Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
melindungi orang lain itu; atau
(b)
membenarkan orang lain itu bertemu atau berhimpun di mana-mana premis yang didudukinya atau yang ada di bawah kawalannya, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.
(2)
Jika seseorang—
(a)
yang telah melindungi atau telah membenarkan pertemuan atau perhimpunan seperti dinyatakan dalam subseksyen
(1)
; dan
(b)
yang ada maklumat di bawah kuasanya berhubung dengan orang itu, tidak mendedahkan, apabila diminta, maklumat itu kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
(3)
Dalam seksyen ini “melindung” termasuklah memberi seseorang tempat berlindung, makanan, minuman, wang, pakaian, senjata, peluru atau kenderaan, atau menolong seseorang dengan apa-apa cara bagi melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
Percubaan, pengapian, dsb.