/akn/my/act/act/1972/88

AKTA RAHSIA RASMI 1972

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1972
Sections
40
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA RAHSIA RASMI 1972 is Malaysia Act, cited as Act 88 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menyemak dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi. [1 Oktober 1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“angkatan tentera” termasuklah—

(a)

sesuatu angkatan tentera tetap atau sukarela Malaysia sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia;

Suggest a correction

(b)

sesuatu angkatan tentera tetap atau sukarela sesuatu negara asing atau sesuatu wilayah luar Malaysia yang ditugaskan pada atau menjalankan gerakan bersama dengan mana-mana angkatan tentera Malaysia sama ada di dalam

Malaysia atau di luar Malaysia;

Suggest a correction

(c)

sesuatu angkatan tentera pelawat mengikut pengertian mana-mana undang-undang yang pada masa itu mengawal selia angkatan tentera pelawat yang ada di Malaysia secara sah di sisi undang-undang;

“bahan” termasuklah apa-apa kelengkapan, alat atau objek;

“benda” termasuklah apa-apa jua barang atau bahan;

6

Undang-Undang Malaysia

“ejen negara asing” termasuklah mana-mana orang yang disyaki, telah disyaki atau dengan munasabahnya disyaki telah diambil kerja oleh suatu negara asing atau mana-mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bagi maksud melakukan sesuatu perbuatan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, atau yang telah atau dengan munasabahnya disyaki telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, melakukan atau cuba melakukan, sesuatu perbuatan seperti itu bagi kepentingan suatu negara asing;

“jawatan dalam perkhidmatan awam” termasuklah sesuatu jawatan atau pekerjaan dalam atau di bawah sesuatu perkhidmatan awam;

“kelengkapan perang” termasuklah kesemua atau mana-mana bahagian sesebuah kapal, kapal selam, kapal udara, kereta kebal, atau enjin yang seumpamanya, senjata dan peluru, bom, torpedo atau periuk api, yang dimaksudkan atau dipadankan untuk digunakan dalam perang, dan apa-apa barang, bahan, alatan atau alat lain, sama ada yang sebenar atau dicadangkan, yang dimaksudkan untuk digunakan sedemikian;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu

Negeri;

“kesalahan di bawah Akta ini” termasuklah sesuatu perbuatan, peninggalan atau perkara lain yang boleh dihukum di bawah Akta ini;

“negara asing” ertinya sesuatu negara merdeka dan berdaulat dan termasuklah mana-mana tanah jajahan, dominion atau negeri naungan negara itu;

“pegawai awam” ertinya seseorang yang memegang sesuatu jawatan atau pekerjaan dalam atau di bawah sesuatu perkhidmatan awam;

“pegawai polis” termasuklah seseorang yang kepadanya diberi kuasa seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor oleh Menteri di bawah seksyen 29;

Rahsia Rasmi 7

“perkakas fotografi” ertinya sesuatu perkakas untuk mengambil atau membuat gambar foto, filem, negatif, pita atau alat lain yang mengandungi satu imej atau lebih yang dapat dilihat supaya boleh

(dengan atau tanpa bantuan sesuatu kelengkapan lain) dibuat salinannya dan termasuklah mana-mana bahagian komponen perkakas itu;

“perkhidmatan awam” ertinya—

Suggest a correction

(a)

mana-mana perkhidmatan awam yang disebut dalam

Perkara 132 Perlembagaan termasuk sesuatu Kementerian, sesuatu jabatan Kerajaan, atau sesuatu Mahkamah;

Suggest a correction

(b)

sesuatu majlis bandar raya, perbandaran, majlis bandaran atau pihak berkuasa tempatan;

Suggest a correction

(c)

sesuatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya menurut undang-undang persekutuan atau Negeri;

Suggest a correction

(d)

mana-mana orang, tribunal, badan, institusi atau pihak berkuasa yang diisytiharkan oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai suatu perkhidmatan awam bagi maksud takrif ini; dan

Suggest a correction

(e)

sekiranya berlaku peperangan, sesuatu jabatan kerajaan bagi sesuatu negeri sekutu Malaysia;

“pihak berkuasa yang berwibawa” ertinya pihak berkuasa yang berwibawa yang dilantik oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta berkenaan dengan mana-mana satu tempat larangan atau lebih atau mana-mana kelas tempat larangan;

“rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam

Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan yang berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia

Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua

Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B;

“rasmi” adalah berhubungan dengan perkhidmatan awam;

8

Undang-Undang Malaysia

“suratan” termasuklah, selain sesuatu suratan bertulis dan sebahagian sesuatu suratan—

Suggest a correction

(c)

sesuatu cakera, pita, runut bunyi atau alat lain yang mengandungi suara atau data lain (yang bukan imej yang boleh dilihat) supaya boleh (dengan atau tanpa bantuan sesuatu kelengkapan lain) dibuat salinannya; dan

Suggest a correction

(d)

sesuatu filem, negatif, pita atau alat lain yang mengandungi satu imej atau lebih yang boleh dilihat supaya boleh

(seperti yang tersebut di atas) dibuat salinannya;

“tempat larangan” ertinya—

Suggest a correction

(a)

sesuatu kerja pertahanan, gudang senjata, tempat tentera laut, tempat tentera darat atau tempat tentera udara, berek, kem atau stesen, kilang, limbungan, padang kapal terbang, lombong, kawasan lombong, kapal atau kapal udara yang dipunyai atau diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan atau sesuatu stesen atau pejabat telegraf, telefon, wayarles atau semboyan yang dipunyai atau diduduki sedemikian, dan sesuatu tempat yang dipunyai atau diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan dan digunakan bagi maksud mendirikan, membaiki, membuat, mencuba, menguji atau menyimpan apa-apa kelengkapan perang, atau apa-apa gambar foto, lukisan, pelan, model atau suratan yang berhubungan dengannya, atau bagi maksud mendapatkan atau menyimpan apa-apa logam, minyak, spirit pengangkutan kejenteraan atau spirit penerbangan atau galian yang berguna dalam masa perang;

Suggest a correction

(b)

sesuatu tempat yang tidak dipunyai oleh Kerajaan yang mana kelengkapan perang, minyak, spirit pengangkutan kejenteraan, spirit penerbangan, bahan api atau bekalan atau apa-apa suratan yang berhubungan dengannya, sedang dibuat, diperbaiki, didapatkan atau disimpan menurut kontrak dengan Kerajaan atau dengan seseorang bagi pihak

Kerajaan, atau menurut apa-apa cara lain bagi pihak

Kerajaan;

Suggest a correction

(c)

sesuatu kem, berek atau tempat di mana orang tawanan perang, anggota angkatan tentera, orang asing tawanan atau orang tahanan ditahan;

Rahsia Rasmi 9

Suggest a correction

(d)

sesuatu tempat yang pada masa itu diisytiharkan oleh

Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai tempat larangan bagi maksud Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan berkenaan dengan—

(a)

menyampaikan, menerima, mendapatkan, menyimpan, mengumpul, merakamkan atau menyiarkan termasuklah apa-apa jua perbuatan menyampaikan, menerima, mendapatkan, menyimpan, mengumpul, merakamkan atau menyiarkan sama ada kesemuanya atau sebahagiannya dan sama ada benda, suratan atau maklumat itu sendiri atau isi, natijah atau perihalnya sahaja disampaikan, diterima, didapatkan, disimpan, dikumpul, dirakamkan atau disiarkan;

Suggest a correction

(b)

mendapatkan atau menyimpan sesuatu benda atau suratan termasuklah menyalin atau menyebabkan disalin kesemua atau sesuatu bahagian daripada sesuatu benda atau suratan itu; dan

Suggest a correction

(c)

penyampaian sesuatu benda atau suratan termasuklah pemindahan atau penghantaran, atau penyiaran, kesemua atau mana-mana bahagian sesuatu benda atau suratan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai sesuatu tempat kepunyaan

Kerajaan termasuklah sesuatu tempat yang dipunyai atau diduduki oleh mana-mana jabatan Kerajaan, sama ada tempat itu sebenarnya atau tidak sebenarnya terletak hak pada Kerajaan.

Menambah, memotong atau meminda Jadual

Suggest a correction

Seksyen 2A

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, memotong atau meminda mana-mana peruntukan Jadual kepada Akta ini.

Pelantikan pegawai awam untuk mengelaskan suratan rasmi, dsb.

Seksyen 2B

Seseorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu

Open as pageSuggest a correction

Negeri boleh melantik mana-mana pegawai awam melalui suatu perakuan di bawah tandatangannya untuk mengelaskan apa-apa

10

Undang-Undang Malaysia suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”,

“Sulit” atau “Terhad” mengikut mana-mana yang berkenaan.

Seksyen 2C

Pengelasan semula rahsia rasmi oleh Menteri atau pegawai awam

Open as pageSuggest a correction

Seseorang Menteri atau pegawai awam yang dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab tentang mana-mana Kementerian, jabatan atau mana-mana perkhidmatan awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau ketua pegawai yang menjaga hal ehwal pentadbiran sesuatu Negeri boleh, pada bila-bila masa, mengelaskan semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual atau apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagaimana yang telah dikelaskan dan selepas pengelasan semula itu, suratan, maklumat atau bahan tersebut hendaklah terhenti menjadi rahsia rasmi.

Seksyen 3

Penalti bagi mengintip

Open as pageSuggest a correction

Jika, bagi apa-apa maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, seseorang—

(a)

menghampiri, memeriksa, merentasi atau berada di sekitar atau memasuki sesuatu tempat larangan;

Suggest a correction

(b)

membuat sesuatu suratan yang dikira menjadi atau yang mungkin atau yang dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing;

Suggest a correction

(c)

mendapatkan, mengumpul, merakamkan, menyiarkan atau menyampaikan kepada seseorang lain sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia, atau apa-apa benda, suratan atau maklumat yang dikira menjadi atau yang mungkin atau yang dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing, orang itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup.

Larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu tempat larangan

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

(a)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

mengambil atau membuat, di luar sesuatu tempat larangan, sesuatu gambar foto atau lukisan yang mengandungi tempat itu atau sesebahagian daripadanya, melainkan jika dibuktikan bahawa gambar foto atau lukisan itu dimaksudkan untuk memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia atau menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing.

(b)

Perenggan (a) tidak terpakai bagi pengambilan atau pembuatan sesuatu gambar foto atau lukisan dari sesuatu kapal udara.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

(a)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur jika pengambilan atau pembuatan itu dilakukan dengan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berwibawa.

(b)

Pada memberikan kebenaran bertulis itu, pihak berkuasa yang berwibawa itu boleh mengenakan sebagai suatu syarat bahawa apa-apa jua yang diambil atau dibuat sedemikian mestilah disampaikan dengan segera kepada pihak berkuasa yang berwibawa itu untuk diperiksa. Pihak berkuasa yang berwibawa itu, jika berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa yang diambil atau dibuat sedemikian mengandungi perkara atau maklumat yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan

Malaysia dan berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing, boleh memerintahkan supaya suratan itu dirampas atau mana-mana bahagian daripadanya dihapuskan, dipadamkan atau dikeluarkan.

Penalti kerana membuat atau menolong membuat akuan atau pernyataan palsu bagi mendapatkan permit 5.

Jika seseorang membuat atau menolong membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang palsu tentang apa-apa perkara material bagi maksud hendak mendapatkan kebenaran di bawah perenggan 4(3)(a)

daripada sesuatu pihak berkuasa yang berwibawa, dia adalah

12

Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.

Kuasa khas mahkamah untuk mengarahkan penggeledahan dan penyitaan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu suratan yang dikehendaki disita di bawah suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah disita sedemikian atau dikemukakan dengan sukarela oleh orang yang memilikinya, suratan itu hendaklah dihantar oleh mahkamah itu kepada pihak berkuasa yang berwibawa dan jika pihak berkuasa yang berwibawa itu berpendapat bahawa suratan itu mengandungi perkara atau maklumat yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia dan berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu kuasa asing atau kepada seseorang musuh, pihak berkuasa yang berwibawa itu boleh memerintahkan supaya suratan itu dilucuthakkan, atau apa-apa bahagian daripadanya dihapuskan, dipadamkan atau dikeluarkan.

Larangan membawa perkakas fotografi

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan adanya sesuatu maksud yang sah hendaklah terletak pada yang tertuduh.

Rahsia Rasmi 13

Suggest a correction

(3)

Sesuatu perkakas fotografi hendaklah dianggap dibawa dengan kuasa yang sah jika dibawa berhubung dengan penjalanan kewajipannya oleh seseorang pegawai polis atau anggota angkatan tentera yang bertugas menjalankan kewajipan pengawal, peronda keselamatan atau kewajipan lain yang seumpamanya.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa perkakas fotografi yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan boleh disita oleh seseorang pegawai polis atau oleh pihak berkuasa yang berwibawa atau oleh seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh pihak berkuasa yang berwibawa itu dan apa-apa gambar foto, plat, negatif filem atau pita atau alat-alat lain dalam atau untuk perkakas itu boleh juga disita dan boleh dikenakan apa-apa proses penyempurnaan sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai polis atau pihak berkuasa yang berwibawa itu sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal yang tertentu.

Kewajipan melaporkan permintaan bagi maklumat, dll.

Suggest a correction

Seksyen 7A

Open as pageSuggest a correction

(a)

berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau yang berhubungan dengan apa-apa jua di sesuatu tempat itu;

Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan kelengkapan perang dan perkakas, kelengkapan dan jentera lain yang digunakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia;

Suggest a correction

(c)

telah dibuat atau didapati bersalahan dengan Akta ini;

Suggest a correction

(d)

telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang pegawai awam; atau

Suggest a correction

(e)

telah dibuat atau didapatinya, atau yang dia mempunyai akses kepadanya, disebabkan oleh kedudukannya sebagai seorang yang memegang atau telah memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, atau sebagai seorang yang memegang atau telah memegang suatu kontrak yang dibuat

14

Undang-Undang Malaysia bagi pihak Kerajaan, atau sebagai seorang yang bekerja atau telah diambil kerja oleh atau dengan seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan atau kontrak sedemikian, selain dalam penjalanan tugasnya, hendaklah dengan serta-merta melaporkan perhubungan itu kepada pegawai polis yang berpangkat

Inspektor atau yang lebih tinggi, dan jika dia ialah seorang pegawai awam adalah mencukupi baginya membuat laporan secara bertulis kepada ketua jabatan pegawai awam itu.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.

Meletakkan diri dalam kepercayaan ejen negara asing

Suggest a correction

Seksyen 7B

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan supaya dirinya diletakkan atau mungkin diletakkan dalam kepercayaan mana-mana ejen negara asing melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.

Seksyen 8

Menyampaikan, dsb., rahsia rasmi dengan salah

Open as pageSuggest a correction

(a)

berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau yang berhubungan dengan apa-apa jua di sesuatu tempat itu;

Suggest a correction

(b)

berhubungan dengan kelengkapan perang dan perkakas, kelengkapan dan jentera lain yang digunakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia;

Suggest a correction

(c)

telah dibuat atau didapati bersalahan dengan Akta ini;

Suggest a correction

(d)

telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang pegawai awam; atau

Suggest a correction

(e)

telah dibuat atau didapatinya atau yang dia mempunyai akses kepadanya, disebabkan oleh kedudukannya sebagai seorang yang memegang atau telah memegang jawatan

Rahsia Rasmi 15

dalam perkhidmatan awam, atau sebagai seorang yang memegang atau telah memegang suatu kontrak yang dibuat bagi pihak Kerajaan, atau sebagai seorang yang bekerja atau telah diambil, kerja dengan atau di bawah seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan atau kontrak itu, melakukan mana-mana yang berikut—

Suggest a correction

(i)

menyampaikan secara langsung atau secara tidak langsung sesuatu maklumat atau benda itu kepada sesuatu negara asing selain negara asing yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau kepada seseorang lain selain orang yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau yang kepadanya dia berkewajipan menyampaikannya;

(ii)

menggunakan sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas untuk faedah sesuatu negara asing selain negara asing yang bagi faedahnya dia diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menggunakannya atau dengan apa-apa cara lain yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia;

Suggest a correction

(iii)

menyimpan dalam milik atau kawalannya mana-mana benda seperti yang tersebut di atas apabila dia tidak berhak menyimpannya, atau apabila berlawanan dengan kewajipannya bagi menyimpannya, atau tidak mematuhi segala arahan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang sah berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan benda itu; atau

Suggest a correction

(iv)

tidak menjaga dengan cara yang berpatutan, atau bertingkah laku sehingga membahayakan keselamatan atau kerahsiaan, sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas, orang itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika seseorang menerima sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan rasmi yang rahsia, dengan mengetahui atau ada alasan yang munasabah bagi mempercayai, pada waktu dia menerimanya itu, bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan itu disampaikan kepadanya bersalahan

16

Undang-Undang Malaysia dengan Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun, melainkan jika dia membuktikan bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan itu telah disampaikan kepadanya dengan tidak dikehendaki olehnya.

Menggunakan pakaian seragam tanpa kuasa, memalsukan laporan, pemalsuan, penyamardirian dan suratan palsu

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa pakaian seragam tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau pakaian seragam rasmi yang lain atau apa-apa pakaian seragam yang hampir serupa dengannya sehingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsu mengemukakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai mana-mana pakaian seragam itu;

Suggest a correction

(b)

menggunakan apa-apa samaran atau nama palsu, atau dengan disedarinya menyembunyikan identiti atau bangsanya;

Suggest a correction

(c)

secara lisan atau dengan bertulis dalam sesuatu akuan atau permohonan, atau dalam sesuatu dokumen yang ditandatangani olehnya atau bagi pihaknya, dengan disedarinya membuat atau membiarkan dibuat sesuatu pernyataan palsu atau sesuatu peninggalan;

Suggest a correction

(d)

memalsukan, mengubah, mencacatkan, melupuskan atau membinasakan sesuatu pasport atau sesuatu pas, permit, perakuan atau lesen yang rasmi bagi tentera laut, tentera darat, tentera udara atau polis atau dokumen lain yang seumpamanya (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut “dokumen rasmi”) atau menggunakan atau ada dalam miliknya sesuatu dokumen rasmi yang dipalsukan, diubah atau yang tidak teratur itu;

Rahsia Rasmi 17

Suggest a correction

(e)

menyamar diri, atau dengan palsu mengemukakan dirinya, sebagai seseorang yang memegang jawatan atau yang bekerja dengan seseorang yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, atau menyamar diri, atau dengan palsu mengemukakan dirinya, sebagai atau sebagai bukan, seorang yang kepadanya telah dikeluarkan atau disampaikan dengan sewajarnya suatu dokumen rasmi atau perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia;

atau

Suggest a correction

(f)

menggunakan, atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya, tanpa kuasa perkhidmatan awam yang berkenaan, sesuatu anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai, cap atau kertas rasmi bagi atau kepunyaan, atau yang digunakan, dibuat atau diadakan oleh sesuatu perkhidmatan awam atau oleh sesuatu pihak berkuasa diplomatik, tentera laut, tentera darat atau tentera udara yang dilantik oleh atau yang bertindak di bawah kuasa Kerajaan, atau apa-apa anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai atau cap yang hampir serupa dengan artikel seperti yang tersebut di atas itu sehingga mungkin memperdayakan, atau melancungkan mana-mana artikel seperti yang tersebut di atas itu, atau menggunakan, atau ada dalam miliknya, atau di bawah kawalannya, mana-mana benda lancungan itu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Jika, bagi apa-apa maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, seseorang—

(a)

menyimpan sesuatu dokumen rasmi, sama ada atau tidak disempurnakan atau dikeluarkan untuk kegunaan, manakala dia tidak berhak menyimpannya, atau manakala penyimpanannya adalah berlawanan dengan kewajipannya, atau tidak mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh sesuatu perkhidmatan awam atau seseorang yang diberi kuasa oleh perkhidmatan awam itu berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan suratan itu;

Suggest a correction

(b)

membenarkan seseorang lain memiliki sesuatu dokumen rasmi yang dikeluarkan untuk kegunaannya seorang sahaja, atau menyampaikan sesuatu perkataan kod, isyarat timbal

18

Undang-Undang Malaysia atau kata laluan rasmi yang rahsia yang dikeluarkan sedemikian, atau, tanpa kuasa atau sebab yang sah, ada dalam miliknya sesuatu dokumen rasmi atau perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia yang dikeluarkan bagi kegunaan seseorang selain dirinya sendiri;

Suggest a correction

(c)

apabila dapat memiliki sesuatu dokumen rasmi sama ada dengan menjumpainya atau selainnya, abai atau tidak memulangkannya kepada orang atau pihak berkuasa yang telah mengeluarkannya atau yang untuk kegunaannya ia telah dikeluarkan, atau kepada Ketua Pegawai Polis;

Suggest a correction

(d)

tanpa kuasa atau sebab yang sah, membuat atau menjual, atau ada dalam miliknya untuk jualan, sesuatu anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai atau cap sedemikian; atau

Suggest a correction

(e)

dengan niat hendak mendapatkan sesuatu dokumen rasmi, perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia, sama ada bagi dirinya sendiri atau bagi seseorang lain, dengan diketahuinya membuat sesuatu pernyataan palsu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

Mengganggu pegawai polis atau anggota angkatan tentera

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang yang berada di dalam atau berdekatan dengan sesuatu tempat larangan, menghalang, mengelirukan atau selainnya mengganggu atau merintangi seseorang pegawai polis atau seseorang anggota angkatan tentera yang menjalankan tugas yang berhubungan dengan tempat larangan itu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 11

Kewajipan untuk memberikan maklumat

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak memberikan, apabila diminta, maklumat itu; atau

Rahsia Rasmi 19

Suggest a correction

(b)

tidak hadir pada sesuatu masa dan di tempat yang munasabah untuk memberikan maklumat itu, apabila dikehendaki berbuat demikian oleh—

(aa) seseorang pegawai polis yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;

(bb) seseorang anggota angkatan tentera yang bertugas menjalankan kewajipan pengawal, sentri, peronda atau kewajipan lain yang seumpamanya; atau

(cc)

seseorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Sebelum menghendaki seseorang hadir di sesuatu tempat dan pada sesuatu masa itu, pegawai polis atau anggota angkatan tentera itu hendaklah memberinya sejumlah wang yang berpatutan untuk perbelanjaannya.

Kuasa bagi menghendaki perutusan dikemukakan

Suggest a correction

Seksyen 12

Akta ini dan dia—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika, apabila dikehendaki supaya mengemukakan naskhah asal atau naskhah salinan atau kertas itu, seseorang enggan atau abai berbuat demikian atau mencacatkan atau membinasakannya, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

20

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, ungkapan “perutusan” dan

“telekomunikasi” mempunyai erti yang sama seperti dalam undang-undang yang berhubungan dengan telekomunikasi yang berkuat kuasa pada masa itu.

Melindungi

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(b)

membenarkan orang lain itu bertemu atau berhimpun di mana-mana premis yang didudukinya atau yang ada di bawah kawalannya, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang—

(a)

yang telah melindungi atau telah membenarkan pertemuan atau perhimpunan seperti dinyatakan dalam subseksyen

Suggest a correction
Suggest a correction

(1)

; dan

(b)

yang ada maklumat di bawah kuasanya berhubung dengan orang itu, tidak mendedahkan, apabila diminta, maklumat itu kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini “melindung” termasuklah memberi seseorang tempat berlindung, makanan, minuman, wang, pakaian, senjata, peluru atau kenderaan, atau menolong seseorang dengan apa-apa cara bagi melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

Percubaan, pengapian, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 14

Jika seseorang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

cuba melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

Rahsia Rasmi 21

Suggest a correction

(b)

mengajak atau mengapikan atau berusaha memujuk atau berkomplot dengan seorang lain supaya melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

membantu, atau menyubahati atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dikenakan hukuman yang sama, dan diambil tindakan dengan cara yang sama, seolah-olah dia telah melakukan kesalahan itu.

Sekatan atas pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walaupun keizinan Pendakwa Raya belum didapati, seseorang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan boleh ditangkap, atau suatu waran bagi menangkap orang itu boleh dikeluarkan dan dilaksanakan.

Orang itu boleh ditahan dalam jagaan atau dengan jaminan, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu telah didapati.

Suggest a correction

(3)

Apabila seseorang dibawa ke hadapan mahkamah sebelum

Pendakwa Raya mengizinkan pendakwaan, pertuduhan itu hendaklah dihuraikan kepadanya tetapi dia tidak boleh diminta memberikan jawapan atas pertuduhan itu, dan undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa berhubung dengan tatacara jenayah hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.

Beban pembuktian dan anggapan

Suggest a correction

Seksyen 16

Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

(1)

Tidaklah perlu ditunjukkan bahawa orang tertuduh itu telah bersalah atas sesuatu perbuatan tertentu yang mungkin menunjukkan sesuatu maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan

Malaysia;

Suggest a correction

(2)

Walaupun tiada apa-apa perbuatan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dibuktikan terhadapnya, orang tertuduh itu boleh disabitkan jika, dari hal keadaan kes itu, kelakuannya atau wataknya yang diketahui sebagaimana yang dibuktikan didapati bahawa maksudnya ialah suatu maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia; dan 22

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu dokumen, artikel atau maklumat yang berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau apa-apa jua di tempat itu, atau apa-apa perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan rasmi yang rahsia adalah dibuat, didapatkan, dikumpul, direkodkan, disiarkan atau disampaikan oleh seseorang selain seseorang yang bertindak di bawah kuasa yang sah, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah dibuat, didapatkan, dikumpul, direkodkan, disiarkan atau disampaikan bagi suatu maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan

Malaysia.

Perakuan oleh pegawai awam hendaklah menjadi keterangan yang konklusif

Suggest a correction

Seksyen 16A

Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

Suatu perakuan oleh seseorang Menteri atau seseorang pegawai awam yang dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab berkenaan dengan mana-mana Kementerian, jabatan atau mana-mana perkhidmatan awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau oleh ketua pegawai yang menjaga hal ehwal pentadbiran sesuatu Negeri yang memperakui sesuatu dokumen rasmi, maklumat atau bahan dengan menyatakan bahawa ia suatu rahsia rasmi hendaklah menjadi keterangan yang konklusif bahawa dokumen, maklumat atau bahan itu ialah suatu rahsia rasmi dan tidaklah boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan.

Perhubungan dengan ejen negara asing hendaklah menjadi keterangan mengenai berlakunya kesalahan tertentu

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang di atas—

(a)

seseorang hendaklah, melainkan jika dia membuktikan sebaliknya, dianggap telah berhubung dengan seorang ejen negara asing jika—

Suggest a correction

(i)

dia telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, melawati alamat seorang ejen negara asing atau berkawan atau bersekutu dengan seorang ejen negara asing; atau

(ii)

sama ada, di dalam atau di luar Malaysia, nama atau alamat, atau apa-apa maklumat lain berkenaan dengan seseorang ejen negara asing telah dijumpai dalam milik atau kawalannya atau telah diberikan olehnya kepada seseorang lain, atau telah didapatkan olehnya daripada seseorang lain;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

sesuatu alamat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dengan munasabahnya disyaki sebagai alamat yang digunakan untuk menerima perhubungan yang dimaksudkan bagi seseorang ejen negara asing, atau alamat tempat seseorang ejen negara asing tinggal, atau tempat dia pergi bagi maksud memberikan atau menerima perhubungan, atau tempat dia menjalankan apa-apa urusan, hendaklah disifatkan sebagai alamat seseorang ejen negara asing, dan perhubungan yang dialamatkan ke alamat itu sebagai perhubungan dengan seseorang ejen negara asing.

Pembelaan yang tersedia untuk pegawai awam

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17A

Rahsia Rasmi 23

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh disabitkan jika dia membuktikan bahawa dia melakukan mana-mana perkara itu dalam menjalankan tugas rasminya atau dengan kuasa yang sepatutnya.

Seksyen 18

Kuasa untuk menangkap

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menghadkan keluasan subseksyen (1), jika seseorang di dalam sesuatu tempat larangan didapati melakukan atau disyaki melakukan perbuatan yang bersalahan dengan Akta ini, dia boleh ditangkap dengan atau tanpa waran oleh seseorang pegawai polis atau seseorang anggota angkatan tentera dan hendaklah dibawa dengan serta-merta ke hadapan seorang Majistret untuk diambil tindakan terhadapnya mengikut undang-undang.

Kuasa bagi menggeledah dan menyita

Suggest a correction

Seksyen 19

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila didapati oleh seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa di sesuatu tempat ada disembunyikan atau disimpan sesuatu keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau mengenai pelakuan sesuatu kesalahan yang ditetapkan, dan pegawai polis itu ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa kerana kelewatan bagi mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin kecewa, dia boleh menjalankan di tempat itu dan berkenaan dengan tempat itu segala kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) dengan langkah yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian dengan waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu.

Kuasa khas mengenai penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang tidak atau enggan mendedahkan maklumat itu atau tidak atau enggan mengemukakan akaun atau artikel atau dokumen itu kepada orang yang diberi kuasa sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu pemberian kuasa kepada seseorang pegawai polis di bawah subseksyen (1) untuk menyiasat sesuatu akaun bank hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu pemberian kuasa untuk memeriksa sesuatu buku jurubank yang difikirkan berkaitan oleh pegawai polis yang diberi kuasa sedemikian, dan pegawai polis itu boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki bank yang dinyatakan dalam perintah itu dan memeriksa mana-mana buku yang disimpan di dalamnya dan boleh mengambil salinan bagi mana-mana catatan yang berkaitan dalam mana-mana buku itu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“bank” termasuklah—

(a)

mana-mana bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];

Suggest a correction

(b)

mana-mana syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat kerjasama;

Suggest a correction

(d)

mana-mana syarikat kewangan yang didaftarkan di bawah

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989; dan

“buku jurubank” termasuklah lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan semua buku dan suratan lain yang digunakan dalam urusan biasa bank.

26

Undang-Undang Malaysia

Menerima pernyataan sebagai keterangan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada sesuatu pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan atau digunakan—

(a)

jika mahkamah berpendapat bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh sesuatu dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan itu terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya munasabah bagi menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh sesuatu faedah atau mengelakkan sesuatu durjana keduniaan yang berhubungan dengan prosiding terhadapnya itu; atau

Suggest a correction

(b)

mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberikan kepadanya dengan perkataan yang berikut atau dengan perkataan yang serupa maksudnya:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan menyatakan apa-apa jua atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada bagi menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”.

Rahsia Rasmi 27

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum amaran itu sempat diberikan kepadanya tidak boleh dijadikan tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab amaran itu tidak diberikan jika amaran itu telah diberikan dengan seberapa segera yang mungkin.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas amaran itu diberikan kepadanya.

Suggest a correction

(5)

Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan seseorang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan itu telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.

Keterangan rakan sejenayah

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun rukun undang-undang atau undang-undang bertulis yang berlawanan, tiada seseorang saksi boleh, dalam sesuatu perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu mahkamah mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dianggap sebagai tidak boleh dipercayai kebenarannya semata-mata oleh sebab dia ialah seorang rakan sejenayah berhubung dengan kesalahan itu.

Seksyen 23

Pemeriksaan pesalah

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) yang enggan mengangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diambil tindakan terhadapnya dengan cara yang sama seperti saksi yang enggan sedemikian boleh diambil tindakan undang-undang terhadapnya oleh mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki memberikan keterangan di bawah subseksyen (1) dan yang pada pendapat mahkamah membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang mengenainya dia diperiksa dengan sah, adalah berhak menerima

28

Undang-Undang Malaysia suatu perakuan perlindungan daripada mahkamah itu, yang dimeteraikan oleh mahkamah itu, yang menyatakan bahawa dia telah membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang mengenainya dia telah diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap segala tindakan undang-undang terhadapnya mengenai semua perkara itu.

Perlindungan pemberi maklumat

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi sesuatu catatan yang dalamnya seseorang pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan supaya semua perenggan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.

Suggest a correction

(3)

Jika dalam sesuatu prosiding yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan mahkamah berpendapat, selepas siasatan penuh berkenaan dengan kes itu, bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar, atau berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki supaya aduan yang asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan, dan mengkehendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.

Rahsia Rasmi 29

Tanggungan bagi kesalahan di luar Malaysia

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa prosiding terhadap seseorang di bawah seksyen ini yang akan menjadi penghalang terhadap prosiding yang kemudian terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap prosiding selanjutnya terhadap orang itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan ekstradisi atau penyerahan penjenayah buruan.

Perbicaraan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud perbicaraan seseorang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan sama ada di tempat kesalahan itu sebenarnya telah dilakukan, atau di sesuatu tempat di Malaysia yang pesalah itu boleh dijumpai.

Seksyen 27

Orang ramai tidak dibenarkan hadir semasa prosiding

Open as pageSuggest a correction

Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan apa-apa kuasa yang ada pada mahkamah untuk memerintahkan supaya orang ramai tidak dibenarkan hadir dalam mana-mana prosiding, jika semasa prosiding di hadapan mahkamah terhadap seseorang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau semasa prosiding atas rayuan, atau semasa perbicaraan mengenai seseorang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, permohonan dibuat oleh pihak pendakwa, atas alasan bahawa penyiaran apa-apa keterangan yang akan diberikan atau penyiaran apa-apa kenyataan yang akan dibuat dalam masa prosiding itu akan memudaratkan keselamatan

Malaysia, supaya kesemua atau mana-mana golongan orang ramai

30

Undang-Undang Malaysia tidak dibenarkan hadir semasa mana-mana bahagian pendengaran itu, mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi maksud itu, tetapi walau bagaimanapun penjatuhan hukuman hendaklah dilakukan di hadapan khalayak ramai.

Seksyen 28

Tanggungan jenayah oleh perbadanan atau firma

Open as pageSuggest a correction

Akta ini ialah suatu syarikat atau perbadanan atau seorang anggota atau pekhidmat bagi sesuatu perkongsian atau firma, tiap-tiap pengarah dan pegawai bagi syarikat atau perbadanan itu atau tiap-tiap anggota bagi perkongsian atau firma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah bersalah atas kesalahan itu juga melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan atau peninggalan yang menjadi kesalahan itu telah berlaku tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan apa-apa usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya dijalankan olehnya dengan mengambil kira jenis fungsinya dan segala hal keadaan lain.

Seksyen 29

Menteri boleh memberikan kuasa polis kepada orang yang sesuai

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh memberi seseorang yang difikirkannya patut dan sesuai kuasa pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor bagi maksud Akta ini.

Seksyen 30

Kuasa di bawah Kanun Tatacara Jenayah tidak disekat

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyekat apa-apa kuasa yang diberikan oleh

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Seksyen 30A

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan maksud Akta ini dan, tanpa menjejaskan keluasan perkataan yang di atas, boleh—

(a)

menetapkan cara mengelaskan maklumat, dokumen dan bahan lain;

Suggest a correction

(b)

menetapkan tatacara bagi pengendalian, penyimpanan dan penghantaran dokumen rasmi dan maklumat lain;

Rahsia Rasmi 31

Suggest a correction

(c)

menetapkan cara melupuskan dokumen rasmi yang dibuang;

Suggest a correction

(e)

menetapkan semua perkara lain yang perlu bagi melindungi keselamatan atau kerahsiaan apa-apa maklumat atau benda;

Suggest a correction

(f)

membuat peruntukan mengenai kesalahan dan penalti yang tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi satu tahun kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan; dan

Suggest a correction

(g)

membuat peruntukan mengenai hal mengkompaunkan mana-mana kesalahan seperti itu.

Pemansuhan

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta Rahsia Rasmi 1911 [1 dan 2 Geo. 5. c. 28] dan Akta

Rahsia Rasmi 1920 [10 dan 11 Geo. 5. c. 75], kedua-duanya bagi

United Kingdom, setakat yang Akta itu berkuat kuasa di Sarawak atau di mana-mana bahagian lain di Malaysia, dengan atau tanpa ubahsuaian, dimansuhkan.

32

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 2A]

Dokumen, rekod keputusan dan penimbangtelitian Jemaah Menteri termasuk dokumen, rekod keputusan dan penimbangtelitian jawatankuasa Jemaah Menteri;

Dokumen, rekod keputusan dan penimbangtelitian Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri termasuk dokumen, rekod keputusan dan penimbangtelitian jawatankuasa

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

Dokumen berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan hubungan antarabangsa.

Rahsia Rasmi 33

Akta 88

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta 6

Akta Syarikat Kewangan 1969 01-06-1969

Akta 102

Akta Bank 1973 15-04-1973

Akta 146

Akta Bank Simpanan Nasional 01-12-1974

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

Akta A324

Akta Kanun Acara Jenayah 10-01-1976

(Pindaan dan Peluasan) 1976

Akta A454

Akta Bank dan Syarikat 02-03-1979

Meminjam (Pindaan) 1979

kecuali s.5:

15-04-1973

Akta A573

Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1984 20-01-1984

Akta A660

Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986 01-01-1987

Akta 372

Akta Bank dan Institusi-Institusi 01-10-1989

Kewangan 1989

34

Undang-Undang Malaysia

Akta 88

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A573 20-01-1984

Akta A660 01-01-1987 2A-2C

Akta A660 01-01-1987 3

Akta A573 20-01-1984 7A-7B

Akta A573 20-01-1984

Akta A660 01-01-1987 8

Akta A573 20-01-1984

Akta A660 01-01-1987 9

Akta A660 01-01-1987 11

Akta A573 20-01-1984

Akta A660 01-01-1987 12

Akta A660 01-01-1987 13

Akta A660 01-01-1987 16A

Akta A660 01-01-1987 17

Akta A573 20-01-1984 17A

Akta A660 01-01-1987 30A

Akta A573 20-01-1984

Common questions

What is AKTA RAHSIA RASMI 1972?
AKTA RAHSIA RASMI 1972 is Malaysia Act, cited as Act 88 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Is AKTA RAHSIA RASMI 1972 still in force?
Yes — AKTA RAHSIA RASMI 1972 is currently in force.
When did AKTA RAHSIA RASMI 1972 take effect?
AKTA RAHSIA RASMI 1972 was first recorded in 1972.
How many sections does AKTA RAHSIA RASMI 1972 have?
AKTA RAHSIA RASMI 1972 contains 38 sections.
Where can I read the official version of AKTA RAHSIA RASMI 1972?
The official text of AKTA RAHSIA RASMI 1972 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA RAHSIA RASMI 1972 (No. 88) | mylaw.my