Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
menasihati Menteri tentang polisi Negara bagi segala perkara yang berkenaan dengan perpustakaan dan segala perkara lain yang berhubungan dengan perpustakaan;
(b)
memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan;
(c)
memperoleh dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan Negara dan juga suatu koleksi representatif di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul;
(d)
menubuhkan di dalam Perpustakaan—
(i)
Pusat Penyerahan Negara untuk simpanan dan pemuliharaan sumber perpustakaan yang diterima;
(ii)
Pusat Bibliografi Negara untuk penyelenggaraan rangkaian bibliografi kebangsaan, pangkalan data bibliografi kebangsaan dan penyediaan perkhidmatan bibliografi dan dokumentasi kebangsaan;
(iii)
Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu untuk pemerolehan, pendokumentasian dan penggunaan manuskrip Melayu;
(e)
menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan peminjaman;
8
Undang-Undang Malaysia
(f)
menyediakan kemudahan di dalam Perpustakaan untuk membolehkannya berfungsi sebagai—
(i)
titik tumpuan Negara bagi sistem maklumat Negara;
(ii)
pusat kebangsaan bagi peminjaman dan pertukaran sumber perpustakaan untuk menggalakkan ketersediaan terbitan di peringkat kebangsaan dan sejagat;
(g)
menggalakkan dan menyelaraskan perkembangan dan penggunaan sumber perpustakaan di Negara ini;
(h)
menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya;
(i)
menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya;
(j)
menggalakkan dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa dan perkongsian sumber di antara perpustakaan;
(k)
mengusahakan dan memudahkan penyelidikan dalam perkara mengenai perpustakaan;
(l)
menyediakan latihan untuk meningkatkan profesionalisme dalam perkara perpustakaan;
(m)
menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca;
(n)
bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan dan perkembangan Bahasa Malaysia;
(o)
bekerjasama dengan badan ikhtisas dan badan lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi perkembangan perpustakaan;
(p)
meminjamkan, menjual atau secara lain melupuskan sumber perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada
Perpustakaan;
(q)
melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu untuk melaksanakan tujuan yang disebut dalam seksyen 3.
Perpustakaan Negara 9
(3)
Pegawai sedemikian sebagaimana yang perlu atau didapati suai manfaat bagi maksud Akta ini hendaklah dilantik dari semasa ke semasa.