PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
/akn/my/act/act/1972/85
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972 is Malaysia Act, cited as Act 85 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"Akta ini" termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota” ertinya anggota Pihak Berkuasa dan termasuklah anggota silih ganti;
“ditetapkan”ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
"estet" ertinya mana-mana tanah yang jumlah keluasannya tidak kurang daripada 40 hektar yang dimasukkan dalam suatu Skim yang ditetapkan di bawah Bahagian VI dan yang berhubungan dengannya pemunya tanah itu berterusan menyertai Skim itu sepanjang tempohnya;
“getah”ertinya segala getah asli dalam bentuk cecair, pepejal atau adunan yang didapati daripada tumbuhan getah dan termasuklah segala elastomer yang didapati daripada getah asli;
“keluaran getah” ertinya apa-apa keluaran yang diperoleh secara langsung daripada tumbuhan getah, atau secara keseluruhannya atau sebahagiannya dibuat atau didapati daripada keluaran itu dan termasuklah lateks, bahan penanaman getah, kayu getah dan segala hasil pervulkanan dalam bentuk siap atau separa siap yang didapati secara keseluruhannya atau sebahagiannya daripada getah;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah seksyen 11;
"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Pihak Berkuasa;
"pegawai diberi kuasa" ertinya—
mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, termasuk Inspektor yang sedang dalam tempoh percubaan; atau
seseorang Pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235];
"pekebun kecil" ertinya—
pemunya atau penduduk sah mana-mana tanah yang jumlah keluasannya kurang daripada 40 hektar, wakil sah pemunya atau wakil sah penduduk sah itu; atau
seseorang yang diisytiharkan secara bertulis oleh Menteri sebagai pekebun kecil di bawah seksyen 26;
"pemunya tanah" ertinya tuan punya berdaftar suatu tanah mengikut pengertian Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] dan termasuklah wakil diri pemunya yang telah mati;
"Pengerusi" ertinya Pengerusi Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah seksyen 4;
"perusahaan getah" termasuklah penanaman tumbuhan getah, pengeluaran getah dan kayu hevea, pemprosesan dan penggunaan getah, pengilangan keluaran getah, dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya;
"Pihak Berkuasa" ertinya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"ses" ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 16;
"Skim" ertinya suatu skim yang ditetapkan di bawah seksyen 27;
"tumbuhan getah" ertinya spesies tumbuhan daripada genera Hevea Brasiliensis (getah para), Manihot Glaziovii (getah ceara), Castilloa Elastica, Ficus Elastica (rambung) atau apa-apa genus atau spesies tumbuhan lain yang menghasilkan lateks dan termasuklah—
tumbuhan yang terhasil daripada mengahwinkan spesies, kacukan atau klon itu dengan mana-mana spesies, kacukan atau klon tumbuhan yang lain; dan
versi spesies, kacukan atau klon ini yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik.
Bahagian II
Pihak Berkuasa dan objektifnya
Pihak Berkuasa itu hendaklah suatu pertubuhan perbadanan dan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
Objektif Pihak Berkuasa adalah—
untuk menggalakkan penanaman semula dan penanaman baru tumbuhan getah dalam sektor pekebun kecil;
untuk membangunkan dan menggalakkan industri getah di kalangan sektor pekebun kecil;
untuk mengawal selia industri getah dalam sektor pekebun kecil kecuali penyelidikan ke atas getah; dan
untuk membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran teratur sektor pekebun kecil.
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
Fungsi Pihak Berkuasa
Fungsi Pihak Berkuasa adalah—
untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju perusahaan getah dalam sektor pekebun kecil;
untuk merancang, menyelaraskan, melaksanakan dan mengawasi semua Skim yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI;
untuk merancang, menyelaraskan, melaksanakan dan mengawasi segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil;
untuk menggalakkan, mengawal dan mengawasi langkah langkah bagi mendapatkan getah yang berkualiti tinggi;
untuk memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan kepada sektor pekebun kecil;
untuk menyediakan dan membekalkan bahan tanaman berhasil tinggi, input pertanian dan bahan atau input lain yang perlu bagi menjalankan penanaman semula dan penanaman baru dalam sektor pekebun kecil;
untuk menggalakkan pemasaran dan pengendalian getah yangcekap dalam sektor pekebun kecil perusahaan getah;
untuk melibatkan diri dalam perdagangan getah dalam sektor pekebun kecil perusahaan getah;
untuk merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti pembangunan huluan atau hiliran berkenaan dengan industri getah dan aktiviti yang berkaitan dengannya bagi pekebun kecil;
untuk merancang dan melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi faedah pekebun kecil;
untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan perangkaan atau maklumat yang perlu dan menyenggarakan rekod semua perkara yang berhubungan dengan sektor pekebun kecil;
untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri yang berkaitan dan badan-badan lain termasuk menjadi anggota persatuan di dalam dan di luar Malaysia demi kepentingan sektor pekebun kecil perusahaan getah;
untuk bekerjasama dan berhubung dengan agensi kebangsaan lain yang bertanggungjawab bagi penyelidikan, pengembangan penyelidikan dan pengetahuan, pemberian kredit pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah;
untuk merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang dapat meningkatkan lagi kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
untuk memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan untuk memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil; dan
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Kuasa Pihak Berkuasa
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih atau harta tak alih;
memindahkan, menyerahakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa;
mengusahakan dan menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penanaman semula dan penanaman baru tumbuhan getah, pengeluaran, penorehan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran getah dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya dalam sektor pekebun kecil perusahaan getah;
menjalankan penanaman semula dan penanaman baru dalam sektor pekebun kecil dengan bahan tanaman berhasil tinggi yang moden dengan cara yang menyeluruh dan sistematik;
membayar semula ses bagi maksud penanaman semula tumbuhan getah atau penanaman tanaman lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa;
menyediakan bantuan kewangan atau bantuan lain kepada pekebun kecil dan aktiviti mereka yang berkaitan;
mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan, atau perkhidmatan teknikal, nasihat dan perundingan atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Pihak Berkuasa;
membuat apa-apa perundingan dan perjanjian atau perkiraan sebagaimana yang difikirkannya patut bagi menunaikan fungsinya;
memberi perakuan kecekapan berkenaan dengan program latihan dan program yang diakreditasi;
mengusahakan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang disifatkannya perlu bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan sektor pekebun kecil;
melaksanakan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial yang penjalanannya didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
mengawal selia sektor pekebun kecil perusahaan getah, kecuali penyelidikan ke atas getah, termasuk pelaksanaan dan penguatkuasaan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan
mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa yang berhubungan dengan pembaikan dan pembangunan sektor pekebun kecil.
Pihak Berkuasa boleh, dalam menunaikan mana-mana fungsinya, dalam hal yang bersesuaian menjalankan aktiviti komersial bagi mendapat laba atau untung melalui syarikat yang ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan syarikat itu hanya boleh ditubuhkan setelah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau menetapkan terma dan syarat apa-apa aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa berhubung dengan mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) atau dengan mana-mana syarikat, perusahaan atau pengusahaan lain.
Apa-apa peninggalan atau keabaian untuk mematuhi, dan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau cuba untuk dilakukan yang berlawanan dengan, peruntukan peraturan-peraturan itu ialah suatu kesalahan di bawah Akta ini dan pesalah itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Keanggotaan Pihak Berkuasa
Pihak Berkuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandard dan Wilayah, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian itu;
seorang wakil Perbendaharaan, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan;
seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang dinamakan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi;
seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian itu;
seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian itu;
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau wakilnya;
tujuh orang wakil sektor pekebun kecil, seorang daripadanya hendaklah dari Sabah dan seorang dari Sarawak;
tiga orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pembangunan sektor pekebun kecil; dan
Seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik oleh Menteri hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Anggota silih ganti
Anggota silih ganti yang hendak dilantik berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(b) hingga 4(j) hendaklah anggota silih ganti yang dinamakan oleh orang yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan itu.
Apabila menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Pihak Berkuasa.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia ialah anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Pihak Berkuasa.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen (1) tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa, anggota yang dilantik di bawah perenggan $ 4 ( b ) $ atau anggota silih gantinya, mengikut manamana yang berkenaan, hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.
Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau anggota yang disebut dalam subseksyen (2), mengikut manamana yang berkenaan, hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.
Jika pada mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa Pengerusi mahupun orang yang menjalankan fungsi Pengerusi kedua-duanya tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Pembatalan dan peletakan jawatan
Seseorang anggota yang dilantik oleh Menteri boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
Jika mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut seksyen 4.
Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa
mana-mana pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Pihak Berkuasa sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan peruntukan lain Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mewakilkan kepada Ketua Pengarah—
kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa di bawah seksyen $ 1 1 ^{A B} $ ; dan
kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Pihak Berkuasa sehingga apa-apa had yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh menubuhkan jawatankuasa
Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di manamana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3).
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apaapa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidaklah berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Pihak Berkuasa.
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Pihak Berkuasa.
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh memberikan arahan yang selaras dengan Akta ini kepada Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa hendaklah melaksanakan kesemua arahan yang diberikan di bawah seksyen ini dengan seberapa segera yang mungkin.
(Dipotong oleh Akta A1363).
Bahagian III
Pelantikan Ketua Pengarah
Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah Pihak Berkuasa atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi—
segala program, Skim, projek dan aktiviti;
anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program, Skim, projek dan aktiviti; dan
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Pihak Berkuasa.
Jika Ketua Pengarah tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah buat sementara adalah kosong, Pihak Berkuasa boleh mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah semasa ketidakhadiran, ketidakupayaan atau kekosongan buat sementara itu.
Bagi maksud subseksyen (7)—
jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Ketua Pengarah, Pihak Berkuasa hendaklah menamakan seorang Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan itu; dan
jika jawatan Timbalan Ketua Pengarah kosong, Pihak Berkuasa boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Pihak Berkuasa untuk melaksanakan kewajipan itu.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
11AA. (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Pihak Berkuasa boleh—
dengan keizinan Menteri, melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah; dan
melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa jika dia mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, apaapa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah disiarkan dalam Warta.
Kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat
11AB. Pihak Berkuasa boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Pewakilan kewajipan Ketua Pengarah
11AC. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa atau kewajipan Ketua Pengarah di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai Pihak Berkuasa, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Pengarah sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian.
Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
11AD. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
(Dipotong oleh Akta A1363).
Bahagian IV
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pihak Berkuasa.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan bagi maksud Akta ini oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri;
wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, Skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh atau yang terletak hak pada Pihak Berkuasa;
jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan atau nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
wang yang dipungut oleh Pihak Berkuasa di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan dalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang;
wang yang diagihkan sebagai dividen daripada syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia; dan
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Pihak Berkuasa, termasuk—
saraan pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen dan ganjaran;
kos yang ditanggung dalam membuat peruntukan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa; dan
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini untuk menjalankan atau untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan suatu Skim;
membayar balik ses bagi maksud penanaman semula tumbuhan getah atau tanaman lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa;
memberikan pinjaman atau menyediakan pemberian kepada pekebun kecil bagi maksud memajukan kebun mereka;
membayar elaun perjalanan dan elaun-elaun lain kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
memberikan pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa bagi pembelian atau pembinaan rumah kediaman, pembelian kenderaan, komputer atau barang lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
latihan untuk pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, dan pekebun kecil atau keluarga pekebun kecil;
sumbangan kepada kumpulan wang sukan dan rekreasi bagi pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
memberikan pinjaman atau biasiswa untuk pengajian tinggi bagi pegawai dan pekhidmat yang sedang berkhidmat dan juga bakal pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
memberikan pinjaman atau biasiswa untuk pengajian anak-anak pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa dan pekebun kecil;
menyumbang kepada badan, organisasi atau persatuan yang ditubuhkan bagi faedah pekebun kecil;
memberikan pinjaman atau pemberian kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud pembangunan sumber manusia dalam industri getah;
memberikan pinjaman atau menyediakan modal bagi syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
tertakluk kepada kelulusan Menteri, memberikan sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada dalam atau luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan penanaman semula tumbuhan getah;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; dan
secara amnya, membayar apa-apa belanja untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Menjadi kewajipan Pihak Berkuasa untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara untuk memastikan bahawa jumlah hasil Pihak Berkuasa mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal dari setahun ke setahun.
Ses atas getah
Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya dalam manamana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), ses yang dikenakan melalui perintah itu hendaklah, bagi maksud pungutan dan bagi penguatkuasaan pungutan, disifatkan sebagai suatu duti kastam di bawah Akta Kastam 1967.
Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara pungutan yang berlainan bagi jenis atau gred getah yang berlainan berhubungan dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.
Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana Mahkamah atas guaman Pihak Berkuasa.
Pemulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya dia bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dikehendaki dibuat oleh Akta ini.
Tanpa menjejaskan subseksyen (5), mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh memerintahkan supaya orang itu membayar kepada Pihak Berkuasa jumlah amaun ses yang diperakui oleh pegawai kewangan Pihak Berkuasa sebagai kena dibayar oleh orang itu pada tarikh sabitan.
Ses yang kena dibayar di bawah subseksyen (7) hendaklah, bagi maksud pungutan, disifatkan sebagai suatu denda dan hendaklah didapatkan mengikut seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Menteri boleh mengubah atau membatalkan suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum 1 Jun setiap tahun, Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Menteri hendaklah, sebelum 1 Disember tahun itu, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Pihak Berkuasa sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Pihak Berkuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] terpakai bagi Pihak Berkuasa, syarikat dan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
Bahagian V
Kuasa untuk meminjam
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa untuk memenuhi mana-mana obligasinya atau untuk menunaikan mana-mana kewajipannya.
Pelaburan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, memperoleh dan membangunkan tanah dan harta bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa perundingan, perkiraan atau perjanjian sebagaimana yang perlu untuk menghasilkan pendapatan yang dikehendaki bagi pengendalian Pihak Berkuasa.
Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb.
Pihak Berkuasa boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Kuasa untuk memberikan pinjaman
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, memberikan pinjaman pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan.
Kuasa bagi menubuhkan perbadanan
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiaptiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (1).
Bahagian VI
Tafsiran
Dalam Bahagian ini, "semakan kehakiman" termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara—
permohonan bagi apa-apa perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;
apa-apa guaman atau tindakan lain yang berhubungan dengan atau yang berbangkit daripada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan yang dibuat menurut apa-apa kuasa yang diberikan kepada Menteri di bawah Bahagian ini.
Kuasa Menteri untuk mengisytiharkan pekebun kecil atau estet
Menteri boleh, dalam suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa syarat, batasan atau sekatan.
Suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa dipinda atau dibatalkan oleh Menteri.
Skim untuk pekebun kecil atau estet
Suatu Skim yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) bolehlah termasuk peruntukan bagi bantuan, promosi atau galakan penanaman semula, penanaman baru tumbuhan getah atau, jika pada pendapat Pihak Berkuasa demi kepentingan perusahaan getah wajar peruntukan sedemikian dibuat, penanaman tanaman lain yang hendaklah dinyatakan dalam Skim.
Kuasa Menteri untuk mengarahkan pemberhentian bantuan atau mendapatkan balik nilai bantuan
Menteri boleh, mengikut seksyen 29 atau 30, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengarahkan Pihak Berkuasa untuk memberhentikan pemberian apa-apa bantuan, atau mendapatkan balik apa-apa jumlah wang yang merupakan nilai atau sebahagian daripada nilai apa-apa bantuan yang diberikan, di bawah peruntukan Akta ini, yang merupakan bantuan yang boleh diterima atau telah diterima, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana Skim.
Arahan untuk memberhentikan pemberian bantuan
Peruntukan subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi suatu Skim walaupun Skim itu telah tamat tempoh.
Tiada semakan kehakiman boleh dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap apa-apa arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini.
Arahan untuk mendapatkan balik bayaran
Peruntukan subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi suatu Skim walaupun Skim itu telah tamat tempoh.
Orang yang dinyatakan oleh Menteri dalam arahannya di bawah subseksyen (1) boleh terdiri daripada—
Amaun wang yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa daripada orang yang dinyatakan dalam arahan itu dan Pihak Berkuasa berhak memulakan apa-apa tindakan atau prosiding yang perlu untuk mendapatkan balik amaun wang itu.
Tiada semakan kehakiman boleh dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap apa-apa arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini.
Menteri boleh meminda arahan
Jika Menteri membatalkan suatu arahan di bawah seksyen 29 atau 30, ia tidaklah menjejaskan kuasa Menteri untuk mengeluarkan apa-apa arahan lain berkenaan dengan perkara yang sama.
Pemakaian seksyen 29 hingga 31 bagi syarikat atau perbadanan
Jika sesuatu syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen $ 3 \mathrm{B} (2) $ atau sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 24(1) bertanggungjawab menguruskan sesuatu Skim, seksyen 29 hingga 31 hendaklah terpakai bagi syarikat atau perbadanan itu seolah-olah syarikat atau perbadanan itu ialah Pihak Berkuasa.
Bahagian VII
Ketua Pengarah boleh secara bertulis memberi kuasa kepada—
dengan persetujuan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 46 Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 [Akta 551], untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Kuasa penyiasatan
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini.
Kad kuasa
Apabila pegawai itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu dan jika perlu dengan kekerasan.
Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk—
menggeledah premis itu untuk, dan menyita atau mengalihkan dari premis itu apa-apa getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai akan memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;
mengambil sampel apa-apa getah yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu, atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atau halangan lain ke premis itu untuk masuk ke dalam premis itu;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk mengalihkan apa-apa getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu di dalam premis itu atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Seseorang yang, tanpa kuasa sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau mengalihkan getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak itu atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk memasuki premis
Walau apa pun seksyen 36, seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—
memeriksa apa-apa getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apaapa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa atau kepada Pihak Berkuasa; atau
Tanpa menjejaskan subseksyen 36(2), apa-apa getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya disyaki oleh seorang pegawai diberi kuasa telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh pegawai diberi kuasa itu.
Senarai benda disita
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada penghuni tempat atau premis di mana getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai.
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak dihuni, pegawai diberi kuasa itu hendaklah apabila mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu dengan cara yang mudah dilihat di tempat atau premis itu.
Jika apa-apa getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan penyitaan itu kepada pemunya getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.
Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuan pemunya.
Penjualan dan pelupusan getah yang disita
Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa getah yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—
penjagaan getah itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
getah itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam; atau
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan getah itu.
Pelucuthakan getah, dsb., yang disita
Suatu perintah bagi pelucuthakan getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain itu, melainkan jika sebelum tamat tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam miliknya getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusannya.
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Majistret hendaklah memerintahkan supaya getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
Mana-mana getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.
Pihak Berkuasa tidak bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekalipun berlaku, dalam mutu getah yang disita di bawah Akta ini.
Hak harta mengenai getah, dsb., yang dilucuthakkan
Apa-apa getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak di bawah Akta ini hendaklah menjadi harta Pihak Berkuasa.
Pelepasan getah, dsb., yang disita
Walau apa pun seksyen 41, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita.
Kos memegang getah, dsb., yang disita
Jika apa-apa getah, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Pihak Berkuasa atau Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa atau Kerajaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Kuasa Pihak Berkuasa untuk menghendaki maklumat
Pihak Berkuasa boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen lain atau segala maklumat lain yang berhubungan dengan estet dan kebun kecil getah, dan pengeluaran, penyimpanan, penjualan dan pengeksportan getah, yang pada pendapat Pihak Berkuasa adalah perlu untuk menunaikan kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini.
Kuasa tambahan
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini dan meneliti, memeriksa, memuat turun dan membuat salinan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen itu;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini; atau
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Seseorang yang gagal mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VIII
Kewajipan menyimpan rahsia
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh—
pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Pengkompaunan kesalahan
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan apa-apa getah atau hasil jualan getah itu, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut dikenakan mengikut syarat kompaun oleh Ketua Pengarah.
Walaupun kompaun dibayar di bawah subseksyen (1) bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 16, tiada seorang pun boleh dilepaskan daripada tanggungan bagi pembayaran apa-apa ses yang dia adalah atau mungkin bertanggungan di bawah Akta ini.
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa; atau
mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi Pihak Berkuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pihak Berkuasa atau terhadap manamana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian.
Pekhidmat awam
Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa untuk mengecualikan
Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi patut diberikan.
Pindaan Jadual
Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa, meminda Jadual Pertama dan Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi maksud menjalankan, atau tatacara yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Bahagian VI;
untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti untuk mentadbir Kumpulan Wang;
untuk menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;
untuk menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;
untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti Pihak Berkuasa dan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 3(4)]
Mesyuarat
1. (1) Pihak Berkuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiaptiap tiga bulan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.
Sekurang-kurangnya empat belas hari notis bertulis hendaklah diberikan kepada anggota.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa.
Kuorum Pihak Berkuasa ialah tujuh orang.
Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa yang hadir berhak kepada satu undi.
Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Pihak Berkuasa terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Elaun
2. Anggota Pihak Berkuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri.
Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
3. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Pihak Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Meterai perbadanan
4. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.
Suatu cap yang mengandungi perkataan "Rubber Industry Smallholders Development Authority" atau "Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah" hendaklah digunakan dan disifatkan sebagai meterai perbadanan Pihak Berkuasa.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan ini, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Pihak Berkuasa mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Pihak Berkuasa oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Pihak Berkuasa hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Penzahiran kepentingan
5. Seseorang anggota Pihak Berkuasa yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau perusahaan yang dengannya Pihak Berkuasa bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Pihak Berkuasa hendaklah menzahirkan hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu kepada Pihak Berkuasa, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Pihak Berkuasa dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Pihak Berkuasa yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Minit
6. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Pihak Berkuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa berkenaan dengan prosiding yang minit mengenainya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan perbuatan dan prosiding
7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada kecacatan dalam penubuhan, Pihak Berkuasa;
ada pelanggaran peruntukan perenggan 5 oleh mana-mana anggota Pihak Berkuasa; atau
ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Tatacara
8. Tertakluk kepada Akta ini, Pihak Berkuasa hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.
Anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak Berkuasa
9. Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak Berkuasa sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Pelantikan hendaklah disiarkan
10. Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Pihak Berkuasa hendaklah disiarkan dalam Warta.
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 24(2)]
Kuasa Pihak Berkuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan
1. Pihak Berkuasa hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 24, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan itu; dan
hubungan antara perbadanan itu dengan Pihak Berkuasa dan hak pengawalan Pihak Berkuasa ke atas perbadanan itu.
Batasan kuasa untuk menubuhkan perbadanan
2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupya daripada maksud atau tujuan yang baginya Pihak Berkuasa telah ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Pihak Berkuasa di bawah Akta ini.
Kuat kuasa peraturan-peraturan
3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 57, apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah dibuat dalam Akta ini.
Pindaan peraturan-peraturan
4. Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan.
Daftar perbadanan
5. Pihak Berkuasa hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 24 dan daftar itu, berserta dengan salinan semua peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, adalah terbuka untuk pemeriksaan awam di mana-mana tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.
Penggulungan
6. (1) Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa setelah segala liabilitinya ditunaikan.
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 24 ialah suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Pihak Berkuasa dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, Skim atau perusahaan yang baginya ia telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak, dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan dalam atau dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dalam setiap hal.
Meterai perbadanan
8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh perbadanan dengan kelulusan Pihak Berkuasa dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Pihak Berkuasa.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan perbadanan itu.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan, dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang bermaksud sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan ini, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan oleh perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meterai perbadanan tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Akta 85
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A292 Akta Badan Berkanun Getah 01-01-1973 1975
Akta A349 Akta Badan Berkanun Getah 1976 01-01-1973 kecuali perenggan 1, 2 dan 3 mengenai pindaan kepada ss. 4(1); 01-06-1976
Akta A448 Akta Pihak Berkuasa 16-02-1979
Kemajuan Pekebun Kecil kecuali
Perusahaan Getah (Pindaan) perenggan 2(1)(a);
1979 28-07-1978
Akta A965 Akta Pihak Berkuasa 27-09-1996 Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 1996
P.U. (A) 206/2004 Perintah Menteri-Menteri 27-03-2004 Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2004
Akta A1363 Akta Pihak Berkuasa 15-03-2016
Kemajuan Pekebun Kecil kecuali
Perusahaan Getah (Pindaan) perenggan 4(b);
2010 01-11-1990
Akta 85
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
SeksyenKuasa memindaBerkuat kuasa dariBAHAGIAN IAkta A136315-03-20162Akta A44828-07-1978Akta A96527-09-1996Akta A136315-03-2016BAHAGIAN IIAkta A136315-03-20163Akta A136315-03-20163AAkta A136315-03-20163BAkta A136315-03-20164Akta A29201-01-1973Akta A34901-06-1976Akta A44816-02-197915-03-2016(kecualiperenggan4(b),01-11-1990)4A-4GAkta A136315-03-20166Akta A34901-01-1973Akta A136315-03-20167Akta A136315-03-20168Akta A136315-03-20169Akta A136315-03-2016
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
SeksyenKuasa memindaBerkuat kuasa dari10Akta A136315-03-2016BAHAGIAN IIIAkta A136315-03-201611Akta A44816-02-1979Akta A136315-03-201611AAkta A136315-03-201611AA-11ADAkta A136315-03-201612Akta A136315-03-2016BAHAGIAN IVAkta A136315-03-201613Akta A136315-03-201614Akta A136315-03-201615Akta A136315-03-201616Akta A136315-03-201617Akta A136315-03-201618Akta A136315-03-201619Akta A136315-03-2016BAHAGIAN VAkta A136315-03-201620Akta A136315-03-201621Akta A136315-03-201622Akta A136315-03-201623Akta A136315-03-201624Akta A136315-03-2016BAHAGIAN VIAkta A136315-03-201625Akta A136315-03-201626Akta A136315-03-201627Akta A136315-03-201628Akta A136315-03-201629Akta A136315-03-201630Akta A136315-03-201631Akta A136315-03-201632Akta A136315-03-2016BAHAGIAN VIIAkta A136315-03-2016
SeksyenKuasa memindaBerkuat kuasa dari33Akta A136315-03-201634Akta A136315-03-201635Akta A136315-03-201636Akta A136315-03-201637Akta A136315-03-201638Akta A136315-03-201639Akta A136315-03-201640Akta A136315-03-201641Akta A136315-03-201642Akta A136315-03-201643Akta A136315-03-201644Akta A136315-03-201645Akta A136315-03-201646Akta A136315-03-201647Akta A136315-03-2016BAHAGIAN VIIIAkta A136315-03-201648Akta A136315-03-201649Akta A136315-03-201650Akta A136315-03-201651Akta A136315-03-201652Akta A136315-03-201653Akta A136315-03-201654Akta A136315-03-201655Akta A136315-03-201656Akta A136315-03-201657Akta A136315-03-2016JADUAL PERTAMAAkta A136315-03-2016JADUAL KEDUAAkta A136315-03-2016