Malaysia legislation

Section 19

of AKTA RAHSIA RASMI 1972

Seksyen 19

Undang-Undang Malaysia

(2)

Apabila didapati oleh seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa di sesuatu tempat ada disembunyikan atau disimpan sesuatu keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau mengenai pelakuan sesuatu kesalahan yang ditetapkan, dan pegawai polis itu ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa kerana kelewatan bagi mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin kecewa, dia boleh menjalankan di tempat itu dan berkenaan dengan tempat itu segala kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) dengan langkah yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian dengan waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu.

Kuasa khas mengenai penyiasatan