran bagi harga tapak bina, pembinaan dan penyambungan bangunan, dan kelengkapan untuk

Perpustakaan;

Suggest a correction

(b)

bayaran bagi perbelanjaan perundingan untuk kemajuan perpustakaan;

Suggest a correction

(c)

bayaran bagi harga sumber dan perkhidmatan perpustakaan yang diperoleh bagi maksud kemajuan perpustakaan;

Suggest a correction

(d)

apa-apa bayaran lain bagi maksud kemajuan perpustakaan.

Suggest a correction

(2)

Wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang itu boleh dilaburkan mengikut perenggan 8(3)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957.

12

Undang-Undang Malaysia

Anggaran

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Pada setiap tahun, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbendaharaan, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Perbendaharaan melalui Menteri suatu penyata yang menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran Kumpulan

Wang itu berkenaan dengan tahun yang berikutnya. Bagi menyokong penyata itu Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan butiran rancangan kemajuan yang dicadangkan hendak dijalankan olehnya pada tahun yang berikutnya itu.

Seksyen 11

Akaun dan audit

Open as pageSuggest a correction

(2)

Selepas sahaja akaun itu diaudit Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Menteri dan Menteri Kewangan penyata akaun yang telah diaudit itu bersama dengan apa-apa pandangan mengenainya.

Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya penyata akaun yang telah diaudit itu bersama dengan pandangan, jika ada, dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

PELBAGAI

Suggest a correction

Perjanjian mengenai perkhidmatan perpustakaan

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri, bekerjasama atau membuat perjanjian dengan pihak berkuasa atau orang sama ada di Malaysia atau di tempat lain berkenaan dengan hal ehwal perpustakaan.

Perpustakaan Negara 13

Seksyen 13

Pemindahan sumber perpustakaan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh mengarahkan supaya apa-apa sumber perpustakaan yang ada dalam jagaan atau simpanan mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu

Negeri dipindahkan dari jabatan atau agensi itu ke Perpustakaan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa sumber perpustakaan itu boleh dipindahkan dari sesuatu jabatan atau agensi sesuatu Kerajaan

Negeri ke Perpustakaan tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada

Pihak Berkuasa Negeri itu.

Seksyen 14

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan Akta ini berkenaan dengan penyempurnaan yang sepatutnya fungsi Ketua Pengarah dan berkenaan dengan pengurusan dan pengawalan Perpustakaan dan bangunan perpustakaan dan, khususnya, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan dengan—

(b)

pengekalan ketenteraman dan pencegahan kacau ganggu dalam bangunan perpustakaan dan kawasannya;

Suggest a correction

(c)

menahan masuk atau mengeluarkan dari Perpustakaan atau bangunan Perpustakaan orang yang didapati telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

Suggest a correction

(d)

jumlah denda yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana kerosakan, kehilangan atau kelewatan mengembalikan sumber perpustakaan yang dipinjamkan dan berkenaan dengan mengetepikan atau memulangkan balik denda itu; dan

Suggest a correction

(e)

fi yang akan dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana memberikan perkhidmatan maklumat atau kerana membuat dan memperakui salinan mengenai mana-mana sumber perpustakaan dan berkenaan dengan pengecualian daripada menjelaskan sepenuhnya atau sebahagian daripada fi itu.

14

Undang-Undang Malaysia

Laporan tahunan

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan setiap laporan itu dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen.

Perpustakaan Negara 15

Akta 80

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A667

Akta Perpustakaan Negara (Pindaan)

15-04-1987 1987

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 80

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A667 15-04-1987 3

Akta A667 15-04-1987 4

Akta A667 15-04-1987 5

Akta A667 15-04-1987 5A

Akta A667 15-04-1987 6

Akta A667 15-04-1987 9

Akta A667 15-04-1987 13

Akta A667 15-04-1987 14

Akta A667 15-04-1987

Suggest a correction

Common questions

What is NATIONAL LIBRARY ACT 1972?
AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 is Malaysia Act, cited as Act 80 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Is NATIONAL LIBRARY ACT 1972 still in force?
Yes — NATIONAL LIBRARY ACT 1972 is currently in force.
When did NATIONAL LIBRARY ACT 1972 take effect?
NATIONAL LIBRARY ACT 1972 was first recorded in 1972.
How many sections does NATIONAL LIBRARY ACT 1972 have?
NATIONAL LIBRARY ACT 1972 contains 15 sections.
Where can I read the official version of NATIONAL LIBRARY ACT 1972?
The official text of NATIONAL LIBRARY ACT 1972 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 (No. 80) | mylaw.my