Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Seseorang yang tidak atau enggan mendedahkan maklumat itu atau tidak atau enggan mengemukakan akaun atau artikel atau dokumen itu kepada orang yang diberi kuasa sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3)
Sesuatu pemberian kuasa kepada seseorang pegawai polis di bawah subseksyen (1) untuk menyiasat sesuatu akaun bank hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu pemberian kuasa untuk memeriksa sesuatu buku jurubank yang difikirkan berkaitan oleh pegawai polis yang diberi kuasa sedemikian, dan pegawai polis itu boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki bank yang dinyatakan dalam perintah itu dan memeriksa mana-mana buku yang disimpan di dalamnya dan boleh mengambil salinan bagi mana-mana catatan yang berkaitan dalam mana-mana buku itu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
“bank” termasuklah—
(a)
mana-mana bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(b)
mana-mana syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat kerjasama;
(c)
Bank Simpanan Nasional;
(d)
mana-mana syarikat kewangan yang didaftarkan di bawah
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989; dan
“buku jurubank” termasuklah lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan semua buku dan suratan lain yang digunakan dalam urusan biasa bank.
26
Undang-Undang Malaysia
Menerima pernyataan sebagai keterangan