Malaysia legislation

Section 16

of AKTA RAHSIA RASMI 1972

Seksyen 16

Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah

(1)

Tidaklah perlu ditunjukkan bahawa orang tertuduh itu telah bersalah atas sesuatu perbuatan tertentu yang mungkin menunjukkan sesuatu maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan

Malaysia;

(2)

Walaupun tiada apa-apa perbuatan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dibuktikan terhadapnya, orang tertuduh itu boleh disabitkan jika, dari hal keadaan kes itu, kelakuannya atau wataknya yang diketahui sebagaimana yang dibuktikan didapati bahawa maksudnya ialah suatu maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia; dan 22

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika sesuatu dokumen, artikel atau maklumat yang berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau apa-apa jua di tempat itu, atau apa-apa perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan rasmi yang rahsia adalah dibuat, didapatkan, dikumpul, direkodkan, disiarkan atau disampaikan oleh seseorang selain seseorang yang bertindak di bawah kuasa yang sah, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah dibuat, didapatkan, dikumpul, direkodkan, disiarkan atau disampaikan bagi suatu maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan

Malaysia.

Perakuan oleh pegawai awam hendaklah menjadi keterangan yang konklusif