Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Orang ramai tidak dibenarkan hadir semasa prosiding
Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan apa-apa kuasa yang ada pada mahkamah untuk memerintahkan supaya orang ramai tidak dibenarkan hadir dalam mana-mana prosiding, jika semasa prosiding di hadapan mahkamah terhadap seseorang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau semasa prosiding atas rayuan, atau semasa perbicaraan mengenai seseorang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, permohonan dibuat oleh pihak pendakwa, atas alasan bahawa penyiaran apa-apa keterangan yang akan diberikan atau penyiaran apa-apa kenyataan yang akan dibuat dalam masa prosiding itu akan memudaratkan keselamatan
Malaysia, supaya kesemua atau mana-mana golongan orang ramai
30
Undang-Undang Malaysia tidak dibenarkan hadir semasa mana-mana bahagian pendengaran itu, mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi maksud itu, tetapi walau bagaimanapun penjatuhan hukuman hendaklah dilakukan di hadapan khalayak ramai.