Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan Akta ini berkenaan dengan penyempurnaan yang sepatutnya fungsi Ketua Pengarah dan berkenaan dengan pengurusan dan pengawalan Perpustakaan dan bangunan perpustakaan dan, khususnya, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan dengan—
(a)
pengurusan dan pengawasan am Perpustakaan;
(b)
pengekalan ketenteraman dan pencegahan kacau ganggu dalam bangunan perpustakaan dan kawasannya;
(c)
menahan masuk atau mengeluarkan dari Perpustakaan atau bangunan Perpustakaan orang yang didapati telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
(d)
jumlah denda yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana kerosakan, kehilangan atau kelewatan mengembalikan sumber perpustakaan yang dipinjamkan dan berkenaan dengan mengetepikan atau memulangkan balik denda itu; dan
(e)
fi yang akan dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana memberikan perkhidmatan maklumat atau kerana membuat dan memperakui salinan mengenai mana-mana sumber perpustakaan dan berkenaan dengan pengecualian daripada menjelaskan sepenuhnya atau sebahagian daripada fi itu.
14
Undang-Undang Malaysia
Laporan tahunan