Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Pemeriksaan pesalah
(2)
Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) yang enggan mengangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diambil tindakan terhadapnya dengan cara yang sama seperti saksi yang enggan sedemikian boleh diambil tindakan undang-undang terhadapnya oleh mahkamah.
(3)
Tiap-tiap orang yang dikehendaki memberikan keterangan di bawah subseksyen (1) dan yang pada pendapat mahkamah membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang mengenainya dia diperiksa dengan sah, adalah berhak menerima
28
Undang-Undang Malaysia suatu perakuan perlindungan daripada mahkamah itu, yang dimeteraikan oleh mahkamah itu, yang menyatakan bahawa dia telah membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang mengenainya dia telah diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap segala tindakan undang-undang terhadapnya mengenai semua perkara itu.
Perlindungan pemberi maklumat