Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Tiada sesuatu pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan atau digunakan—
(a)
jika mahkamah berpendapat bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh sesuatu dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan itu terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya munasabah bagi menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh sesuatu faedah atau mengelakkan sesuatu durjana keduniaan yang berhubungan dengan prosiding terhadapnya itu; atau
(b)
mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberikan kepadanya dengan perkataan yang berikut atau dengan perkataan yang serupa maksudnya:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan menyatakan apa-apa jua atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada bagi menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”.
Rahsia Rasmi 27
(3)
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum amaran itu sempat diberikan kepadanya tidak boleh dijadikan tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab amaran itu tidak diberikan jika amaran itu telah diberikan dengan seberapa segera yang mungkin.
(4)
Walau apa pun yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas amaran itu diberikan kepadanya.
(5)
Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan seseorang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan itu telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.
Keterangan rakan sejenayah