Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Tanggungan jenayah oleh perbadanan atau firma
Akta ini ialah suatu syarikat atau perbadanan atau seorang anggota atau pekhidmat bagi sesuatu perkongsian atau firma, tiap-tiap pengarah dan pegawai bagi syarikat atau perbadanan itu atau tiap-tiap anggota bagi perkongsian atau firma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah bersalah atas kesalahan itu juga melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan atau peninggalan yang menjadi kesalahan itu telah berlaku tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan apa-apa usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya dijalankan olehnya dengan mengambil kira jenis fungsinya dan segala hal keadaan lain.