Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Pemindahan sumber perpustakaan
Menteri boleh mengarahkan supaya apa-apa sumber perpustakaan yang ada dalam jagaan atau simpanan mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu
Negeri dipindahkan dari jabatan atau agensi itu ke Perpustakaan:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa sumber perpustakaan itu boleh dipindahkan dari sesuatu jabatan atau agensi sesuatu Kerajaan
Negeri ke Perpustakaan tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada
Pihak Berkuasa Negeri itu.