Malaysia legislation

Section 2

of AKTA RAHSIA RASMI 1972

Seksyen 2

Tafsiran

“angkatan tentera” termasuklah—

(a)

sesuatu angkatan tentera tetap atau sukarela Malaysia sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia;

(b)

sesuatu angkatan tentera tetap atau sukarela sesuatu negara asing atau sesuatu wilayah luar Malaysia yang ditugaskan pada atau menjalankan gerakan bersama dengan mana-mana angkatan tentera Malaysia sama ada di dalam

Malaysia atau di luar Malaysia;

(c)

sesuatu angkatan tentera pelawat mengikut pengertian mana-mana undang-undang yang pada masa itu mengawal selia angkatan tentera pelawat yang ada di Malaysia secara sah di sisi undang-undang;

“bahan” termasuklah apa-apa kelengkapan, alat atau objek;

“benda” termasuklah apa-apa jua barang atau bahan;

6

Undang-Undang Malaysia

“ejen negara asing” termasuklah mana-mana orang yang disyaki, telah disyaki atau dengan munasabahnya disyaki telah diambil kerja oleh suatu negara asing atau mana-mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bagi maksud melakukan sesuatu perbuatan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, atau yang telah atau dengan munasabahnya disyaki telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, melakukan atau cuba melakukan, sesuatu perbuatan seperti itu bagi kepentingan suatu negara asing;

“jawatan dalam perkhidmatan awam” termasuklah sesuatu jawatan atau pekerjaan dalam atau di bawah sesuatu perkhidmatan awam;

“kelengkapan perang” termasuklah kesemua atau mana-mana bahagian sesebuah kapal, kapal selam, kapal udara, kereta kebal, atau enjin yang seumpamanya, senjata dan peluru, bom, torpedo atau periuk api, yang dimaksudkan atau dipadankan untuk digunakan dalam perang, dan apa-apa barang, bahan, alatan atau alat lain, sama ada yang sebenar atau dicadangkan, yang dimaksudkan untuk digunakan sedemikian;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu

Negeri;

“kesalahan di bawah Akta ini” termasuklah sesuatu perbuatan, peninggalan atau perkara lain yang boleh dihukum di bawah Akta ini;

“negara asing” ertinya sesuatu negara merdeka dan berdaulat dan termasuklah mana-mana tanah jajahan, dominion atau negeri naungan negara itu;

“pegawai awam” ertinya seseorang yang memegang sesuatu jawatan atau pekerjaan dalam atau di bawah sesuatu perkhidmatan awam;

“pegawai polis” termasuklah seseorang yang kepadanya diberi kuasa seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor oleh Menteri di bawah seksyen 29;

Rahsia Rasmi 7

“perkakas fotografi” ertinya sesuatu perkakas untuk mengambil atau membuat gambar foto, filem, negatif, pita atau alat lain yang mengandungi satu imej atau lebih yang dapat dilihat supaya boleh

(dengan atau tanpa bantuan sesuatu kelengkapan lain) dibuat salinannya dan termasuklah mana-mana bahagian komponen perkakas itu;

“perkhidmatan awam” ertinya—

(a)

mana-mana perkhidmatan awam yang disebut dalam

Perkara 132 Perlembagaan termasuk sesuatu Kementerian, sesuatu jabatan Kerajaan, atau sesuatu Mahkamah;

(b)

sesuatu majlis bandar raya, perbandaran, majlis bandaran atau pihak berkuasa tempatan;

(c)

sesuatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya menurut undang-undang persekutuan atau Negeri;

(d)

mana-mana orang, tribunal, badan, institusi atau pihak berkuasa yang diisytiharkan oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai suatu perkhidmatan awam bagi maksud takrif ini; dan

(e)

sekiranya berlaku peperangan, sesuatu jabatan kerajaan bagi sesuatu negeri sekutu Malaysia;

“pihak berkuasa yang berwibawa” ertinya pihak berkuasa yang berwibawa yang dilantik oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta berkenaan dengan mana-mana satu tempat larangan atau lebih atau mana-mana kelas tempat larangan;

“rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam

Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan yang berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia

Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua

Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B;

“rasmi” adalah berhubungan dengan perkhidmatan awam;

8

Undang-Undang Malaysia

“suratan” termasuklah, selain sesuatu suratan bertulis dan sebahagian sesuatu suratan—

(a)

sesuatu peta, pelan, model, graf atau lukisan;

(b)

sesuatu gambar foto;

(c)

sesuatu cakera, pita, runut bunyi atau alat lain yang mengandungi suara atau data lain (yang bukan imej yang boleh dilihat) supaya boleh (dengan atau tanpa bantuan sesuatu kelengkapan lain) dibuat salinannya; dan

(d)

sesuatu filem, negatif, pita atau alat lain yang mengandungi satu imej atau lebih yang boleh dilihat supaya boleh

(seperti yang tersebut di atas) dibuat salinannya;

“tempat larangan” ertinya—

(a)

sesuatu kerja pertahanan, gudang senjata, tempat tentera laut, tempat tentera darat atau tempat tentera udara, berek, kem atau stesen, kilang, limbungan, padang kapal terbang, lombong, kawasan lombong, kapal atau kapal udara yang dipunyai atau diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan atau sesuatu stesen atau pejabat telegraf, telefon, wayarles atau semboyan yang dipunyai atau diduduki sedemikian, dan sesuatu tempat yang dipunyai atau diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan dan digunakan bagi maksud mendirikan, membaiki, membuat, mencuba, menguji atau menyimpan apa-apa kelengkapan perang, atau apa-apa gambar foto, lukisan, pelan, model atau suratan yang berhubungan dengannya, atau bagi maksud mendapatkan atau menyimpan apa-apa logam, minyak, spirit pengangkutan kejenteraan atau spirit penerbangan atau galian yang berguna dalam masa perang;

(b)

sesuatu tempat yang tidak dipunyai oleh Kerajaan yang mana kelengkapan perang, minyak, spirit pengangkutan kejenteraan, spirit penerbangan, bahan api atau bekalan atau apa-apa suratan yang berhubungan dengannya, sedang dibuat, diperbaiki, didapatkan atau disimpan menurut kontrak dengan Kerajaan atau dengan seseorang bagi pihak

Kerajaan, atau menurut apa-apa cara lain bagi pihak

Kerajaan;

(c)

sesuatu kem, berek atau tempat di mana orang tawanan perang, anggota angkatan tentera, orang asing tawanan atau orang tahanan ditahan;

Rahsia Rasmi 9

(d)

sesuatu tempat yang pada masa itu diisytiharkan oleh

Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai tempat larangan bagi maksud Akta ini.

(2)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan berkenaan dengan—

(a)

menyampaikan, menerima, mendapatkan, menyimpan, mengumpul, merakamkan atau menyiarkan termasuklah apa-apa jua perbuatan menyampaikan, menerima, mendapatkan, menyimpan, mengumpul, merakamkan atau menyiarkan sama ada kesemuanya atau sebahagiannya dan sama ada benda, suratan atau maklumat itu sendiri atau isi, natijah atau perihalnya sahaja disampaikan, diterima, didapatkan, disimpan, dikumpul, dirakamkan atau disiarkan;

(b)

mendapatkan atau menyimpan sesuatu benda atau suratan termasuklah menyalin atau menyebabkan disalin kesemua atau sesuatu bahagian daripada sesuatu benda atau suratan itu; dan

(c)

penyampaian sesuatu benda atau suratan termasuklah pemindahan atau penghantaran, atau penyiaran, kesemua atau mana-mana bahagian sesuatu benda atau suratan.

(3)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai sesuatu tempat kepunyaan

Kerajaan termasuklah sesuatu tempat yang dipunyai atau diduduki oleh mana-mana jabatan Kerajaan, sama ada tempat itu sebenarnya atau tidak sebenarnya terletak hak pada Kerajaan.

Menambah, memotong atau meminda Jadual