Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(b)
Ketua Pengarah;
(c)
seorang wakil Kementerian yang pada masa itu bertanggungjawab bagi Perpustakaan; dan
(d)
tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.
(3)
Ketua Pengarah boleh melantik seseorang daripada kakitangannya untuk bertindak sebagai Setiausaha Lembaga yang hendaklah menyimpan suatu rekod yang sepatutnya mengenai segala minit mesyuarat Lembaga.
(4)
Pengerusi dan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d), melainkan jika pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.
(5)
Pengerusi dan mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d) boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.
(5A)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan
Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d).
(6)
Semua anggota Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
10
Undang-Undang Malaysia
Mesyuarat Lembaga