Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bangunan Perpustakaan” ertinya mana-mana bangunan atau premis yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan atau yang digunakan olehnya dan mana-mana bangunan atau premis yang dipajak atau disewa buat sementara atau selainnya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri bagi maksud Perpustakaan dan termasuklah mana-mana kenderaan atau vesel yang digunakan dalam mana-mana perpustakaan bergerak yang menjadi sebahagian daripada

Perpustakaan;

6

Undang-Undang Malaysia

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“koleksi” ertinya sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan diselenggarakan di dalam Perpustakaan;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perpustakaan Negara yang ditubuhkan menurut subseksyen 7(1);

“Lembaga” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan menurut seksyen 5;

“Menteri” ertinya Menteri yang ditugaskan dengan tanggungjawab bagi perpustakaan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(a);

“Perpustakaan” ertinya Perpustakaan Negara yang ditubuhkan menurut seksyen 3;

“sumber perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau grafik yang di atas atau di dalamnya maklumat ditulis, direkodkan, disimpan, dipamerkan atau dikeluarkan semula, termasuk manuskrip, naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah, peta, mikroform, kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring hitam, rakaman video dan audio dan rakaman lain pada kertas, filem atau bahan lain dan salinannya;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.

Section 2 — NATIONAL LIBRARY ACT 1972 | mylaw.my