Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Jika sesuatu dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi sesuatu catatan yang dalamnya seseorang pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan supaya semua perenggan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.
(3)
Jika dalam sesuatu prosiding yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan mahkamah berpendapat, selepas siasatan penuh berkenaan dengan kes itu, bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar, atau berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki supaya aduan yang asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan, dan mengkehendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.
Rahsia Rasmi 29
Tanggungan bagi kesalahan di luar Malaysia