Malaysia legislation
Section 11A
of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972
Seksyen 11A
Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah
(2)
Ketua Pengarah hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Pihak Berkuasa yang sewajarnya;
(b)
penyediaan—
(i)
segala program, Skim, projek dan aktiviti;
(ii)
anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program, Skim, projek dan aktiviti; dan
(iii)
anggaran pendapatan, untuk kelulusan Pihak Berkuasa;
(c)
pelaksanaan program, Skim, projek dan aktiviti Pihak Berkuasa; dan
(d)
pelaksanaan keputusan dan arahan Pihak Berkuasa.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
(5)
Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa.
(6)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Pihak Berkuasa.
(7)
Jika Ketua Pengarah tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah buat sementara adalah kosong, Pihak Berkuasa boleh mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah semasa ketidakhadiran, ketidakupayaan atau kekosongan buat sementara itu.
(8)
Bagi maksud subseksyen (7)—
(a)
jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Ketua Pengarah, Pihak Berkuasa hendaklah menamakan seorang Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan itu; dan
(b)
jika jawatan Timbalan Ketua Pengarah kosong, Pihak Berkuasa boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Pihak Berkuasa untuk melaksanakan kewajipan itu.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
11AA. (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Pihak Berkuasa boleh—
(a)
dengan keizinan Menteri, melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah; dan
(b)
melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
(2)
Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa jika dia mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, apaapa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Pihak Berkuasa.
(3)
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
(4)
Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah disiarkan dalam Warta.
Kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat
11AB. Pihak Berkuasa boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Pewakilan kewajipan Ketua Pengarah
11AC. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa atau kewajipan Ketua Pengarah di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai Pihak Berkuasa, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(2)
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Pengarah sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian.
Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
11AD. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.