Malaysia legislation

Section 30A

of AKTA RAHSIA RASMI 1972

Seksyen 30A

Peraturan-peraturan

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan maksud Akta ini dan, tanpa menjejaskan keluasan perkataan yang di atas, boleh—

(a)

menetapkan cara mengelaskan maklumat, dokumen dan bahan lain;

(b)

menetapkan tatacara bagi pengendalian, penyimpanan dan penghantaran dokumen rasmi dan maklumat lain;

Rahsia Rasmi 31

(c)

menetapkan cara melupuskan dokumen rasmi yang dibuang;

(d)

menetapkan cara penyampaian maklumat rasmi;

(e)

menetapkan semua perkara lain yang perlu bagi melindungi keselamatan atau kerahsiaan apa-apa maklumat atau benda;

(f)

membuat peruntukan mengenai kesalahan dan penalti yang tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi satu tahun kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan; dan

(g)

membuat peruntukan mengenai hal mengkompaunkan mana-mana kesalahan seperti itu.

Pemansuhan

Section 30A — AKTA RAHSIA RASMI 1972 | mylaw.my